Roslan dan ahli keluarga tiba di rumah setelah lebih kurang 3 jam perjalanan menghantar Syafiq ke kolej komuniti. Setelah selesai urusan mengangkat barang, ketiga tiga ahli keluarganya itu duduk berehat di ruang tamu.
"Aduh, penatnya", kata Roslan yang sedang baring di atas sofa.
"Ayah nak air ke? Kakak boleh tolong buatkan", tanya Rania yang melihat ayahnya kelihatan penat.
"Ha boleh juga kakak, ambilkan untuk mak sekali ye", Roslan membalas perbualan anaknya itu. Dengan pantas Rania bangun dan menuju ke dapur.
Dua gelas yang berisi air oren diserahkan kepada Kalsom dan Roslan.
Tiba tiba kedengaran bunyi hon sebuah motosikal. Rania menyelak langsir untuk melihat siapa yang datang. Rupanya FOODPANDA datang untuk menghantar makanan kepada keluarga mereka.
"Siapa yang datang tu kakak?", tanya Kalsom.
"Ouh foodpanda yang datang, mak ada order apa apa ke?", Rania membalas dan segera menyarungkan tudung di atas kepalanya.
"Haah mak ada order makanan malam untuk kita. Kakak pergi ambil diit atas meja makan tu", ujar Kalsom yang bangun berdiri di sebelah sofa. Rania mengambil duit dan segera membayar makanan yang telah dipesan oleh emaknya.
Syafiq dan Najmi berjalan bersama sama menuju ke kelas. Tibanya di kelas, Syafiq terkejut melihat gadis yang membantunya mengangkat kerusi pada hari semalam.
"weh Najmi tengok perempuan tu", ujar Syafiq.
"yang mana satu kau ni! Ramai kot peremupuan kat sini", Najmi membalas perbualan Syafiq.
"halah tu lah ! yang pakai bawal hitam tu!", lantas Syafiq menjawab.
Tetapi siapa sangka tiba tiba perempuan yang disebutkan itu memandang wajah Syafiq. Mereka bertentangan mata.
"Aduh nak berdrama pula kat sini", Najmi bercakap seorang dengan dirinya.
Guru telah datang. Mereka mengambil tempat masing masing. Tanpa melengahkan masa guru itu pun memperkenalkan dirinya
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua", kata cikgu.
"Waalaikumussalam dan selamat sejahtera cikgu", semua pelajar menjawab salam.
"Ok hari ini saya nak memperkenalkan diri. Nama saya Aina Sarah binti Ahmad. Awak semua boleh panggil saya Cikgu Sarah. Jelas pelajar!", cikgu Sarah meninggikan nada suaranya.
"Jelas cikgu", pelajar di dalam kelas itu menjawab.
"Ok kalau tiada apa apa, saya nak ambil kehadiran awak semua", ujar cikgu Sarah yang sedang membuka laptopnya.
Ramai nama yang disebutkan. Kini giliran nama Najmi disebut. "Muhammad Najmi Iskandar bin Baddrul", cikgu Sarah memanggil Najmi. "Saya cikgu!", tanpa membuang masa Najmi terus mengangkat tangan.
"Syafiq Rafiqie bin Roslan", tanya cikgu Sarah. Syafiq mengangkat tangannya.
Kini, giliran nama pelajar perempuan disebut.
"Aqilah Qistina binti Zahri", cikgu Sarah memanggil.
Dengan pantas Syafiq menggelengkan kepalanya kepada barisan pelajar perempuan. "Ouh bukan dia lah", kata Syafiq di dalam hati.
Ramai nama yg disebutkan oleh cikgu Sarah. "Melissa Raisah binti Tarmizi", tanya cikgu Sarah.
Sekali lagi Syafiq mengalihkan pandangannya kepada barisan pelajar perempuan. Ye tepat tekaan Syafiq! Itulah gadis yang membantunya pada hari semalam.
Wah, Syafiq hati sedang berbunga bunga dilamun cinta ke tu?
Loceng berdering menandakan waktu rehat telah tiba. Semua pelajar mengucapkan terima kasih dan keluar pergi ke tempat rehat masing masing. Ada yang pergi ke kantin untuk membeli makanan. Ada juga yang ke koperasi untuk membeli buku dan alat tulis yang masih belum mencukupi.
Akan tetapi, Syafiq dan Najmi mengekori Melissa Raisah yang pergi ke surau.
"Weh! Kau lah ni suruh kita ikut dia. Aku dah lah lapar... jom ah kita pergi kantin beli makanan", kata Najmi.
"Hadoi kau ni! Ha jomlah kita pergi kantin.. kan nanti ada pula member aku mati kebuluran", Syafiq membalas sambil tergelak.
Selesai makan, loceng berdering menandakan waktu rehat telah tamat. Semua pelajar menuju ke kelas masing masing.
Sekali lagi, Syafiq mengajak Najmi untuk singgah ke surau. Melissa yang sedang berjalan berseorangan menuju ke kelas.
Syafiq segera memberi salam kepada Melissa "Assalamualaikum Melissa".
Najmi yang berada disisi Syafiq terkejut dengan tindakan kawan baiknya itu.
Melissa menoleh kepalanya ke belakang dan menjawab "Waalaikumussalam, hai kenapa Syafiq?".
"Uwah hati sedang dilamun cinta ke Syafiq oi" Najmi berkata di dalam hati dan menjeling rakannya yang sedang tersenyum gatal.
"Eh, awak tahu nama saya ke?", ujar Syafiq.
"Aik, kan tadi cikgu Sarah dah panggil nama awak masa ambil kehadiran.. jadi saya tahu lah nama awak", Melissa membalas dengan reaksi mukanya yang malu.
"Awak nak apa? Saya nak cepat ni. Nanti lambat pula masuk kelas", segera Melissa mengalihkan topik perbualan mereka berdua.
"Tak ada apa lah. Saya saja je bagi salam kat awak tadi. Saya pun nak masuk kelas ni. Jom lah kita pergi sekali hehe", jawab Syafiq.
Share this novel