Kampus

Romance Completed 8205

Hampir setahun aku tinggal di hostel dan bulan depan aku mula masuk semesta pertama utk tahun yang kedua. Pihak pengurusan meminta semua pelajar tahun 2 supaya tinggal di luar kampus. So, kenalah aku cari rumah yg dekat dengan kampus supaya kalau aku bangun lambat, taklah berkejar nak ke kelas nanti.
Sejak dari ambil result SPM tu, sekalipun aku tidak dapat melupakan Haziq. Sama seperti zaman sekolah dulu. Mase tu aku tingkatan 2, Dia sudah pun tingkatan 5. Sekelas perdagangan dengan abang aku dan juga merangkap kawan baik abang aku. Memang macam pasang kekasih lah. Di mana abang Haziq kat situ juga lah abang aku berada. Banyak kali juga kena tangkap oleh cikgu displin disebabkan kesalahan-kesalahan kecil seperti ponteng sekolah, lewat datang ke sekolah, merokok, meniru, buli budak dan macam-macam lagi lah. Nenek aku selalu kena panggil oleh guru besar kerana kesalahan mereka. Biasanya nenek aku akan meminta maaf pada pihak sekolah dan bila pulang sekolah, kena rotan la jawabnya. Senakal-nakal abang aku dan Haziq, mereka mendapat keputusan cemerlang ketika waktu SPM. Ramai yg respect dengan mereka waktu itu. Hatta cikgu displin pun bangga dengan pencapaian mereka. Ketika saat itu la juga, hatiku mula suka pada Haziq. Dia memang seorang yg nakal, tapi bagiku dia 'macho'. Setiap perbuatan yg di lakukan, bagiku semuanya baik dan bagus. Walaupun aku tahu banyak yg tak baik daripada baik. Mataku telah pun di kaburi dengan ketampanan wajahnya ketika itu. Dia memang seorang lelaki yg nakal. Bukan aku sahaja yg suka padanya, ramai perempuan yg cuba mendekati dirinya. Tapi dia seolah-olah tidak pedulikan semua itu. Bagi dia ketika itu dia just nak enjoy the teenage dream and life. Boleh di katakan hampir setiap hari dia akan melepak kat pondok kecil yg ada di kawasan halaman rumah nenek. Dan biasanya aku akan mengintai dirinya dari tingkap ruang tamu atas yg memang mengadap terus ke pondok kecil itu. Bila mereka sedang rancak berborak, aku pula sedang seronok mengintai abang sado. Memang lawak kalau di ingat kembali kisah silam itu. Fiffy lah jadi tempat aku luah perasaan. Setiap kali aku bercerita, dia mesti cakap "dah tu tunggu apa lagi? Jumpalah dia. Bagitahu je la yg kau suka kat dia. " bebel dia padaku. "Memang taklah aku nak cakap. Malulah aku, nanti dia cakap aku ni 'perigi cari timba' plak. Taknak lah aku." aku menyambung dan mematikan semua anganku tadi pada Fiffy.
Sekitar Cheras ni, nak cari rumah sewa memang susah. Kalau silap dapat, rempuh jem lah jawabnya. Hingga la aku dapat satu bilik utk sewa. Nak kata dekat tak la juga. Cuma masih boleh berlari la kalau terlambat. Banyak kali aku cuba hubungi tuan rumah, namun tiada jawapan. Aku hampir putus asa utk menyewa bilik itu. Selepas beberapa hari, tuan rumah itu return my call dan bersetuju utk berjumpa. Setelah dipersetujui tempat perjumpaan, aku mematikan talian. Pada mulanya, aku memang tak tahu siapakah pemilik rumah yg utk disewa itu. Keesokan harinya, selepas tamat waktu kelas petang, aku terus ke cafe yg berhampiran dengan tempat kerjanya. Katanya dia kerja malam, jadi aku menghormati masanya. Sampai di cafe itu, dia adalah seorang wanita. Cantik, tinggi dan langsing ala-ala model gitu. Dia berkerja sebagai akauntan di kelab malam yg berhampiran cafe perjumpaan kami itu. Namanya Lizzy. Dia bukannya pemilik rumah. Dia juga hanya penyewa sahaja. Dia mencari roomate kerana dia tidak mampu bayar sewa sendiri. Dengan gaji yg kecil, dia mahu lebih jimat lagi dalam perbelanjaan. Maklumlah ekonomi sekarang makin lama makin tinggi. Baginya jika ada seorang sahaja penyewa pun dah memadai. Aku bersetuju dengan harga yg diberikan tambahan pula dia membuat kontark berdasarkan semesta aku, bukan tahun. Setiap semesta adalah 6 bulan. Jadi aku perlu membayar setiap bulan tanpa 3 bulan deposit. Senang berurusan dengan orang macam dia. Dah la cantik, baik hati plak tu. Selepas bersetuju dia memintaku utk datang ke rumahnya esok samada just nak tengok bilik atau nak masuk terus pun boleh. Bagiku terus masuk je lah. Malas nak mengangkut 2 atau 3 kali. Hari ini dia tidak dapat membawa aku melihat bilik kerana waktu kerjanya sudah tiba. Dia perlu bersiap sedia. Aku faham. Jadi aku just setuju sahaja.
