Rania sedang membantu ibunya menyiapkan juadah makan malam. "Abang ! Ayah .. mari makan mak dah siapkan makan malam ni", panggil Rania dengan nada suara yang kuat.
"Syafiq baca doa", kata ayah.
"Bismillahirrahmanirrahim, allahummabarikklana firamrazaktana wakina azabbannar", ujar Syafiq sambil menadah tangan.
Selesai makan malam, Kalsom dan anak perempuannya itu sedang berbual bual di dapur sambil mengemas.
"mak.. apa cerita result abang nak masuk kolej komuniti?", tanya Rania. "Abang kamu dapat masuk kolej komuniti tu kak", jawab Kalsom.
"Yeke mak?", Rania dengan reaksi mukanya yang terkejut dengan kejayaan abangnya itu. Kalsom hanya menangguk faham dan terus membuat kerja di dapur itu.
Pagi itu,
"Abang... bangun lah dah subuh ni", Rania mengetuk pintu bilik abangya yang berkunci itu.
"Ye.. kejap", Syafiq menjawab dengan suara yang garang. Ye la kan .. sape je tak marah masa kita nak tidur.
Lantas Syafiq bangun dan menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan mengambil wuduk. Mereka solat berjemaah bersama sama yang di imamkan oleh bapanya sendiri iaitu Roslan.
Suasana pagi agak sibuk kerana masing masing ada urusan ke sana ke sini.
Roslan yang berpakaian kemeja segak pada pagi itu. Rania pula cantik berseri memakai pakaian sekolahnya.
Kalsom sibuk menyediakan sarapan pagi sebelum ahli keluarganya pergi ke tempat kerja.
"Abang.. meh makan", ajak Kalsom yang memanggil Roslan. "Syafiq! Rania! jom makan sekali nanti lambat pula", jerit Kalsom yang memanggil kedua anaknya itu.
"Wahh nasi lemak sambal kerang lah", kata Rania yang gelabah turun anak tangga rumahnya itu. "meh kakak .. cepat sikit, nanti abang kamu nak hantar kamu ke sekolah pula", panggil Kalsom. Roslan yang sedang menikmati sarapan pagi itu hanya menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak perempuannya yang gelabah itu.
Sementara itu, Syafiq yang baru siap turun dari tangga, "mak masak nasi lemak?", tanya Syafiq. "aih kamu ni banyak tanya pula... meh sini makan sekali nanti nak hantar adik kamu ni ke sekolah pula", jawab Kalsom.
Setelah selesai menghantar Rania, Syafiq pulang ke rumah.
"Assalamualaikum, mak .. Syafiq dah balik ni", Syafiq yang sedang membuka pintu segera memanggil emaknya.
"Ye, Waalaikumussalam masuklah", jawab Kalsom. Syafiq masuk ke rumah dan menuju ke ruang tamu.
Kalsom yang sedang menonton televisyen hanya menoleh kepalanya kepada anaknya itu. "Mak.. Syafiq nak tanya ni, kalau Syafiq terjumpa seseorang kat kolej komuniti tu macam mana?", tanya Syafiq.
Kalsom memandang wajah anaknya itu dengan reaksi pelik. "Kau ni dah kenapa abang! Belum apa apa dah angau", jawab Kalsom dengan nada yang kuat.
"Alahai mak ni, abang nak gurau gurau pun tak boleh", Syafiq membalas dengan nada suara yang kelakar. Kalsom hanya mengeluh dan segera mengarahkan Syafiq mengambil segelas air untuknya.
Jam di dinding menunjukkan pukul 1.30
Syafiq segera mengambil kunci kereta untuk menjemput adiknya yang pulang dari sekolah.
Sementara itu, Kalsom yang sedang sibuk menyediakan makanan tengahari untuk anak perempuannya yang pulang dari sekolah.
"Mak, abang nak pergi ambil adik ni", kata Syafiq. "Ha okay", jawab Kalsom yang sedang menggelabah di dapur.
Segera Syafiq menghidupkan enjin kereta bapanya itu. Semasa dalam perjalanan Syafiq berfikir tentang kehidupannya semasa berada di Kolej Komuniti tidak lama lagi.
"hemm apa eh jadi dekat aku nanti bila dah masuk kolej tu?", ujar Syafiq di dalam hati.
Setelah pulang dari mengambil Rania di sekolah, mereka sekeluarga makan bersama-sama.
"Syafiq, bila kau masuk kolej komuniti tu?", tanya Roslan kepada Syafiq.
"Lagi seminggu ayah", jawab Syafiq yang sedang menikmati makanan di dalam pingganya itu. Roslan hanya menangguk faham.
Suasana sunyi seketika.
Share this novel