SETELAH beberapa jam menunggu, akhirnya Mellisa sedarkan diri. Keadaan dirinya masih samar samar melihat situasi sekeliling. Syafiq yang menjadi peneman di sebelahnya juga gembira dengan Mellisa kerana dia telah sedarkan diri.
"Sa... sa... saya kat mana ni." soalnya.
"Awak kat hospital ni." balas Syafiq.
''Kenapa saya kat hospital?" soalnya lagi.
Syafiq hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu berkata apa apa. Dia penat. Sungguh. Perasaannya kini bercampur bauk. Susah untuk ditafsirkan.
"Sayang nak makan?" soal Syafiq.
"Tak nak. Saya takde selera." jawab Mellisa.
Syafiq mengeluh. Dia terpaksa akur dengan perangai isterinya itu. Namun, dia tetap sabar dengan ujian yang menimpa dirinya.
Ting ting.
Tiba tiba ada mesej masuk di telefon Syafiq.
NAJMI POYO (1:45pm)
Wey! Aku dengar bini kau admit kat hospital. What's going on? Harap semuanya ok.
Syafiq hanya membiarkan mesej itu. Dia kembali memandang isteri tercintanya.
"Abang pergi beli makanan kejap ye." Syafiq meninggalkan Mellisa di situ.
Roslan dan Kalsom telah pulang ke rumah mereka pada petang tadi. Katanya esok Rania sekolah. Ada kerja nak dibuat.
Mellisa masih binggung. Kenapa akh kat sini? Aku rasa aku pengsan masa mak datang tadi. Lepastu....
Pupp
Syafiq masuk ke wad Mellisa. Dia membeli sebuku roti dan sekotak air dutch lady.
"Nah makan sikit. Nanti nak makan ubat. Esok kita dah boleh discharge.'' Syafiq menyuapkan sedikit roti kepada Mellisa.
"Kenapa saya kat hospital?" sekali lagi dia bertanyakan soalan yang sama.
"Sayang... get ready. We will be parents soon."
Kelopak mata Mellisa bertakung. Dia tidak mampu menahan sebak. Dia mahu menyampaikan berita gembira ini kepada ibu.
"Kenapa nangis?" soal Syafiq.
Argh! Kau kena kuat Mell. Bangkit. Kau tak boleh macam ni.
"HELLO, assalamualaikum. Beb aku dengar kau masuk hospital. It's everything okay?" Aqilah menghubungi Mellisa setelah dia mendapat berita bahawa kawan baiknya itu masuk hospital. Dia tahu pun sebab Najmi yang bagitau.
"Haah. Kau mana tau ni?" soal Mellisa.
"Hehehe Najmi yang bagitau aku. Sebenarnya kitorang..." tidak sempat dia menghabiskan ayatnya Mellisa sudah memotong.
"Korang bercinta?" soalnya.
"Argh nanti lah aku cerita dengan kau. Dah lah bye .. take care my babyyy." Aqilah segera menamatkan panggilan.
Ceh! Mellisa mencebikkan bibirnya.
Share this novel