Dalam pukul 2 petang, aku ke rumah sewa itu. Sekarang aku telah pun mempunyai kenderaan sendiri. Walaupun kecil tapi boleh la bantu aku utk ke sana ke mari tanpa menganggu abangku lagi. Dia juga sibuk dengan urusan dia. Aku dengan hal aku lebih baik setel sendiri. Barang aku amat muat di dalam kereta itu. Jadi tidak perlu ulang kembali ke hostel utk berangkut barang. Cukuplah yg ada. Lizzy sudah pun menunggu di depan pintu rumah dan menyambut aku dengan baik. Aku menerjah masuk ke dalam bilikku. Ternyata luas dan bersih bilik itu. Siap ada katil, almari dan aircorn telah disediakan. mesin basuh, dapur, peti ais juga telah ada. Namun kena kongsi. Aku tidak kisah berkongsi asalkan dia sanggup berkongsi dengan aku. Tak lupa juga wifi juga ada tapi kena share bayar kalau nak pakai. Nak tak nak kena share lah juga sebab aku mengunakan wifi lebih banyak berbanding dia. Dia hanya ada belah siang sahaja. Itupun dia akan tidur sahaja. Malam dia akan keluar bekerja kecuali hari Isnin dia cuti. Biasanya sepanjang hari cuti tu, kalau tak ada urusan, dia akan tidur sahaja. Katanya ganti tidur. Dia banyak membuat aku ketawa sejak aku datang. Itulah juga membuatkan aku selesa dengan dia. Walaupun dia tua 3 tahun dari aku, tapi dah macam sebaya. Dia memang asal orang susah. Dia berasal dari Sarawak dan dia ke sini hanya utk mencari kerja. Tapi sejak dia mengenali seorang lelaki, dia telah pun mencari peluang kerja yg baik utk Lizzy dan lelaki itu sudah pun menjadi tunang Lizzy sekarang. Memang beruntung Lizzy. Dah la baik, dapat laki baik. Nasib aku tidak sebaik dia. Walaupun aku mula jatuh cinta pada dia. Namun aku dapat rasakan, dia tidak langsung mencintai aku. Dia mengahwiniku semata-mata nak jaga maruah aku dqn hanya kesian padaku itu sahaja.
Hampir sebulan aku menjadi roomate Lizzy. Dia seorang yg baik. Walaupun dia bukan beragama islam, tapu kami banyak berkongsi cerita tentang keluarga, agama dan budaya negeri masing-masing. Setiap pagi aku pasti akan membeli sarapan pagi utk nya dan disebelah petang pula, giliran dia akan membeli makanan atau memasak sesuatu utk ku sebelum keluar bekerja. Tapi yg pastinya makanan yg dia sediakan semuanya halal dan boleh di makan. Kadang-kadang kami akan keluar makan bersama sebelum dia masuk kerja malam. Memang kesian melihat dia kerja malam. Namun bagi dia itu lagi seronok sebab sambil itu dia selalu berjumpa dengan tunangnya di kelab itu. Katanya sebahagian dari share kelab itu milik tunangnya. Mesti bakal suaminya orang kaya. Tapi Lizzy bukan seorang perempuan yg suka meminta-minta. Dia lagi suka berusaha atas kaki sendiri. Sekarang dia bagaikan kakak yg bertanggungjawab utk menjaga seorang adik. Maklumlah aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang kakak. Dia sahaja la tempat aku berkongsi masalah. Hanya rahsia aku dan Haziq sahaja aku tidak pernah ceritakan pada Lizzy. Dia adalah kawan baik aku sekarang sejak sekian lama aku tidak bersama Fiffy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience