"SYAFIQ! Kenapa tak bawa Mellisa pergi klinik." Kalsom marah Syafiq.
"Mak... Mell ok je lah. Tadi abang Syafiq ada ajak pergi klinik tapi Mell sendiri tak nak pergi." Mellisa cuba mempertahankan suaminya itu.
"Korang ni kan! Sama sama keras kepala. Apalah nasib mak ni." kata Kalsom.
Ayah yang turut melihat anak menantunya itu pun sama berfikiran seperti Kalsom.
"Kejap ek. Biar Mell pergi buat air." Mellisa meminta izin ke dapur untuk menyediakan air. Tiba tiba dia rebah di depan Syafiq. Mujur suaminya itu sempat menyambut tubuh Mellisa. Rania terkejut. Begitu juga dengan Roslan. Mereka bertentangan mata. Kalsom sudah menggelabah tak tentu pasal.
"Sayang!" panggil Syafiq.
"Aa.. ayah.. jom kita bawa Mellisa ke klinik. Dah 2 kali dia pengsan ni." Syafiq sudah mula risau. Kalsom menyarungkan tudung di kepala Mellisa dan Syafiq memangku Mellisa ke dalam kereta.
"Mell... bangun Mell." Mak mengusap perlahan kepala Mellisa.
"Ayah! Cepat sikit." kata Rania di sebelah penumpang pemandu.
"Doktor. Kenapa dengan isteri saya?" soal Syafiq setelah melihat Doktor Qaira keluar dari bilik pemeriksaan.
"Boleh saya tau Mellisa pengsan buat kali ke berapa ni?" tanya Doktor Qaira.
"Sebenarnya Puan Mellisa mengandung 2 minggu. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Jangan bagi dia buat kerja yang berat sebab ianya boleh menjejaskan kandungan kerana ini merupakan kandungan pertama Puan Mellisa. Selain itu, kami mendapati dia sekarang dalam keadaan kurang stabil, jadi kami dari pihak hospital perlu menahan isteri encik dalam masa sehari." jelas Doktor Qaira.
Ayah. Mak. Kakak. Begitu juga dengan Syafiq, terkejut mendengar penjelasan daripada Doktor Qaira.
"Doktor, boleh saya nak jumpa isteri saya?" tanya Syafiq.
"Boleh. Tapi jangan kerap sangat ye. Sebab dia kurang sihat. Takut dia stress." balas Doktor Qaira.
Tanpa berlengah, Syafiq masuk ke dalam wad 205 A. Dia melihat Mellisa masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Sayang..." panggilnya.
Share this novel