Syafiq yang sedang khusyuk mendengar taklimat yang diampaikan oleh pengurus kolej komuniti itu sendiri. Tetapi pada masa yang sama, Syafiq angau angau teringat kejadian yang menimpa dirinya sebentar tadi.
"Alamak apa nak jadi dengan kau ni Syafiq!!!", Syafiq berkata di dalam hati.
Perempuan yang membantu Syafiq tadi seorang yang sangat cantik dan telah memikat pandangan Syafiq.
Syafiq cuba fokus kembali kepada taklimat di dalam dewan itu. Najmi yang duduk di sebelahnya pelik dengan perangai Syafiq semasa itu.
"eh Syafiq! Kau ni dah kenapa angau semacam je dari tadi", panggil Najmi dengan berbisik sambil menendang siku Syafiq.
"Eh mana ada! Kau ni .. nanti lah kat bilik aku cerita", balas Syafiq dengan nada suara yang sangat sangat perlahan.
Mereka berdua diperhatikan semasa itu oleh petugas yang menjaga suasana di Dewan Sri Perdana. Mereka diberikan isyarat untuk senyap dan fokus pada taklimat yang disampaikan. Kedua duanya rasa bersalah dan senyap.
Setelah satu jam pengurus kolej komuniti itu memberikan taklimat, semua pelajar diarahkan ke dewan makan untuk minum petang dan solat zuhur dan asar.
Semasa dalam perjalanan ke dewan makan, Najmi dengan pantas bertanyakan soalan yang sama seperti di dalam dewan tadi.
"Syafiq! Kau tak jawab lagi soalan aku tadi yang dalam dewan tu", tanya Najmi.
"Ouh nanti lah malam ok aku cerita kat kau. Tak syok lah cerita kat sini. Takut orang dengar", Syafiq membalas.
Tibanya di dewan makan, mereka diberikan sebungkus roti, dua biji karipap dan segelas air milo ais.
Selesai semua urusan mereka berua menuju ke bilik. Najmi dah tak sabar nak tau cerita daripada Syafiq.
"Wei Syafiq! Cepatlah cerita aku tak sabar dah ni", Syafiq yang baru sahaja menutup pintu bilik segera baring di atas katilnya itu.
"Aduh kau ni, sabarlah aku baru je baring!", Syafiq menjawab dan kemudiannya mengeluh kepenatan.
Beberapa minit kemudian, Syafiq bersuara. "Ha Najmi kau nak tau ceritanya tak?!", Syafiq tanya Najmi.
"Ye ye cepatlah cerita!", daripada reaksi muka Najmi, Syafiq sudah pasti kawannya itu tidak sabar untuk tahu apakah yang terjadi kepada Syafiq pada tengahari tadi.
"Okay, cerita dia macam ni ... tadi masa aku nak ambil tempat kat dewan tiba tiba kerusi aku jatuh lepastu ada seorang perempuan ni dia tolong aku angkatkan kerusi tu", Syafiq ceritakan kepada Najmi situasi yang dialaminya tadi.
"Lepastu jadi apa wei ? Alah sambung lah", Najmi membalas cerita Syafiq.
"kau ni ! Aku belum habis cerita lagi .. aihh potong line betul!", Syafiq geram dengan kerenah rakan sebiliknya itu.
"Okay lepas dia tolong aku angkat kerusi tu, aku cakap dekat dia terima kasih awak", Syafiq menyambung ceritanya.
"Ouh ni kiranya cinta pandang pertama lah kan? Hikhik... patutlah tadi aku tengok kau angau semacam je!", Najmi telah tahu apa yang terjadi pada waktu tengahari tadi.
Wajah muka Syafiq berubah blushing blushing setelah di puji oleh Najmi.
Share this novel