Hazim

Romance Completed 8270

Sejak kejadian tempoh hari, aku mengambil cuti tanpa gaji selama 3minggu dan hanya buang masa di rumah. Aku tidak sanggup nak ke mana-mana bimbang kalau konco-konconya masih mencari aku di kawasan pejabat. Haziq dan abang Azizul kerap juga keluar, dia tidak mahu risau akan diri mereka. Diorang masih ada bodyguard. Selepas kejadian itu, Haziq menyuruh Syah dan Zakwan menjaga aku dan nenek dirumah. Lebih baik rasanya bila diorang ada bersama. Dalam pukul 10 malam itu, abang Azizul dan Haziq masih belum balik lagi. Selepas makan malam dan berehat menonton tv dalam beberapa jam, aku terlena di atas sofa. Bila aku terjaga, sekeliling rumah gelap gelita. Pada mulanya aku sangka tiada letrik. Jadi aku terus bangun dan mencari suis utama. Semasa sampai di dapur aku nampak orang gaji dan tukang kebun nenek di ikat atas kerusi sambil matanya di tutup. Aku terkejut dan cuba meleraikan ikat mereka, belum sempat terbuka, kepalaku di hentak oleh sesuatu dan aku terpengsan di situ. Apabila mataku terbuka, aku diikat atas sebuah kerusi dan di atas kepalaku ada sebuah lampu yg hanya dapat menerangi seluruh bilik itu. Dalam keadaan berpinar dan rambut yg serabai, aku nampak beberapa orang berada di keliling ku. Yang paling tengah datang dekat padaku dan menarik dagu ku keatas utk melihat wajahnya. Percakapannya aku tidak berapa jelas akibat hentakan itu buat aku masih pening dan sakit. Dalam keadaan itu juga aku pengsan semula dan bila buka mata aku berada di tempat lain. Kali ini aku baring di atas katil. Kaki, mulut dan tanganku di ikat. Aku membuka mata melihat Syah dan Zakwan berada di bawah katil membelakangkan aku. Mereka juga di ikat dan di penuhi darah pada wajah mereka. Ketika itu lah juga aku bangun dan terkejut apabila lelaki yg merapati aku tadi menghalakan pistol ke arah mereka berdua. Aku menjerit meminta tolong tapi mulutku telah ditampal. Suaraku tidak dapat membantu langsung. Ketika aku bangun lelaki itu memandang padaku dan terus menuju ke arahku. Dia merentap plaster pada mulut aku dan aku menahan sakit. Aku merayu padanya supaya lepaskan mereka.

"Mereka dengan Haziq pembelot! Orang yg belot akan mati! Tiada maaf bagimu" Lelaki itu berkata. Aku merayu lagi supaya melepaskan mereka.

" Apa yg kau boleh bagi utk tukar nyawa diorang utk aku?" aku takut tapi aki tiada jalan lain.

" Kau berdendam dengan aku je kan? Jangan bunuh diorang, tapi ambil lah aku. Bunuh aku! Jangan apa-apakan diorang! aku merayu" Kali ini air mata aku mengalir. Lama dia merenung aku dan akhirnya lelaki itu meminta semua konco-konconya meninggalkan bilik itu termasuklah Syah dan Zakwan. Hanya tinggal kami berdua di dalam bilik itu.Dia merapati aku. Walaupun tangan dan kakiku berikat, aku masih boleh bergerak ke belakang. Sampai hujung katil, aku terhenti. Dia menarik semula wajahku.

"Sia-sia aku lepaskan kau. Sebelum kau mati, lebih baik kita berseronok dulu. Biar aku ajar kau cara utk berseronok." Dia membuka bajunya dan merapati mulutnya ke leher aku. Aku menjerit minta utk di lepaskan. Tapi tidak ada siapa yg peduli. Tangannya sempat mengenggam erat tanganku dan dia telah pun duduk di atas pinggangku. Dia merentap baju ku koyak hingga ke buah dada. Tapi belum sempat dia mencium dadaku, sebiji tumbukan telah singgah ke mukanya. Haziq sempat datang dan menarik aku.Aku masih menangis ketakutan.

" Kenapa dengan kau ni? Dah gila ke?" Haziq menengkingnya.

" Memang aku gila! Sebab kau, aku gila! Aku dah buat dan bagi segala-galanya utk kau. Kenapa kau pilih perempuan jalang ni juga? Kau tahukan disebabkan mak dia, mak kita mati Haziq! Kau tak ingat ke semua tu?!" Dia membalas. Aku berpeluk tubuh ketakutan dan hanya air mata menjadi meneman ku ketika itu.

" Utk pengetahuan kau, dia bukan perempuan jalang. Dia isteri aku.. Isteri aku! Kau faham tak? Dia tak ada kena mengena pun dengan hal kita. Dia sendiri pun mangsa keadaan. Sudah la Hazim, kita hentikan hasad dendam ni. Kita dah terpesong jauh sangat. Cukup la Hazim." Haziq cuba memujuknya lagi. Tapi belum sempat habis, dia menyuruh Haziq bawa aku balik dan keluar dari situ. Haziq mendukung aku dan membawa aku keluar dari situ. Sampai di kereta aku tidak dapat fikir apa-apa pun. Lepas kepala aku berbaring dalam kereta, aku terus lena. Bangun pagi, aku sudah berada di atas katil. Ada doktor yg datang merawatku ketika itu dan doktor menyuruh aku banyakkan berehat kerana aku masih dalam keadaan trauma. Memang aku trauma. Banyak benda buat aku takut. Setiap kali aku lelapkan mata, kejadian itu masih terngiang-ngiang di ingatan. Sampai boleh buat aku mengigau dan kalau aku terbangun aku pasti menangis ketakutan. Lama sangat aku terpaksa cuti dan akhirnya, Haziq meminta pihak syarikat utk aku meletak jawatan atas sebab keuzuran yg tidak dapat dielakkan. Pihak syarikat terpaksa terima surat perletakan jawatan aku itu dengab hati terbuka. Dalam tak sedar sudah hampir setahun kejadian itu berlaku. Namun, Haziq masih lagi takut mereka menganggu aku lagi. Si Syah dengan Zakwan masih setia menjaga aku walaupun banyak bahaya telah menimpa mereka.
Pagi itu aku akan bangun seperti biasa. Haziq sudah pun keluar utk hadiri kelasnya dan aku pula turun utk sediakan sarapan di dapur. Semasa aku ke meja makan, mak cik Ton dan nenek sedanh sibuk menyediakan sarapan. Makanan pagi itu amat berat dan banyak seperti mahu terima tetamu pada pagi itu. Bila aku tanya nenek, dia hanya tersenyum dan sibuk menyiapkan meja. Aku jadi hairan kenapa dengan semua orang. Rumah pun kelihatan agak bersih pagi itu. Tanpa memikir lebih, aku terus ke ruang tv utk menonton sambil menunggu kedatangan 'tetamu' tersebut. Pintu di kuak.Abang Zizul balik bersama seseorang lelaki yg agak tua usianya. Aku memerhatikan dari jauh sehingga apabila abang terlihat aku, baru dia memanggilku utk mendekatinya. Aku bangun mencari sesuatu utk menutup kepala dan lantas terus menuju ke arah tetamu itu. Abang aku menyuruh aku bersalam dengan lelaki itu. Aku bertambah terkejut. Orang yg tidak di kenali tapi aku kena bersalam dengannya pula. Tanpa membantah, aku menghulurkan salam. Raut wajah lelaki itu amat bengis. Tidak sedikit pun riak wajahnya menunjukkan yg dia suka melihatku. Sedikit senyuman pun tiada di bibir.

"Siapa ni abang?" aku bersuara. Abang menoleh dan tersenyum. Masa itulah nenek muncul dan memeluk erat lelaki itu.

" Ayah.. ini ayah kita, Liya." abang menerang. Aku karget. Tidak tahu mahu bertanya apa. Cuma kegembiraan terpancar di hatiku ketika itu. Ketika nenek memeluknya, dia menangis.

" Rauf minta maaf, mak! Rauf dah banyak susah kan mak." dia mengadu. Nenek tidak kisah akan semua itu. Nenek aku hanya mahu dia sihat dan cepat pulang ke rumah.

" Sudah la, Rauf. Mak tak ambil hati pun. Ini semua bukannya salah kau pun. Mak suka tengok kau dah balik dan dah sihat. Mak harap kau boleh jaga anak-anak kau pula. Mak dah makin tua, Auf. Mak dah tak larat lagi." Ujar nenek. Dia hanya senyum dan memeluk erat nenek tanpa melepaskannya. Aku gembira melihat dia tersenyum. Abang hanya merangkul bahuku dan memperkenalkan aku pada ayah.
" Ayah, ini lah Liya. Masa ayah tinggalkan dia, masa tu dia masih kecil lagi. Sekarang dia dah isteri orang." abang aku membebel. Aku tersenyum arah ayah. Tapi tiada balas dari ayah. Dia cuba mengelak dari aku dengan cepat-cepat dia tukar topik.
" Zack, bilik ayah yg mana satu? ayah nak rehat.." katanya sambil berpaling dari melihatku.
"Bilik lama ayahlah. Mari! Zack tunjukkan.." Tanpa banyak kata, dia terus mengekori abang naik ke atas. Mataku terus mengekori langkah mereka hingga hilang di pandangan. Nenek pula memegang bahu aku. Utk menyabarkan aku.
" Sabarlah, Liya. Dia mungkin penat baru balik. Bagi dia masa. Mungkin dia masih terkejut lihat Liya dah besar. Dulu kan Liya masih bayi lagi. Sabar ye? Lepas ni mungkin dia ok kot.." nenek menasihati aku. Aku hanya mengangguk tanda terima dengan redha segala ketentuan ini. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Aku bersyukur maaih di pertemukan dengan ayah kandung sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience