Rahsia

Romance Completed 8205

Centrel Festival adalah tempat yang menarik untuk di kunjungi bersama keluarga dan yang tersayang. Malam itu amat cantik sekali. Pantai amat indah sekali di sinari terang bulan pada malam itu. Kami berhenti makan di satu kedai membeli makanan ringan dan halal di kawasan itu. Selepas membeli, kami berjalan di tepi pantai sambil makan. Dia banyak diam dari bercakap. Banyak perbualan aku yg kena mulakan dulu. Akhirnya aku mental at. Lebaih baik diam dari berkata. Risau kata-kata aku nanti boleh merosakkan suasana malam kami berdua. Sedang seronok berjalan di tepi pantai sambil ambil angin malam. Tiba-tiba perut aku meragam. Aku hanya bertanya arah utk ke tandas tapi dia meminta utk mengikutinya. Tanpa banyak bicara, aku terus mengikutinya sampai ke tandas utk melepaskan hajatku yg kian hampir. Ketika aku di dalam tandas, dalam beberapa minit selepas itu, aku terdengar ada beberapa suara dari arah luar. Keadaan mereka pada mulanya mereka sedang bergaduh mulut. Tapi akhirnya ianya menjadi perbalahan agak besar sampau aku dapat dengar bunyi tumbukan dan sepakan. Hajat aku pada mulanya selesa, tapi akhirnya ia terbantut. Dengab kadar segera aku menyelesaikan hajatku dan terus keluar mencari Haziq. Lama juga aku menunggu dan cuba mencari wajah Haziq dari sekitar di kawasan berdekatan itu. Namun aku tidak ketemu langsung.Tanganku mencapai handfone aku di dalam beg, sedang aku menekan butang call Haziq. Tiba-tiba tanganku di tarik oleh seseorang. Ianya seorang lelaki berbangsa india. Dia memandang ke arahku sekali lagi utk kepastian dan dia terus menarik tanganku tapi utk kali ini adalah utk mengikuti dia. Semasa dia menarik, pada awalnya aku sangka Haziq yg cuba bergurau denganku. Apabila dia tarik sudah agak jauh, aku cuba meronta minta di lepaskan. Tapi makin lama aku minta lepas, makin kuat genggaman itu. Lagi bertambah aku meroyan. Ketika itu juga ramai mata yg melihat aku di tarik namun tiada siapa yang sanggup menolong. Mungkin kerana takut. Apabila kami tiba di kawasan tepi pantai dan kawasan itu yg memang agak gelap sikit, dia melepaskan tanganku dan dia terus menghunuskan pisau tepat hujung muka ku. Dari mula aku cuba buat bising utk mencari perhatian orang namun bila nampak pisau, serta merta aku terus terdiam dari omelan. Dia cuba mengambil hanfone keluar dari kocek seluar nya. Dalam keadaan dia yg kelam kabut itu, Haziq berlari dari.jauh dan tanpa teragak terus memukul belakang kepala lelaki india itu dengan menggunakan kayu hanyut yg ada di tepi pantai itu. Apabila lelaki india itu sudah pengsan, dia terus mencapai tanganku dan berlari meninggalkan sekujur tubuh itu di tepi pantai sendirian. Sekali lagi aku di larikan. Kali ini aku tidak sanggup menoleh kebelakang dan tidak tahu dan tidak mahu tahu apa yg terjadi pada lelaki india itu. Kakiku terus melangkah mengikuti jejak Haziq kemana sahaja dia pergi. Agak jauh kami berlari hingga kami masuk ke dalam satu kawasan pagar rumah orang. Di dalam kawasan itu terdapat sebuah stor simpanan kecil yg dipenuhi barang-barang. Kemungkinan besar itu stor rumah orang kot. Itulah gambaran dalam fikiran aku ketika itu tanpa fikir apa yg akan terjadi lagi selepas itu. Haziq cuba mencari tempat melepak tapi aku nampak dia hanya sempat bersandar pada tepi dinding. Kelihatan seperti Haziq cuba menahan kesakitan. Dan pada ketika itu baru aku perasan dia kelihatan seperti mahu pitam. tanpa menunggu panjang, Aku mendekati Haziq dan terus menyelak bajunya yg di penuhi darah dan ketika itu jugalah aku nampak di bahagian kiri bawah perutnya sempat di tikam oleh lelaki india tadi. Banyak darah yg membuak keluar. Aku cuak hingga tidak apa yg harus aku lakukan ketika itu. Aku mencari sesuatu dalam tas tanganku. Tidak ada apa-apa atau sesuatu utk di balut atau menahan darah dari keluar lagi banyak. Abang Haziq mula mengerang kesakitan. Muka nya kelihatan begitu pucat. Mungkin kehilangan darah, wajahnya sudah mula pucat. Aku panik. Aku terus mencabut tudung aku dan menahan darah keluar perutnya. Rambutku mula terurai apabila getah rambut pada rambutku itu tercabut. Dalam dia menahan kesakitan, dia terdiam memandangku. Mungkin sebab tindak tandukku membuatkan dia terkejut beruk. Aku memang tidak tahu mahu buat apa lagi ketika itu. Itu sahaja yang terlintas di fikiran utk menahan darah dari banyak keluar.
" Terima kasih, Liya." aku menoleh ke arahnya.
" Tak ada apa la. Abang ok ke ni? Kite dah boleh gerak ke? atau kita mahu stay dulu?"
" Jangan gerak lagi. Kita tunggu dulu. Abang takut diorang masih di luar cari Liya." Aku terkejut dan berpusing terus ke arahnya.
" Cari Liya? Kenapa diorang nak cari Liya plak?" Aku tertinggi suara sedikit dan menanti jawapan dari mulutnya. Tiada jawapan. Dia juga macam agak terkejut dengan soalan aku. Mungkin sebab dia juga. Salah bagitahu hal sebenar padaku. Dia terdiam seperti menahan kesakitan juga. Jadi, bila terlihat wajahnya menahan kesakitan. Soalan itu hilang begitu sahaja.
Sepanjang malam itu, aku tidak dapat lelapkan mata. Dalam keadaan kotor dan sempit, bagaimana harus aku tidur. Tambahan pula aku takut Haziq perlukan aku nanti, takut aku pula yg tidak tersedar. Haziq sudah pun lena tidur dalam kesakitan. Aku nak keluar cari klinik atau farmasi berdekatan, aku takut sebab tak biasa dengan tempat itu, dan yg keduanya aku juga turut risau nak keluar, kalau-kalau orang-orang tadi masih mencari aku. Nanti nahas aku plak. Dah la Haziq tidak dapat bangun. Ni kan pula nak cari pasal keluar, memang tak lah. Baik aku tunggu sini sampai Haziq agak-agak dia ok dan boleh bangun. Dalam keadaan itu juga, fikiran aku terus mencari penyebab kenapa aku di buru. Bukannya aku ada musuh sampai nak cari aku di situ. Nak kata abang aku, dia pun tidak pula pesan apa-apa yg pelik masa aku di KLIA tempoh hari. Pelik sangat hingga mataku layu dan terus tertidur di dalam kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience