BAB7: STUDY

Short Story Series 3990

PAGI itu, Syafiq dan Najmi menuju ke kelas.

"Najmi! Kau ada nampak dia tak? Dari tadi aku cari tapi tak jumpa", Syafiq memulakan perbualan mereka pada pagi itu.

"Siapa? Mell ke?", tanya Najmi.

"Iya lah siapa lagi", Syafiq menepuk dahinya.

"Ouh, takde. Aku tak nampak pun dia harini. Kan kita datang awal harini. Ni semua sebab kau lah kita dua datang awal. Kalau kau siapkan kerja yang cikgu Sarah bagi semalam takde nya kita datang awal. Tu lah lain kali sebelum nak berangan siapkan dulu kerja tu. Baru lah kau berangan sampai kau kahwin", bebel Najmi yang geram dengan kawannya itu.

Mana tak nya, sebab dia lah Najmi kena teman si Syafiq pergi ke cafe pagi pagi untuk siapkan kerja yang cikgu Sarah bagi. Geram Najmi dibuatnya.

"Relax la... jangan marah aku. Apa lah dah smart macho macam ni, tapi pagi pagi macam ni dah bebel bebel kat aku. Haih macam mana rezeki nak masuk", Syafiq cuba memujuk Najmi.

JAM sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

Syafiq dan Najmi segera menuju ke kelas. Dalam perjalanan, Syafiq mencari Mellisa.

"Haih, mana pula mell ni. Takkan tak sampai lagi kot", keluhan Syafiq.

"Adoi kau ni! Baru sehari tak jumpa dah macam setahun. Dahlah jom kita pergi kelas. Mana tau Mell dah ada kat sana?", segera Najmi menarik tangan Syafiq untuk pergi ke kelas.

Tepat tekaan Najmi! Mellisa yang sedang membaca buku diperhati oleh Syafiq

"Hai. Awalnya datang", Syafiq memulakan perbualan mereka.

"Eh hai, takde lah saya baru je sampai ni. Tengah study sikit ni sebab harikan cikgu nak buat ujian bertulis", Mellisa yang sedang membaca buku meletakkannya bukunya di tepi meja.

"Ouh ya! Saya dah study tadi. Harap harap lah soalan tak susah sangat nanti", Syafiq dengan perasaan gembira membalas perbualan mereka.

Tidak lama kemudian, cikgu Sarah tiba di kelas.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua", cikgu Sarah memberikam ucapan salam.

"Waalaikumussalam dan selamat sejahtera cikgu", mereka menjawab.

"Okay semua sila duduk. Saya harap semua tahu apa yang saya nak sampaikan harini. Saya nak buat ujian bertulis selama 1 jam 30 minit. Jangan risau. Soalan yang saya sediakan tak susah. Jadi saya harap awak semua sidah bersedia. FAHAM!", tegasnya.

"Faham cikgu", mereka membalas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience