Pertemuan Semula

Romance Completed 8205

Dalam beberapa tahun ini, aku lebih mengenali erti dunia realiti. Dunia yg kita pilih tidak semestinya indah. Kadang-kadang banyak liku dan lumrah. Sepanjang aku hidup, aku memang tidak tahu langsung siapa mak ayah aku. Dari semasa ke semasa aku kenal erti benci dan dendam. Pada mulanya aku sangat menyangka yg aku dari keluarga yg baik-baik. Rupanya aku salah besar. Ayah aku dan Ayah Haziq rupanya memang dari mula lagi memang gangster. Ayah Haziq, Dato' Malik terkenal dengan bisnes kelab malam dan drug addict. Bahagian ayah aku pula,pinjaman duit haram, perjudian dan pelacuran. Memang masing-masing sudah pun mengatur rancangan bersama sejak dari mereka bermulanya bisnes ini. Aku buntu samada mahu percaya atau tidak. Tambahan pula aku dapat tahu mak aku pula yg masih mencintai Dato' Malik. Lagi bertambah serabut. Kepala dan hatiku kini di penuhi dengan kebencian yg mendalam terhadap Haziq yg banyak pura-pura mahu tebus kesalahannya. Padahal dia sudah pun seronok bersama perempuan lain. Buat aku macam orang bodoh yg tak dapat nak kemana. Selagi kami tidak bercerai, semua ni tidak akan tamat. Sekarang abang aku yg menguruskan perniagaan ayah aku. Abang aku berharap aku tidak mengikuti jejak langkah ayah. Dia lebih saran kan aku mencari kerja halal dan lebih baik. Bila melihat keadaan abang, kadang-kadang kesian pada dia. Tak pasal-pasal kena uruskan semua. Semenjak itu juga, abang kerap balik membawa beberapa orang anak-anak buahnya dan memperkenalkan mereka padaku supaya senang kalau ada masalah apa-apa, mereka mengenali aku. Tapi dia akan pastikan mereka tidak menggangu aku atau mendekati aku. Hanya memperhatikan dari jauh sahaja. Aku setuju dgn setiap rancangan abang. Bimbang juga kalau-kalau Hazim cuba mengupah orang utk cubaan membunuh aku utk kali kedua. Aku pastikan kali ini diorang tidak akan dapat dekati aku langsung, termasuk Haziq! Hatiku sudah pun tanam rasa benci terhadap Haziq. Memang aku tidak boleh bersama dia lagi.
Hampir 2 tahun melepak kat rumah selepas graduate, kini aku dapat kerja kat pejabat sebagai web design utk sebuah syarikat yg besar. Abang aku kenal pemilik syarikat itu. Mereka juga merupakan client abang aku. Tapi kali ini aku tidak mahu mengunakan abang aku. Mereka tidak berapa kenal dengan aku, jadi mereka menerima aku bukan atas desakan tapi kelulusan aku. Semua perkerja baik di sana. Mereka tidak sombong mengajar aku dan memberi tunjuk ajar yg mana boleh mana tidak. Boleh di katakan sepanjang kerja mereka masih boleh ngam dengan aku. Dalam diam, rupa ada salah seorang staf lelaki namanya Lutfi. Dia menyukai aku dan cuba meluahkan perasaan padaku. Bagi aku, dia calon lelaki yg terbaik. Dia cukup sempurna walaupun wajahnya tidak begitu se'hansome' Haziq tapi dia memang baik dan caring. Setiap kali aku lupa utk makan atau solat, dia akan remind aku. Kalau aku tak sempat utk pergi makan, dia akan belikan utk aku dan makan bersama dia di dalam pejabat. Dia buat aku rasa di hargai dan bahagia. Setiap kali aku memandang Lutfi, mengingatkan aku pada Haziq. Dia memang bertanggungjawab tapi bila bersama dia, aku langsung tidak merasa bahagia. Ketika setiap kali kami keluar bersama, dia pasti mahu cepat dan jumpa mesti secara sembunyi. Dengan Lutfi, aku bebas. Namun aku benci apabila bermain dengan perasaan. Hati aku tetap masih menyintai Haziq. Walaupun mungkin dia sudah pun bahagia mendirikan rumah tangga bersama Lizzy. Aku sahaja yg masih menunggu dia.Tapi nafkah setiap bulan yg dia harus beri, memang tidak pernah putus. Duit itu sentiasa sama dan tidak ada lebih atau kurang. Dan tarikh kemasukannya juga tidak lewat sangat. Hujung bulan tepat. Walaupun ada duit, tapi hati aku tetap tidak happy dan bahagia. Kenapa kau buat aku macam ni Haziq? Kau banyak main kan perasaan aku. Kalau masa budak dulu aku boleh ikut kau. Tapi sekarang aku dah tekad utk mencari kebahagian utk diri aku. Aku mahu mencintai dan di cintai sama seperti orang lain.
Selepas tamat waktu kerja, biasanya aku memandu kereta aku sendiri pulang ke rumah. Tapi kali ini kereta aku rosak. Jadi pagi tadi aku datang ke pejabat menaiki 'Grabcar'. Namun waktu pulang ialah waktu puncak. Pada waktu begini susah utk dapatkan Grab. Dari pukul 5 hinggalah pukul 630 aku masih mencari Grab. Salah aku juga menolak tawaran daripada Lutfi tadi. Kesian dekat dia, pergi dengan hampa. Bukan aku tidak mahu terima tawaran dia. Tapi tidak mahu keluarga aku dapat tahu tentang Lutfi. Cukuplah mereka tahu hubungan aku dengan Haziq. Gantung tak bertali buat masa ini. Sedang aku menunggu lama, aku mencari kedai makan yg berdekatan area pejabat aku. Sudah sekian lama aku tidak makan di luar. Kebiasaan aku akan cepat-cepat balik kerana mahu bermanja-manja dan makan bersama nenek kesayanganku. Hampir jam 7malam aku menunggu, tiada langsung jawapan yg Grab berikan. Nampaknya aku harus hubungi Abang Zizul dan menunggunya di kawasan masjid yg berhampiran kerana waktu maghrib sudah semakin hampir. Aku tahu kedatangan abang ke sini amat lambat. Maklumlah kawasan kerja abang tengah bandaraya manakala pejabat aku pula jauh dari Ibu kota. Selepas selesai solat, aku menghubungi semula abangku. Beberapa kali aku cuba menghubungi tapi tiada jawapan. Sedang aku leka menekan butang di srceen hanfone aku tu, ada seseorang menepuk bahu ku. Aku terkejut dan menoleh kebelakang. Haziq! Kenapa kau datang lagi dalam hidup aku? Tapi penampilan dia kali ini amat lain. Mungkin juga sebab sudah lama tidak jumpa.

"Lama ke Liya tunggu abang? Maaf la abang pergi solat dulu tadi sementara tunggu Liya."

" Abang dari mana? Mana abang Azizul?"

" Liya jangan risaulah. Dia yg suruh abang datang ambil Liya kat sini. Sebenarnya abang datang singgah rumah Liya tadi. Abang cari Liya, tak sangka pula Liya dah start kerja. Kenapa Liya tukar no fone? Liya nak jauh dari abang ke?" Aku tidak menjawab soalan itu. Aku terus berjalan menuju ke arah keretanya. Haziq berjalan menyusuri aku dan membuka pintu kereta utkku. Aku mengucapkan terime kasih dan terus masuk ke dalam tanpa berkata apa. Dia masuk ke dalam dan menghidupkan enjin kereta. Aku memandang ke arah luar tingkap tanpa melihat ke arahnya. Hampir beberapa minit kereta itu masih tidak bergerak, aku menoleh ke arah Haziq. Rupanya dia sedang memandang ke arahku. Aku terkejut dan dia tersenyum.

" Liya belum jawab soalan abang. Kenapa Liya tukar no fone tak inform kat abang. Abang masih pakai no lama."

" Liya tak ingat!" jawabku simple.

" Liya, abang ada buat salah dengan Liya ke?" tanganku di capai. Aku bertambah terkejut. Cepat-cepat aku menarik semula tanganku, tapi kali ini tidak dapat di lepaskan.Dia menarik tanganku dan meletakkan tanganku di atas dadanya sambil merenungku. Aku bertambah panik. Dia hanya tersenyum melihat panik begitu.

" Abang jangan la macam ni. Kalau Lizzy tahu nanti..." belum sempat habis aku bercakap dia dah poting cakap aku.

" Kami tak jadi kawin. Lepas sahaja abang putuskan pertunangan kami, abang masih stay kat Australia. Sambung belajar. Abang ambil bidang yg sama masa diploma dulu, law. Sekarang abang tengah buat Master dalam course undang-undang. Itu memang cita-cita abang sejak di bangku sekolah lagi. Abang Zizul pun tahu tentang tu." ujarnya. Aku hanya berdiam diri. Tidak sepatah perkataan dari mulutnya dapat memujuk hati aku. Kalau dia memang tidak suka dengan Lizzy, sepatutnya dari mula lagi dia tidak terima cadangan Hazim. Kalaulah kali ini dia rasa dia memang betul-betul yakin dapat memujuk aku, dia silap besar.Aku dah tetapkan hatiku utk menerima Lutfi dalam hidup aku. Kau boleh lepaskan aku secepat yg mungkin. Tanpa sebarang reaksi dari aku, dia mengalah. Akhirnya kami pulang ke rumah nenek aku tanpa sepatah kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience