BAB 3: KOLEJ KOMUNITI

Short Story Series 3990

Hari ini merupakan hari pertama Syafiq masuk ke Kolej Komuniti. Syafiq tidak dapat menggambarkan perasaan yang dialaminya itu. Setelah selesai mendaftar, Syafiq segera menuju ke biliknya.

"Syafiq, mari sini ayah tolong kamu angkat barang barang ni", kata Roslan dengan suara yang perlahan.

Suasana di kolej komuniti sedang riuh rendah kerana hari ini merupakan hari pertama pelajar baharu masuk ke kolej itu. Syafiq hanya memberikan beg roda kepada ayahnya itu sambil tersenyum.

Setibanya di bilik, seorang pelajar yang sedang mengemas katilnya dan menyusun barang barang di dalam loker.

"Syafiq, kamu ada kawanlah di sini", kata mak Syafiq. "ouh, hai member!", Syafiq segera bersalaman dengan rakan sebiliknya itu.

Waktu untuk ibu bapa menghantar anak mereka ke kolej komuniti telah tamat dan diarahkan pulang. Roslan, Kalsom dan Rania melambai lambai Syafiq di dalam kereta sambil tersenyum.

Syafiq lantas menuju ke biliknya, "hai kawan, nama kau apa?" tanya Syafiq yang duduk di katil miliknya itu.

"hai bro! Nama aku Najmi. Nama kau apa?", jawab rakan sebilik Syafiq.

"ouh nama aku Syafiq Rafiqie, tapi kau boleh je panggil aku Syafiq!", Syafiq membalas.

"Selamat berkenalan!", Najmi segera bersalam dengam Syafiq. Syafiq hanya tersenyum.

Waktu tengahari telah tiba.

Mereka diarahkan untuk ke Dewan Sri Perdana bagi mendengar sedikit taklimat yang akan disampaikan oleh tenaga pekerja di situ. Syafiq dan Najmi bergerak bersama sama ke dewan dan pada masa yang sama mereka saling mengenali antara satu sama lain.

"Syafiq, aku ada benda nak tanya kau ni", kata Najmi yang sedang berhenti di sebuah pondok bacaan.

"Ye Najmi, kau nak tanya apa? Eh jap kenapa kau duduk kat sini.. kan kita kena pergi dewan", balas Syafiq.

"Hehe aku penat lah .. tu yang duduk kejap. Aku nak tanya, kenapa kau masuk kolej ni?", Najmi terus memberikan soalan kepada Syafiq.

"Ouh sebernarnya aku nak sambung belajar kat sini sambil sambil tu aku boleh cari pengalaman baru kat sini", Syafiq menjawab. Najmi dan Syafiq memandang antara satu sama lain dan tersenyum.

Syafiq dan Najmi telah tiba di dewan dan mengambil tempat masing masing. Beberapa petugas di situ diarahkan menguruskan pelajar pelajar di dewan. Suasana sangat kecoh di dalam dewan.

Semasa Syafiq mengambil tempat untuk duduk, tiba tiba kerusinya jatuh dan dengan pantas ada seorang perempuan menolongnya mengangkat kerusi itu.

Adakah cinta pandang pertama Syafiq terjadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience