Luahan Perasaan

Romance Completed 8205

Sudah seminggu Haziq berada di rumah nenek. Dah la tu, dia tidur sebilik dan sekatil dengan aku pula. Lebih aku nak menjauh darinya. Dia makin mendekat denganku. Boleh dikatakan setiap hari dia akan manghantar dan mengambil aku dari pejabat. Walaupun sudah beberapa hari kereta aku sudah pun siap di baiki. Tapi dia tetap mahu mengambil dan menghantar aku. Katanya, kampus dia berada berdekatan dengan kawasan pejabat aku. Jadi mudah utk dia mengambil aku. Aku menyuarakan ketidakselesaan aku terhadap pertolongan Haziq pada abang dan nenek. Mereka hanya tersenyum dan mengata bahawa diorang tidak dapat bantu kerana Haziq adalah suami aku. Jadi keputusan semua di tangan dia. Tidak ada kena mengena lagi dengan abang atau nenek. Aku bertambah geram bila abang selalu cuba menyakat aku dengan Haziq. Menyampah betul. Tidak ada alasan dan tempat utk mengadu lagi. Sejak beberapa hari ni juga, Lutfi perasan dengan kehadiran Haziq. Dia berkali-kali bertanya soalan kepadaku tentang Haziq. Aku tidak mahu sangat menjawabnya. Pada aku Haziq hanya sementara sahaja akan berada bersamaku. Macam yg dulu-dulu, kalau aku berharap, ianya tidak akan lama. Lebih baik jangan letak harapan dan cari saja yg lebih baik. Lutfi dah jadi pilihan aku sekarang dan aku tidak mahu kehilangan dia. Bila Lutfi bertanya tentang Haziq, aku akan menjawab dia hanyalah abang aku sahaja. Lutfi mempercayainya kerana dia tahu aku ada abang tapi dia belum pernah berjumpa abang aku. Waktu lunchbreak, aku keluar makan bersama Lutfi di kedai makan yg berhampiran dengan pejabat kerana waktu makan amat singkat, aku tidak mahu buang masa. Sepanjang waktu makan, aku dapat rasa ada pandangan yg kurang menyenangkan. Sepanjang bulan ini sahaja, aku dapat rasa ada seseorang sedang mengekori aku tapi dia tidak langsung menghampiri aku. Namun aku tidak mengendahkannya selagi dia tidak menggangu aku, aku tidak rasa itu satu ancaman padaku. Beberapa kali aku cuba memberitahu Lutfi, tapi dia rasa aku hanya fikir yg bukan-bukan. Dengan kata-katanya itu membuat aku rasa lega sedikit. Selepas makan dan kembali semula ke pejabat. Aku terkejut besar melihat sejambak bunga besar terletak sebesar di atas meja aku. Ku sangkakan Lutfi, bila aku bertanya padanya dia langsung tidak tahu tentang bunga itu. Aku mencari kad pada bunga itu tapi tiada yg ada cuma busniess card kedai bunga itu. Lama aku fikrkan, baru aku teringat tentang bunga itu. Rupanya sama seperti bunga yg aku terima semasa hari result spm aku keluar dulu. Haziq! Ini mesti kerja dia. Aku mengenepi bunga itu dan beberapa staff datang menghampiri meja aku. Ada yg memuji dan ada yg memerli. Keadaan itu aku endahkan sebab aku dah lali kena perli. Setiap staf yg datang tidak apa pun yg membantu hingga seorang staf yg bernama kak Mawar memberitahu tentang kedatangan seorang lelaki. Gambarannya nyata seperti Haziq yg datang menghantar bunga itu. Baru aku yakin memang dia yg menghantarnya. Tanpa rasa kesian, bunga itu aku terus hadiahkan pada kak Mawar dan dia pula amat menyukainya dan menerima terus pemberian ikhlas dariku. Berseri-seri wajah kak Mawar bila menerima bunga itu.Selang beberapa minit kemudian, aku menerima whatsapp dari Haziq. Dia bertanyakan tentang bunga itu. Namun aku biarkan mesej itu masuk tanpa membalasnya. Aku meneruskan kerja tanpa mengendahkan segala mesej yg ku terima. Ketika waktu balik kerja, aku menunggu Haziq di tempat biasa. Ada beberapa ketika aku perasan ada 2org lelaki yg cuba memerhatikan aku. Gerak gaya nya seperti tiada apa-apa tapi aku amat perasan bila dia berdua berkali-kali memandang aku dan berbisik antara satu sama lain. Tindak-tanduk mereka buat aku kurang selesa. Aku mula bergerak ke arah lain dan cuba menghantar mesej kepada Haziq utk tukar lokasi mengambil aku. Apabila aku mula bergerak, mereka juga turut melangkah. Kaki aku dari mula perlahan dan akhirnya aku terpaksa berlari. Ternyata memang mereka mengejar ku. Apabila aku membelok dan bersembunyi di balik tiang, mereka berdua berpecah dan mula mencari aku. Aku turun perlahan dan merangkak ke arah celah-celah kereta. Sampai di hadapan kedai, aku nampak kereta Haziq. Aku terus berlari ke dalam keretanya dan Haziq terus memecut laju keluar dari kawasan itu. Muka aku pucat dan jantung aku berdegup laju. Dia beberapa kali menyoal kenapa. Aku hanya berdiam dan memandang keluar. Dia hanya tidak mahu menambah serabut kepala aku ni, dia terus membawaku pulang ke rumah. Sepanjang malam itu aku lebih mengurungkan diri ke dalam bilik. Sudah beberapa kali Haziq datng memujuk aku turun makan, tapi aku buat-buat tidak peduli. Kejadian petang tadi banyak mengejutkan aku. Fikiran aku yakin sangat itu mesti abang Haziq, Hazim. Abang Zizul telah memberitahu aku yg mereka telah membuat perjanjian jika Haziq mendengar kata Hazim, Hazim tidak akan menggangu aku dan keluarga aku. Tapi oleh kerana Haziq telah melanggar perjanjian itu, kemungkinan besar Hazim sedang marah. Dia sedang ngmencari tempat tinggal keluarga aku utk menghancurkan kami sekeluarga. Itu adalah hasrat dia dari dulu lagi. Aku bertambah takut utk ke pejabat. Kemungkinan besar Hazim boleh suruh sesiapa sahaja utk bunuh aku. Aku termenung di sudut katil. Masih terngiang-ngian peristiwa petang tadi. Haziq datang mendekati aku. Dia memegang bahu aku. Dengan kasar aku menolaknya. Dia cuba memujukku dengan kata-kata. Tapi setiap perkataan yg keluar dari mulutnya buat aku rasa marah dan benci terhadapnya. Seolah-olah tiada apa yg akan berlaku selepas ini. Aku bertambah marah apabila dia cakap dia masih cuba memujuk abangnya.

" Jangan minta maaf la abang. Liya dah muak! Benci! Dulu masa Liya datang kat abang, merayu kat abang.. Dengan mudah abang tolak dan tinggalkan Liya mentah-mentah. Kenapa baru sekarang abang kat Liya balik? Rindu kat Liya? Mustahil bagi Liya utk terima abang semula! Lagi satu ini bukan benda kecil tau.Ia melibatkan nyawa Liya tau. Perkara ni sepatutnya dah lama selesai. Kalau abang cakap baru nak pujuk Hazim, sampai bila-bila kita akan hidup macam ni.Hidup dalam ketakutan. Liya dah tak sanggup dah!" Aku meninggikan suara. Haziq hanya duduk terdiam di hujung katil. Abang Zizul terdengar perbualan kami dan terus datang meluru ke arah aku.

" Liya kenapa cakap kat Haziq macam tu? Walau macam mana sekalipun, Haziq tetap suami Liya yg sah. Liya kena hormat dan jaga maruah dia!" Abang pula menengking aku. Aku tersentak dek kata abang. Tanpa kata apa-apa aku terus baring ke atas katil dan menarik selimut menutupi wajahku. Aku biarkan abang berlalu dengan kepalanya sempat bergeleng. Haziq hanya menepuk bahu kawan baiknya dan abang Zizul terus keluar dari bilikku. Haziq menutup daun pintu dan lampu. Aku memejamkan mata dan terus terlena. Kata-kata abang Zizul itu buat aku terbawa-bawa dalam mimpi. Aku lihat abang dan nenek sudah pun baring dan pengsan. Badan dan tangan mereka dipenuhi darah di merata-rata tempat. Aku pula menangis disisi mereka dan mencari-cari sesiapa yg akan datang menolong. Tangan aku juga di penuhi dengan darah. Kepala menoleh ke kiri dan kanan memang kosong tiada siapa yg datang bantu. Aku ketakutan hingga aku terjaga dari tidur sambil menjerit dan menangis. Haziq yg tidur di sampingku pun juga turut terjaga. Dia memanggil-manggil namaku. Aku menangis dan memeluknya. Aku rasa amat selamat ketika berada di dalam dakapannya. Barulah aku dapat rasa kehangatan seorang suami di sisi. Selama aku bersama dia, inilah kali pertama aku memeluknya. Dia mendakap aku dengan penuh erat dan selesa. Malam itu, oleh kerana ketakutan, aku tertidur dalam dakapannya hingga ke subuh. Bila aku bangun, aku sedang enak baring di atas dadanya yg sasa itu. Aku terkejut dan bangun dalam keadaan kelam kabut. Keadaan itu buat dia juga turut terjaga. Dia sangkakan aku masih menangis lagi. Apabila dia melihat aku sudah pun ke bilik mandi, dia meneruskan tidurnya yg telah di ganggu tadi.Sesudah aku menunaikan solat subuh, aku mahu mengejut Haziq. Apabila aku terpandang wajahnya, hati aku rasa berdebar. Sejak dari mula lagi, perasaan aku akan begini setiap kali memandang raut wajahnya yg tenang sedang lena di ulit mimpi indah. Aku tahu, sekarang dia sedang usaha memikat hatiku kembali. Selepas luahan perasaan aku dulu. Mungkin aku rasa dia juga turut rasa benda yg sama seperti apa yg aku rasa. Cuma masing-masing ego utk mengakunya. Bila pandang ke arahnya, aku rasa kesian padanya. Semua masalah berada atas bahunya sekarang. Mana kan mahu jaga hati Hazim, hati keluargaku dan juga hati aku lagi. Mungkin dia sedang usaha utk satukan kembali keluarga kami yg sudah lama berdendam. Panjang aku fikirkan, aku harus bantu dia bukannya menambahkan lagi masalah padanya. Aku masih tidak pasti dengan perasaan aku sendiri. Lama aku termenung di tepi katil, tiba-tiba Haziq bangun dan duduk di sebelahku. Cepat-cepat aku mahu bangun, dia terus merentap tanganku dengan kuat hingga aku terduduk kembali di atas katil.

" Liya, abang minta maaf. Abang gagal jadi suami yg baik pada Liya. Tapi Liya tolonglah bagi abang peluang utk buktikan pada Liya. Abang sedang usahakan utk satu kan balik keluarga kita. Percayalah. Berikan abang satu lagi peluang? Lepas ni abang janji abang akan sentiasa bersama Liya walauapapun yg terjadi. Tiada apa yg dapat pisahkan kita. Abang sayangkan Liya. Abang cintakan Liya." kata-kata dia buat aku terpengun. Tanganku masih digenggam erat. Dia menunggu jawapan dari aku. Perlahan dan bergetar aku mengangkat tanganku ke pipinya lalu aku mengosoknya.

" Abang... bukan Liya tak sayangkan abang. Tapi Liya perlu kan masa utk terima semua benda ni. Banyak sangat perkara yg buat Liya serabut dan takut. Tambah pula Liya baru je tahu tentang keluarga kita. Kalau Liya tahu lebih awal, Liya rasa kita takkan bersatu." aku melepaskan tanganku dan terus bangun meninggalkan Haziq yg masih terkebil-kebil di sisi katil. Belum sempat aku nak buka telekung, Haziq merangkul pinggang dari belakang dan meletak dagunya di bahu kanan ku. Aku terkejut tapi tak dapat melepaskan rangkulannya. Kami hanyut di buai rasa bersalah atas kesalahan orang lain. Kesalahan mak ayah kami yg buat kami sebegini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience