Nikah

Romance Completed 8205

Akibat terlampau penat. Kami tertidur di dalam bilik simpanan barang itu hingga ke pagi. Abang Haziq nampak agak teruk. Bila aku ajak dia ke klinik berhampiran. Dia menolak. Katanya, luka kecil sahaja. Bukannya besar sangat lagipun kami kena balik ke hotel segera. Mesti ramai yg sedang risau kan kami ketika ini. Nak call, hanfone masing-masing dah mati. Nak tak nak, kena balik ke hotel juga.
Keluar dari bilik stor tu baru aku tahu rupanya kami berada di perkarangan masjid kecil dalam daerah kampung. Aku memapah abang Haziq yg hampir tak dapat bergerak. Ketika aku memapah Haziq hingga berada di hadapan masjid, ada mata-mata yg nampak kami dan mereka semua orang-oranv kampung itu juga, keluar dari masjid itu dan datang menolong kami. Sekali lagi, kami tidak dapat bergerak balik ke hotel. Ketika itu Haziq sepertinya sudah tidak tahan. Akhirnya dia mengerang kesakitan di situ setelah menerima banyak bantuan dari orang-orang masjid itu. Mungkin juga mereka sangka aku adalah seorang wanita yg tidak akan mampu utk angkat lelaki yg berbadan sasa seperti itu. Apabila mereka semua dah mula mengerumuni kami, aku mula rasa tidak senang pandangan orang terhadapku. Dan pasa ketika itu barulah aku perasan dan sedar yg aku TIDAK BERTUDUNG! Tak senang duduk aku dibuatnya. Tapi tidak lama selepas itu, ambulan pun tiba dan aku mengikuti abang Haziq hingga mereka bawa kami ke hospital kecil yg berdekatan.Aku menunggu Haziq di luar bilik kecemasan. Haziq di masukkan terus ke dalam bilik rawatan tanpa nombor giliran. Dalam kesibukan keluar masuk ambulan, ramai orang menunggu giliran, dan pada ketika itu juga, aku ternampak beberapa orang lelaki berbadan tegap dgn wajah yg agak ganas. Mata mereka meliar seperti mereka sedang mencari-cari seseorang. Dalam kekalutan itu, apabila aku juga turut ternampak lelaki india yg semalam juga turut mencariku, aku terus bersembunyikan diri aku di balik dinding dan pada ketika itu juga aku takut dan buntu. Aku pun tahu kenapa diorang cari aku dan mereka mahu apa dari aku. Belum sempat aku fikir kemana nak lari, Haziq sudah pun tarik tangan aku dan bawa aku lari keluar dari hopital melalui pintu lain dari arah lain juga. Aku agak terkejut dengan tindakan tiba-tiba Haziq. Namun oleh disebabkan aku dah terlalu takut, aku tidak mahu sendirian. Nasib baik dia sempat melarikan diri dan mencariku. Dalam keadaannya yg agak kritikal, Haziq sempat menahan teksi dan membawa kami balik semula ke hotel. Sampai di hotel, abang Haziq meminta izin aku utk tinggal di bilik lain. Dia tidak mahu di ganggu dan merisaukan orang lain tentang keadaannya itu. Aku tiada pilihan hanya mengikut arahan seterusnya dari dia. Kami masuk ke dalam bilik dan Haziq terus merebahkan dirinya ke atas katil. Mungkin dia dah terlampau sakit dan letih agaknya. Perlahan-lahan aku duduk mendekati Haziq dan menyelak bajunya yg berlumurah darah. Memang darah itu tidak kering lagi dari semalam kerana lukanya semakin membesar dan panjang. Muka dan bibirnya juga sudah agak pucat. Aku mengambil tudung aku dari balutan perutnya dan mencuci kain itu. Kemudian dengan kain itu jugak aku mengelap bahagian lukanya. Memang agak dalam tikaman lelaki india itu. Aku kagum melihat Haziq kerana dia sanggup dan boleh bertahan sepanjang hari itu. Kalau kena atas batang hidung aku, mesti aku dah pengsan. Bila siap aku membalutnya, dia juga telah pun terlelap akibat kehilangan darah yg banyak. Dan mungkin juga dia menahan sakit yg amat. Apabila aki lihat dia sudah lena, dengan perlahan-lahan aku masuk ke dalam bilik mandi utk tumpang bersihkan diri. Dari semalam aku tak mandi. Tambahan pula dalam keadaan kotor dab penuh dengan barang-barang, kami boleh tertidur di situ hingga pagi. Bila difikirkan balik memang mustahil dan itu bukan diri aku. Aku bukannya mudah utk tidur sebarangan tempat. Tambahan dengan tempat yg sebegitu. Memang agak mustahil sebenarnya. Tapi aku tidak tahu macam mana aku boleg terlelap. Mungkin terlampau penat atau takut. Aku tidak pasti. Tengah seronok aku bersihkan diri, aku terdengar ketukan pintu. Belum sempat aku keluar dari bilik mandi, Haziq dah pun buka pintu itu. Bila aku siap dan keluar dari bilik mandi, alangkah terkejutunya akj apabila kawan sekelas aku dan cikgu-cikgu melihat kami berdua berada di dalam bilik itu. Aku lagi bertambah terkejut apabila mereka menuduh kami berzina. Allahu Akbar! Tidak terlintas langsung dalam fikiran aku utk melakukan perkara itu. Namun mereka memberikan berdas-das tuduhan dan tomahan hingga aku tidak dapat menahan lagi, aku terus menangis. Beberapa org guru telah memaki dan memarahi Haziq dan pada ketika aku sudah pun berlari menangis di hujung penjuru bilik. Rakan-rakan yg tidak sanggup melihat kami, meraka telah pun pergi tanpa sebarang kata dan akhirnya, hanya tinggal aku, Haziq dan 2 org guru. Lama juga Haziq cuba mendiamkan diri dan kami hanya mendengar kata-kata kesat yg keluar dari mulut cikgu-cikgu kami. Kami faham mereka amat marah dan kecewa melihat keadaaan kami. Mereka amat percaya pada Haziq yg merupakan senior. Tambahan pula jumpa kami dalam keadaan macam ni.Sudahlah tu, mereka cuba hubungi kami langsung tidak dapat.Mereka juga cuba mencari kami namun tidak ketemu. Akhirnya, ada beberapa budak kelas nampak kami naik ke bilik berlainan, mereka terus memaklum pada guru dan senior. Barulah mereka terus meluru pada kami. Bila jumpa pula, kami berduaan. Memang berdas-daslah cemuhan dan tuduhan kami terima. Dalam kekusutan itu, tiba-tiba sahaja Haziq berdiri dan bersuara. " Maafkan saya cikgu kerana bersikap kurang ajar. Kalau macam tu cikgu fikirkan dan tuduh kami, Saya setuju utk nikahkan kami di sini!" tegas Haziq. Tangisanku serta merta terhenti dan terus menoleh kearah Haziq yg sedang berang dan masih berbaki marah. Cikgu-cikgu saling berpandangan memikirkan tentang pilihan Haziq.

" Awak serius ke ni Haziq?" soal salah seorang cikgu kepada Haziq.

" Ya cikgu! Nikahkan kami sekarang. Tapi saya harap lepas ni cikgu jangan ambil tahu tentang kami lagi. Dan kami akan balik tanpa habiskan percutian kami ini." Haziq bertegas lagi. Dan kali ini dia tidak main-main. Aku terus berdiri melihat dia. Haziq memandangku. Wajahnya memang menyatakan perkara itu perkara yg bukan main-main baginya.

" Baiklah. Kalau itu dah keputusan kamu, esok kita akan ke Masjid berdekatan dan cari imam yg ada di sana. Mereka lebih layak nikahkan kamu berdua berbanding saya. Tapi jangan lupa maklumkan kepada ibu bapa kamu dan daftar surat nikah bila dah pulang ke Malaysia nanti. Apa yg berlaku lepas ni, kami tidak bertanggungjawab lagi ke atas kamu berdua." pesan cikgu Matnoor panjang lebar. Dalam keadaan masih terkejut, aku terus keluar dari bilik itu meninggalkan Haziq sendirian dan menuju ke bilik aku bersama Fiffy.Sepanjang malam aku di soal siasat oleh Fiffy. Nasib aku baik, Fiffy faham dengan keadaan aku dan dia memang banyak menyokong aku sejak dulu lagi. Dia juga akan bantu aku jika ada perkara tak baik berlaku kepada ku.
Pagi aku tidak seperti biasa. Hari itu bermula dengan panggilan seperti yg dijanjikan Haziq. Kami akan bernikah. Tepat jam 11 pagi itu, aku bergelar isteri kepada Haziq Syazwan. Walaupun aku pernah memendam perasaan padanya. Namun aku tidak sangka ini adalah jodoh. Tapi lama mana tu aku tidak pasti. Mungkin dia ada agenda lain buatku. Aku memang tidak pasti. Dan seperti yg di janjikan juga. Kami akan terus pulang ke Malaysia petang itu juga. Selepas majlis akad, kami mengemas pakaian dan menuju ke Airport. Aku terpaksa melepaskan cuti aku dan selesaikan perkara yg aku sendiri tidak tahu puncanya apa sebenarnya. Namun aku terpaksa akur dengan takdirnya. Aku juga terpaksa meninggalkan Fiffy sendirian. Nasib baik Fiffy memahami aku dan melepaskanku balik. terima kasih kawan baikku. Kau memang terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience