BAB 15: BUNTU

Short Story Series 3990

2 minggu kemudian,

"Mellisa... jom pengantin lelaki dah sampai", panggil Hasmah.

"Ibu... betul ke keputusan Mellisa ni?", tanya Mellisa.

"Kenapa pula ni?", Puan Hasmah mendekatkan dirinya kepada anaknya itu.

"Tak ada apalah ibu. Kakak takut lah", kata Mellisa lagi.

"Dahlah tu. Nak jadi isteri orang kan", pujuk ibu.

Mellisa keluar dari bilik diringi bersama ibunya.

"Dah bersedia?", tanya tok kadi.

Mereka berjabat tangan untuk memulakan majlis akad nikah.

"Syafiq Rafiqie bin Roslan"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan"

"Nanti", tiba tiba Wirda menyerang di depan pintu rumah Mellisa.

"Sekejap ye tok kadi", kata Syafiq.

Wajah muka Mellisa mula berubah. Dari gembira menjadi sedih. Siapa dia ni? Kenapa dia datang sini? Kenapa dia kacau majlis aku dengan Syafiq. Ternyata banyak persoalan yang berada di mindanya sekarang ini.

"Wirda! Awak nak apa lagi! Saya cakap kita ni tak ada apa apa hubungan kan. Baik awak balik sekarang sebelum saya call polis!", tegas Syafiq.

"Syafiq... tolonglah saya merayu sangat dekat awak. Awak betul ke nak kahwin dengan dia?", tanya Wirda.

Kalsom yang menjadi pemerhati mereka bangun dan untuk mendapatkan Wirda.

"Wirda, ni kehidupan Syafiq. Biarlah dia nak bahagia. Makcik pasti mesti ada seseorang yang akan bimbing Wirda satu hari nanti", pujuk Kalsom.

"Tapi makcik...", air matanya mula berlinangan.

"Wirda balik please", pujuk Kalsom lagi.

"Wirda jom lah kita balik", Aira pula pujuk Wirda.

Dengan rela hati dia meninggalkan Syafiq dan semuanya di situ.

Syafiq andai dia yang terbaik untuk kau, maka pergilah, carilah kehidupan kau sendiri Syafiq. Andai kau bukan untukku, maka biarlah kerana ianya sudah tertulis bukan takdir untuk kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience