BAB 8: MANA AYAH?

Short Story Series 3990

KRING kring kringgg

Jam loceng di bilik Rania berbunyi dengan kuat. Waktu menunjukkan sudah pukul 6:15 pagi.

"Ya Allah dah lambat ni!", Rania segera bangun dan menuju ke bilik mandi. Selesai mandi, dia mengejutkan ibu bapanya yang sedang lena tidur.

"Mak! Ayah! Dah lambat ni.. pukul 6:45 pagi dah ni!!", kata Rania.

"Apa! 6:45 pagi dah?!", Kalsom segera bangun dan mengambil wuduk lalu terus sembahyang subuh.

"Abang bangun cepat. Lambat dah ni!", kata Kalsom.

"Ha okay okay", Roslan bangun dan menuju ke bilik air.

Kalsom melihat anaknya yang sedang menyediakan sarapan pagi di dapur keseorangan.

"Kakak nak buat apa ni?", tanya Kalsom.

"Kakak nak buat roti bakar je ni. Kakak lambat sangat sangat dah ni. Harini kakak ada ujian 1 kat sekolah", balas Rania.

"Dah lambat pun nak sediakan sarapan lagi", Kalsom menjawab.

"Eh takpe lah mak, kakak nak alas perut sikit. Nanti ada ujian takut perut masuk angin nanti kakak tak boleh nak fokus jawab", kata Rania.

Dia segera menyalam tangan ibunya lalu mencapai kunci motor untuk di bonceng ke sekolah.

"Kakak hati hati jangan bawa laju sangat. Tak apa lah lambat sampai janji kakak selamat", sempat lagi Kalsom bercakap dengan anaknya itu.

"Okay mak!", kata Rania.

JAM di tangan Rania menunjukkan pukul 7:10 pagi.

"Fuh... nasib baik tak lambat", Rania mengeluh sambil membetulkan tudungnya yang rosak semasa menunggang motor tadi.

"Wei apasal kau lambat! Hari ni kan ada ujian.. kau boleh pula datang lambat!", Atiqah membebel kepada Rania.

"Aku bangun lambat tadi.. malam tadi aku study sampai pukul 2 pagi, tu yang terlajak tidur.. sorry wei", kata Rania.

ROSLAN yang sedang memandu keretanya ke pejabat sambil membuka lagu dangdut membuatkan dia leka semasa membawa kereta. Tiba-tiba ada kereta cuba melanggarnya dari belakang. Kepala Roslan terhentak kuat pada stereng yang di pandunya itu.

Suasana menjadi sesak.

Anggota penyelamat tiba di tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang yang memberitahu kejadian kemalangan yang menimpa pada pagi itu.

Roslan tidak sedarkan diri dan dibawa ke dalam ambulans untuk dirawat di hospital berdekatan.

Semasa Rania menjawab ujian, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati.

Sama juga dengan Kalsom dan Syafiq. Mereka berdua tidak sedap hati juga.

Tiba-tiba Kalsom mendapat panggilan dari pihak hospital yang memberitahu bahawa Roslan berada di hospital dan tidak sedarkan diri.

Kalsom terkedu. Segera dia memanggil teksi untuk membawanya ke hospital.

LOCENG di sekolah Rania berbunyi menandakan waktu belajar telah tamat. Tanpa membuang masa dia pulang ke rumah dan meninggalkan Atiqah keseorangan.

"Sorry Atiqah, aku rasa tak sedap hati lah.. aku balik dulu okay", kata Rania.

"Ha okay. Hati hati tau beb", balas Atiqah.

Tepat tekaan Rania. Dia melihat tiada siapa di rumahnya. Mujur dia membawa kunci rumah pada pagi tadi.

"Aik? Mana semua orang ni?", tanya Rania.

"Mak!", Rania memanggil emaknya namun tiada sambutan.

"Pelik ? Patutlah aku rasa tak sedap hati dari pagi tadi...", Rania bercakap seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience