BAB 11: APAKAH?

Short Story Series 3990

KINI, habis sudah pengajian Syafiq di Kolej Komuniti itu.

Bermulalah kehidupan Syafiq yang sebenar.

Syafiq dan Najmi pulang ke rumah masing-masing sementara menunggu tawaran untuk bekerja. Begitu juga dengan Mellisa dan kawan baiknya Hana.

"Assalamualaikum semua", sapa Syafiq setelah sampai di rumah.

"Syafiq?", Rania terkejut.

"Bila Syafiq balik?", tanya Kalsom.

"Kenapa tak cakap Syafiq nak balik, boleh ayah amikkan. Ni balik naik apa?", Roslan pula bertanya.

"Amboi banyak betul soalan", balas Syafiq.

"Ha meh sini duduk makan", pelawa emaknya.

Kebetulan waktu itu mereka tengah menikmari juadah makan tengahari.

"Syafiq balik harini, naik bas dengan Najmi. Oh lupa! Najmi tu bff Syafiq masa kat kolej", Syafiq menjawab semua soalan tadi.

KEESOKKANNYA,

"Ayah, sibuk ke?", tanya Syafiq.

"Tak juga. Kenapa?", balas Roslan.

"Syafiq ingat harini nak jalan jalan.. boleh tak?", katanya lagi.

"Boleh je. Suruh mak dengan adik siap. Lagi 30 kita gerak", ujar ayahnya.

Tanpa berlengah dengan pantas Syafiq menyuruh emak dan adiknya bersiap.

Sampai di Aeon Bandar Dato Onn'.

"Syafiq nak pergi mana mana ke?", tanya Kalsom.

"Syafiq rasa nak makan kek lah...", jawabnya.

"Tu ha ada secret recipe. Jom lah kita pergi sana. Boleh makan tengahri sekali", pelawa Roslan.

"Yayy!", tiba tiba Rania bersuara.

"Syafiq, mak nak tanya ni. Masa Syafiq kat kolej haritu, Syafiq ada terjumpa sape sape ke? Erm maksud mak teman wanita", tanya Kalsom yang sedang menunggu makanan yang dipesannya sampai.

"Erm... ada nama dia Mellisa. Baik je dia. Sopan santun je. Kita orang memang kawan", jawab syafiq.

"Abang ada perasaan ke kat dia?", Rania menyampuk.

Eh adik aku ni sibuk je. Katanya di dalam hati.

"Entahlah adik. Abang pun tak pasti. Kenapa?", balasnya lagi.

"Mana tau mak boleh masuk minang dia ke?", Kalsom melontarkan soalan yang tak di duga.

Syafiq dan ayahnya berpandangan mata dan tidak memberikan respon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience