BAB 1: SPM

Short Story Series 3990

Setelah tamat SPM 2018, Syafiq berhasrat untuk menyambung pelajarannya ke kolej komuniti. Setelah 3 minggu membuat permohonan di atas talian, akhirnya permohonan Syafiq diterima.

" Allhamdulillah permohonan aku diterima", kata Syafiq setelah menyemak permohonan di laptopnya.
Syafiq dengan pantas keluar bilik " mak, ayah tengok ni .. permohonan Syafiq diterima mak", Syafiq segera memberikan laptopnya kepada kedua ibu bapanya.

"ya Allah Syafiq... tahniah nak", ujar kalsom iaitu mak Syafiq.

Bapa Syafiq senyum gembira atas kejayaan anak sulungnya itu.

Keesokkan harinya...

"Syafiq!! Cepat lah ayah dah lama tunggu tu", jerit Kalsom yang memanggil Syafiq. Mereka keluar untuk membeli barang barang keperluan Syafiq untuk masuk ke kolej komuniti 2 minggu lagi.

"Syafiq.. ayah nak tanya ni, kau betul betul ke nak sambung belajar di kolej komuniti tu?", tanya Roslan bapa Syafiq.

"iya ayah.. kenapa ayah tanya soalan macam tu?", balas Syafiq. Roslan hanya diamkan diri dan fokus membawa kereta yang dipandunya itu.

Tibanya di kedai sebarneka, Syafiq segera memilih barang barang keperluannya seperti buku, pen, dan lain lain.

Kalsom bertanya kepada Roslan "abang ni kenpa lain macam je saya tengok dari tadi", kata Kalsom dengan nada suaranya yang perlahan.

"Awak tengoklah anak kita tu, semangat nak beli barang barang dia", jawab Roslan.

Setelah selesai membeli barang Syafiq, mak Kalsom singgah di pasar raya untuk membeli barang keperluan harian kerana stok bekelan makanan di rumahnya semakin berkurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience