BAB 19: ALAMAK

Short Story Series 3990

PANG, PANG, PANG !!!

Bising betul bila Mellisa memasak di dapur rumahnya itu.

"Nak masak ke nak marah orang tu", jerit Syafiq.

"Nak marah orang ni!!", balasnya.

Maklumlah masa pergi pasaraya semalam, Mellisa terjatuh di tempat parking kereta. Syafiq hanya tergelak. Mana tak nya Mellisa tak geram. Orang jatuh dia gelak dulu baru nak tolong.

"Alo... janganlah marah. Abang tak sengaja pun nak gelakkan sayang semalam", Syafiq membuat suara manjanya.

"Tak marah pun", balas Mellisa.

"Dah tu?", soal Syafiq.

Mellisa tidak membalas apa apa. Dia hanya fokus memasak ayam masak berlada itu.

"Nak abang tolong?", tanya Syafiq.

"Heh tak payah!", Mellisa mendengus.

"Arghhhh !!!!", jerit Mellisa.

Syafiq yang sedang duduk di meja makan segera mendapatkan Mellisa.

"Ya Allah sayang. Kenapa sampai macam ni", Syafiq terkejut melihat jari Mellisa yang berdarah itu.

"Sa.. sa.. saya..", tercungap cungap Mellisa.

"Abang tolong tutup dulu api atas dapur tu", kata Mellisa.

Syafiq tergamam. What? Dia panggil aku abang. Oh no.

"Apa sayang cakap tadi? Tak dengarlah. Cuba cakap balik", saja Syafiq menyakat isterinya itu sambil membawa sekotak first aid.

"Main main lah dia ni! Nanti hangus ayam tu!", ujar Mellisa.

Syafiq hanya menurut perintah itu hanya mengikut sahaja apa yang disuruhnya.

"Meh sini tangan tu", kata Syafiq.

"Ha tulah, lain kali jangan nak marah marah sangat dekat dapur tu. Habis semua.. tengok sekarang apa dah jadi", bebelnya lagi.

"Kalau tak nak tolong, tak payahlah tolong", jeling Mellisa sambil menarik balik tangannya di peha Syafiq.

"Aip! Jangan degil! Nanti call ibu baru tau", haih kesian Mellisa kena sakat dengan Syafiq lagi.

BISMILLAH, Syafiq menyuapkan sesudu nasi dan ayam yang dimasak oleh Mellisa tadi. Tapi, Syafiq yang tolong sambung masa Mell masak tadi. Entahlah apa rasanya kan? Redha je lah Mellisa Raisah.

"Sedap?", soal Syafiq.

"Hm ok", balasnya.

"Abang...", panggil Mellisa lembut.

"Ye?"

"Saya nak minta maaf pasal tadi"

"Takpelah, sikit je"

"Sini saya suapkan" Mellisa mengambil pinggan yang berada di depan Syafiq.

"Sedap kan?", tanya Mellisa.

"Memanglah sedap. Abang yang masak, sayang suapkan. Alamak mengadanya", Syafiq tergelak kecil.

"Mengada! Malaslah nak layan macam ni!", balasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience