"Bye ibu, kami gerak dulu ye", kata Syafiq.
Syafiq dan Mellisa pulang ke Kuala Lumpur. Mereka berdua mendapat tawaran kerja di sana. Mellisa menjadi seorang pereka fesyen. Syafiq pula dapat tawaran bekerja di sebuah pejabat.
"Awak, saya nak tanya ni", Mellisa memulakan perbualan antara mereka.
"Iya tanya apa? Tanya je lah", balasnya.
"Pasal Wirda. Kenapa masa wedding kita minggu lepas dia serang awak?", tanya Mellisa.
Syafiq hanya mendiamkan diri dan masih fokus memandu kereta.
"Syafiq... saya nak tau, kenapa Wirda serang masa wedding kita minggu lepas?", Mellisa cuba memujuk Syafiq yang masih mendiamkan diri.
"Wirda tu kawan abang masa form 5. Dia pernah cakap dulu yang dia suka abang. Abang tak suka dia pun. Dia tu yang gila bayang sangat", Syafiq menjelaskan perkara sebenar terhadap Mellisa.
Abang?
"Ouh", pendek jawapan Mellisa.
"Sayang cemburu ke? Kenapa diam je?", tanya Syafiq.
"Eh eh! Saya tak ""cemburu"" pun ok", Mellisa menunjukkan dua jarinya sambil membengkokkan untuk memberi reaksi.
"Dahlah, tak payah fikir pasal dia. Kita ada hidup kita sendiri. Biarlah dia. Haritu pun dia kan dah cakap, dia nak pergi sambung study dekat New York.", Syafiq bersuara.
BESARNYA rumah ni. Mellisa menuju ke dalam rumah kondo miliknya. Syafiq membawa beg bagasi Mellisa yang banyak itu.
"Amboi cek kak, lenggang kangkung je ke? Tak nampak ke orang tengah bawa barang ni", soal Syafiq.
"Hehe sorry. Saya excited lah tengok rumah ni. Dahlah besar, kemas pulak tu", balasnya.
"Ni bilik kita", Syafiq menunjukkan bilik mereka berdua. Saiznya hanya sederhana sahaja.
Mellisa tergamam. What? Bilik kita? Aku tak nak duduk sebilik dengan dia.
"Awak... saya nak tidur bilik sebelah boleh?", tanya Mellisa.
"No! Sayang kena tidur dengan abang. Kalau sayang lari... haaa siaplah nanti", Syafiq cuba untuk menakutkan Mellisa.
Mellisa sudah tak senang duduk. Dia kaku di depan pintu.
Syafiq sudah terbahak bahak gelak.
"Ke.. kenapa gelak?", tanya Mellisa.
"Sayang takut ke?", soalnya.
"Tak pun", jawab Mellisa selamba.
"Takde lah, abang gurau je", ujar Syafiq.
"Bilik sebelah tu bilik untuk gosok baju dan sembahyang. Bilik belakang untuk tetamu", kata Syafiq.
"Ouh", pendek dan ringkas jawapan Mellisa.
"Awak ada apa apa lagi ke? Saya nak masak ni. Dah laparrr ni", pajang perkataan lapar disebutnya.
''Kat dapur tu tak ada apa apa barang pun. Ada maggi je", balas Syafiq.
"Maggi pun maggi lah. Biar saya makan.", kata Mellisa.
Syafiq hanya membiarkan Mellisa ke dapur untuk memasak.
Share this novel