Kebenaran

Romance Completed 8205

Sejak kejadian tempoh hari, rumah itu Lizzy tinggalkan padaku. Jadi rumah itu aku tidak perlu bayar dan semua bil akan di urusankan oleh Haziq. Itulah yg tuan rumah bagitahu. Pada mulanya aku juga mahu meninggalkan rumah itu. Namun bila difikirkan balik, aku hanya tinggal satu semesta lagi utk bertahan, jadi aku bertahan dahulu. Anggaplah ini adalah duit terakhir dari Haziq menanggung aku selama ni. Mungkin selepas dia mendirikan rumah tangga bersama Lizzy. Aku tidak ada kaitan lagi dalam hidup dia. Hatiku akan tetap begitu. Sepanjang semesta akhir ini, beberapa kali aku kerap menangis merindui Haziq. Tapi bila aku fikirkan kembali. Buat apa mencintai orang yg tidak mahu mencintai diri kita. Lebih baik move on. Aku rasa mungkin lebih ramai lagi lelaki yg baik boleh menyintai dan menyayangi aku. Jika aku sudah jumpa, mungkin lebih senang utk Haziq lepaskan aku. Aku harap.
Tamat sahaja belajar dan intern, aku lebih banyak masa habiskan di rumah bersama nenek. Semenjak ketiadaan aku, abang lebih kerap keluar rumah dan pulang tengah malam atau pagi. Nenek amat risau dengan sikapnya yg makin meliar. Tambahan pula selalu sangat usung anak dara orang sejak kebelakangan ni. Tapi yg pasti bukan kak Melissa. Aku rasa kak Melissa juga tidak tahu perangai abang aku dah banyak berubah. Hanya nenek sahaja yg perasan perubahan abang. Satu malam, kebetulan aku sedang seronok menonton tv, abang Azizul baru balik ke rumah. Dia datang menyapa aku, mulanya aku buat tahu sahaja. Tapi bila dia tiba-tiba cakap aku sombong dan tak reti nak hormat orang tua, aku meradang. Memang aku mengamuk hingga mengejutkan semua orang yg ada di dalam rumah ketika itu. Nenek juga turut turun dari tingkat atas dan menuju ke arah kami yg sedang bertengkar. Orang gaji dan tukang kebun nenek juga turut datang melihat kami adik beradik bertengkar di ruang tv itu. Kami bergaduh besar malam itu hingga la terkeluar dari mulutnya satu ayat

"Mak dengan anak sama je. Tak ada beza. Muka je cantik tapi perangai buruk." tengkingnya padaku.

" Apa kena mengena aku dengan mak plak?"

" Kau takkan tak tahu yang mak nak tinggalkan kita sebab jantan lain. Nasib dia tak baik, masa dia nak larikan diri dengan jantan tu, dia berdua kemalangan dan terus mati di tempat kejadian. Bila selepas kejadian itu, ayah kemurungan kerana patah hati. Isteri pada si jantan tu plak mati bunuh diri sebab terlalu sayangkan si suami yg curang. Mak memang tak guna! Ada ke patut tinggalkan kita semata-mata nak ikut jantan lain." Panjang lebar abang bercerita. aku terdiam kerana aku memang tak tahu hal sebenar.

" Kenapa selama ni kau tak pernah cerita kat aku pasal hal ni? Jadi selama ni ayah kita masih hiduplah kan? Dia kat mana sekarang? Apa dah jadi pada ayah?" Perlahan aku bertanya. Abang mengangguk. Barulah aku tahu perasaan abang yg menanggung selama ini. Dia lebih sakit dari aku.
"Abang kenal ke siapa lelaki bawa mak lari tu?" aku menyoal abang lagi. Soalan tadi dia masih belum jawab. Aku menunggu jawpan darinya. Abang pula menoleh ke arah nenek dan nenek mengangguk sambil air mata nenek mengalir di pipi. Dia memegang lengan Azizul dan Azizul meneruskan jawapan aku itu.

"Ayah Hazim dan Haziq, Dato' Malik. Mak dan ayah Haziq dah kenal semasa mereka belajar dekat Irelend dulu.Bila semua dah habis belajar dan pulang ke Malaysia, diorang lost contact. Mak terpaksa kawin dengan pilihan keluarga iaitu ayah. Bila ayah banyak outstation, masa tu mak jumpa Dato' Malik. Dah banyak mereka jumpa tanpa pengetahuan ayah. Mereka ambil keputusan utk lari bersama selepas kau bersalin. Masa kejadian tu berlaku kau baru 2 bulan. Mak tak kisah langsung pasal kau. Dia sangguo tinggal kan semua semata-mata nak ikut jantan tak guna tu. Lepas ayah jatuh sakit, nenek terpaksa buat keputusan utk masukkan dia ke dalam hospital sakit jiwa sebab keadaannya memang amat kronik ketika tu." Dari jauh aku dapat melihat masa depan aku dan Haziq semakin lama makin kelam dan jauh. Banyak sebab utk Haziq tinggalkan aku dan aku tinggalkannya.
" Kalau dari dulu aku kenal si Haziq, mungkin kami tak serapat ini. Lepas dah kami dah tahu pasal keluarga kita, Haziq masih sayangkan hubungan baik kami ini dan dia tidak mahu hidupnya terus penuhi dengan dendam jadi dia mahu tebus semua kesalahan yg ayah dia buat pada kau, Liya. Sebab tu dia selalu menjaga kau atau melihat kau dari jauh je. Dia takut si Hazim dapat tahu. Mesti Hazim tidak suka dengan pendapat dia sebab bagi Hazim disebabkan mak kitalah, mak diorang mati sia-sia. Semasa kau dan Haziq ke Thailand hari tu, si Hazim dapat tahu yg kau akan kesana tanpa abang disisi kau dan itulah masa yg sesuai utk nengupah dan menghantar orang utk bunuh kau disana, Liya. Kalau aku ada, diorang tidak akan mampu dekat dengan kau pun Liya. Sepanjang tanpa pengawasan aku, aku minta Haziq tengok kan kau. Aku sebenarnya tak mahu kau tahu apa-apa tentang hal ini. Tapi sekarang kau tahu juga." Panjang lebar lagi dia bercerita. Apabila dia menyebut tentang percutian di Thailand itu, aku memandang tepat ke arah abang.

" Abang.. Kalau kau nak tahu, aku dengan Haziq dah pun nikah semasa kami di Thailand. Aku minta maaf sebab rahsiakan perkara ini dari pengetahuan kau dan nenek. Tapi aku terpaksa. Walaupun aku tahu kau wali aku." Abang dan nenek tidak terkejut dan membantah, malah mereka tersenyum.
" Kami dah tahu pun. Tahun lepas sebelum dia bertunang dengan perempuan cina tu, dia dah ceritakan semuanya pada abang dengan nenek. Kami tak marah pun, sebab tujuan dia sangat baik. Tambahan pula aku bukannya boleh selalu bersama kau, Liya. Lagi senang bila dia bersama kau. Lagipun aku tahu kau pun kan memang dah lama suka kat dia kan?" abang merenung aku. Dia cuba menyakat pula kali ini .Aku malu tapi aku tidak teragak utk menidakkan kata-kata abang itu. Dari awal bermula dengan pergaduhan dan berakhir dengan baik. Itulah kami, tidak sependapat namun kami tetap bersama. Nenek gembira melihat aku dan abang berbaik semula. Kali ini aku bertekad memang aku betul-betul akan tinggalkan Haziq. Walaupun jauh disudut hatiku untuk melupakannya. Aku benar-benar sudah menyayanginya. Hanya Tuhan saja yg tahu bertapa aku menyayanginya. Besar sungguh dugaanmu Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience