Pengakuan

Romance Completed 8205

Petang itu Lizzy kurang sihat. Jadi dia mengambil keputusan utk cuti dan rehat di rumah hari itu. Aku pula tidak dapat menemani dia malam itu kerana aku harus menyiapkan beberapa assigment yg tertunggak dan mencari cybercafe yg berhampiran kawasan rumah. Lizzy memberi cadangan utk mengunakan cybercafe yg dekat dengan tempat kerjanya. Aku cuba melilau mencari cybercafe yg Lizzy maksudkan. Dari satu kedai hingga satu kedai. Tidak jumpa di mana. Aku berhenti di sebuah cafe yg pertemuan pertama kali aku mengenali Lizzy. Sambil memikirkan di mana, tempatnya, perutku terasa lapar dan aku memesan makanan dan minuman. Kerja aku dah la banyak tak siap lagi ni. Cybercafe plak tak jumpa kat mana. Ketika sibuk scroll hanfone mencari lokasi, ketika itulah dia muncul. Haziq!

"Liya buat apa kat sini?" Haziq menyoal. Aku agak tergagap menjawab sebab tak sangka jumpa dia di tempat dan keadaan macam ni.

" Liya tinggal kat kawasan ni. Lagipun Liya tengah cari cybercafe ni. Sebab nk guna komputer." aku menjawab.

" duit yg abg bagi tiap-tiap bulan kan ada? kenapa tak guna duit tu beli laptop je. Kan senang keje Liya." aku terdiam. Sebenarnya sudah sekian lama aku tidak menjenguk duit yg masuk ke dalam akaun aku itu. Sebab tidak ada apa yg perlu aku gunakan, jadi buat apa nak tengok. Cukup duit yg nenek dan abang aku hulurkan tiap-tiap bulan utk perbelanjaan aku. Lebih dari cukup.

"Abang buat apa plak kat sini?" soal aku tukar topik. Dia pun agak gelabah menjawab soalan aku.

" Abang ada kerja sekitar sini. Kalau Liya ada pape call abang terus ok. Abang boleh tolong. Masih ada orang ikut Liya lagi ke sejak kita balik dari Thailand tempoh hari?"

" Setakat hari ni masih aman. tiada apa yg menganggu hidup Liya." balasku bergurau. Dia tertawa. Sudah sekian lama tidak berjumpa, banyak benda yg nak kami bualkan. Tak lama kami berborak, ketika itu jugalah makanan aku pun sampai. Tanpa menunggu lama, Abang Haziq juga turut memesan makanan utk dirinya. Aku tak sangka dia sanggup menemani aku makan ketika itu. Dengan peluang yg ada, kali ini aku cuba meratapi raut wajahnya sedalam-dalam hatiku. Memang sah aku dah betul-betul jatuh cinta pada Haziq. Bila dekat tak rasa langsung tapi bila dah jauh terasa rindu pada dia dan mungkinlah juga ketika itu lah aku rasa aku mula rasa sayang pada dia. Selepas habis makan, dia mengambil sesuatu dalam keretanya dan menghulurkan sesuatu kepadaku. Iaitu sebuah laptop miliknya. Katanya, dia jarang gunakan laptop iti jadi dia bagi aku pinjam laptop supaya aku siapkan semua kerja aku di rumah saja. Aku berasa amat lega. Tidak perlu aku keluar mencari cybercafe lagi lepas ni. Apa-apa hal, lain kali bolehlah aku pinjam laptop dia je. Senang. Dan boleh la hari-hari aku jumpa dia lagi.
Sejak dari hari itu, aku sentiasa menghubungi dia. Setiap masa dan ke mana sahaja aku keluar, mesti mengajak dia bersama dan selama ajakan aku, sekali pun dia tidak pernah tolak. Dia juga pernah berpendapat supaya dia mahu mencari lokasi rumah lain yg selesa utk aku. Tapi aku tolak. Aku rasa cukup sekadar apa yg ada sekarang. Lagipun aku tidak lama tinggal di situ.Hingga sampai aku tamat pelajaran aku dan bila aku start kerja pula takut aku dah pun duduk di tempat lain. Aku takut dia tidak selesa menerima aku dalam hidupnya lagi buat masa ni dan itu juga salah satu sebab tu aku tidak menyuarakan lagi kehendak hati aku padanya sehinggalah tiba suatu hari, pekerja Haziq iaitu Syah dan Zakwan. Mereka juga ada memberitahu ku tentang luahan pandangan dan perasaan Haziq terhadap diriku. Mereka dapat rasakan yg Haziq sudah mula suka dan jatuh cinta padaku. Sepanjang ketiadaan aku, dia kan bercerita tentang apa yg dia suka tentang diriku. Kadang- kadang dia ada juga seperti mahu call atau whatsapp aku tapi selalunya hasratnya tidak kesampaian apabila dia fikirkan tentang abang dia. Mereka juga pernah cakap yg kadang-kadang kalau dia sedang merindui aku, dia akan merenungi wajahku dalam screen wallpaper hanfone miliknya. Mereka juga ada juga bercerita tentang abang kandung Haziq, iaitu abang Hazim. Dia tidak akan merestui hubungan ini jika dia dapat tahu dan mesti dia akan tentang habis-habisan. Aku pernah juga tanya kenapa. Mereka juga tidak pasti kenapa. Tapi yg pasti Hazim tu ada simpan dendam terhadap arwah mak ayah aku mengenai arwah mak ayah dia. Banyak yg aku tidak tahu tentang perkara itu. Aku dapat rasakan abang aku ada sembunyikan sesuatu dari aku. Selain itu aku dapat juga tahu sejauh mana perasaan dia terhadap aku itu sudahpun mencukupi.
Satu hari, Haziq mengajakku keluar makan malam bersamanya. Aku juga tidak tahu kenapa.Pada mulanya, aku ingat ianya makan malam biasa. Tapi apabila dia kata ini mungkin makan malam yg terakhir, itu membuatkan aku berdebar-debar. Adakah aku harus menyuarakan isi hatiku ketika itu? Kalau tidak, mungkin kita tidak akan berjumpa lagi selepas ini. Tidak salah utk mencuba. Kalau tidak cuba, kita pun tidak tahu keputusannya macam mana kan. Jadi aku bertekad, malam ini aku harus luahkannnya.
Tepat jam 8 aku telah pun menunggu Haziq di tempat yg di janjikan. Walaupun pada mulanya dia mahu mengambila dan menghantarku di rumah, namum aku tidak biasa pergi dengan dia. Jadi aku sampai ke sana sebelum dia tiba. Hampir setengah jam menunggu, barulah dia munculkan diri. Katanya ada hal sedikit di tempat kerjanya. Aku tidak ambil hati, aku faham dengan kerjanya. Selepas memesan makanan, dia memulakan bicara.

" Mungkin lepas ni kita tidak dapat berjumpa lagi. Abang akan pindah ke Australia selama 3 atau 4 tahun. Atas urusab kerja."

" bukan ke abang kerja dengan abang Hazim?"

" yep. Dia yg beri arahan tu. Abang orang yg dia paling percaya, jadi abanglah yg kena pergi." aku merenung dengan renungan yg amat menyedihkan

" abang tolong jangan pergi"

"tapi kenapa Liya? apa alasan yg abang akan bagi jika abang tidak dapat pergi."

"Liya sebenarnya dah mula sayangkan abang." terbeliak biji mata Haziq apabila mendengarnya

"tapi Liya..."

" Kalau abang belum sedia, Liya faham abang. Liya tak paksa."

" Liya, sebenarnya memang abang dah lama tunggu saat ni. Untuk bersama Liya. Abang bersyukur sangat apabila dapat di pertemukan dan di jodohkan dengan Liya. Tapi semua itu sudah terlambat, Liya.." Dia menundukkan pandangannya ke bawah. Menahan sebak dari rauh wajahnya.

" apa maksud abang ni? Liya tak faham." aku masih mencari erti kata-katanya itu. Dia merenung dan memegang tanganku di atas meja.

" Liya, abang sudah pun bertunang. Masa abang tunggu panggilan dari Liya. Abang ingatkan Liya tak sudi terima abang. Jadi abang sudah pun buat keputusan utk menerima cadangan Hazim iaitu berkahwin dengan perempuan itu. Kemudian bekerja dan menetap terus di Australia. " Sedih melanda hatiku. Dia sudah pun mahu jadi milik orang lain. Aku memejam mata menahan sebak dan air mata.

" Habis tu, hubungan kita macam mana?" perlahan aku malu utk mempersoalkan tentang perkahwinan yg bagaikan tidak wujud di mata kami.

" Hubungan kita akan kekal terus macam ni. Sampai bila-bila pun abang tidak akan lepaskan Liya. Liya akan jadi milik abang sepenuhnya. Jangan risau pasal belanja. Abang akan sentiasa hantar pada Liya dan abang janji budak-budak Hazim tidak akan ganggu Liya selagi kita bergelar suami isteri." Haziq mula menyuara. Kenapa budak-budak Hazim nak ganggu aku pula? Aku makin tidak faham situasi. Apabila aku ingin menyoal tentang Hazim, ketika itulah seorang perempuan datang ke arah kami dan merangkul leher Haziq sambil memanggil 'Sayang..' dengan manja sekali. Pada mulanya aku tidak pasti siapa, namun bila aku perhatikan semula wajah perempuan itu. "Lizzy!" aku bertempik. Dia menoleh ke arahku dengan terpinga-pinga.

"beb, kau buat apa kat sini?" Lizzy melihat aku semula dengan keadaan bingung.
Haziq melepaskan tangan Lizzy dari rangkulannya. Lizzy menarik tangan Hazim dan menggenggamnya. Berbulu pula aku tengok perangai mereka berdua. Tanpa banyak soal, aku terus bangun dan pergi meninggalkan mereka. Menangis. Aku menangis tanpa boleh berhenti lagi. Hatiku betul-betul sudah hancur. Hanya Allah je yg tahu perasaan aku ketika itu. Laju aku memandu melusur keluar dari ibu kota menuju ke rumah nenek kesayang. Ketika ini aku ingin mencari bahu utk aku menangis. Dan pengakuanku itu jadi pengakuan yg curang dari dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience