BAB 8

Romance Completed 12714

Adawiyah keluar rumah dengan berhati - hati.Sengaja dia keluar awal tidak mahu terserempak dengan anak jiran sebelah.2 hari dia berkurung dalam rumah dan cuti sakitnya sudah habis.

Setelah bersarapan,dia segera keluar dari rumah.Dia ingin memasuki kereta namun suara Faliq kedengaran.

"Mana kau pergi?Lari dari aku?,"tanya Faliq.Dia menyandar badannya di kereta Adawiyah.Mengharapkan jawapan.
"Dah,kenapa saya nak lari dari awak.Bukan dapat duit,"dalih Adawiyah.Dia memandang sekeliling,takut nanti jiran lain mengata.
"Memang tak dapat duit,tapi kau dapat hati aku,"selamba Faliq membalas.Dia juga mula bekerja hari ini setelah bercuti selama 2 minggu.Syarikatnya memberi cuti kepadanya.
"Ei,tolonglah jangan nak bermadah.Saya tak ada masa,"rungut Adawiyah.
"Aku akan bagi kau masa tu,"balas Faliq.Dia memang suka memandang Adawiyah.Seikhlas cahaya ketenangan.

Puan Rozana melihat dari jendela.Kereta Adawiyah masih terpakir diluar segera dia menjenguk.

"Lah,tak pergi lagi.Eh,Faliq pun ada,"tegur Puan Rozana.
"Ya saya makcik,saya ada.Saja berborak dengan Adawiyah sebab saya cuba curi hati anak makcik balik,"hujung ayat dia,Faliq perlahankan.Hanya untuk Adawiyah.Kening dinaikkan sedikit bila Adawiyah memandang tajam.
"Okaylah ibu,Adawiyah pergi dulu,"Adawiyah masuk ke dalam kereta.Enjin sudah panas,segera dia bergerak sesudah Faliq menjauhkan diri.
"Faliq start kerja hari ni ya?,"tanya Puan Rozana.
"Aah makcik,nak pergilah ni,"balas Faliq.
"Eloklah,kerja rajin - rajin lepastu kahwin,"gurau Puan Rozana.
'Memang,saya akan kahwin dengan anak makcik,'bisik hati Faliq.Dia meminta diri untuk bergerak ke tempat kerja.

???

Adawiyah termenung jauh sambil menongkat dagu.Kerja - kerjanya terbengkalai bila memikirkan masalah yang dia hadapi.
Kadang - kadang dia berfikir kenapalah dia boleh jatuh suka dengan lelaki macam Faliq yang kasar dan tidak tahu jaga hati dia.Kalau bercakap selamba tanpa memikirkan apa dia rasa.

Adawiyah kembali mengeluh.Dia menekup mukanya.

"Kenapa kenapa kenapa?,"bentak Adawiyah.
"Oh mak kau hantu,"latah Adawiyah.Dia terkejut melihatkan Kak Jun berada didepannya sambil tersengih.
"Apa akak ni,terkejut saya,"marah Adawiyah.Dia mengurut dada.
"Hehe,dah akak tengok kamu termenung je,akak masuklah.Kamu ada masalah ke?,"Kak Jun cuba mengorek rahsia.
Adawiyah menjeling.Tahu sangat dengan perangai Kak Jun yang suka bergosip tetapi dia tak sebarkan kepada orang lain.
"Entahlah kak,saya sendiri buntu dengan masalah saya,"mula Adawiyah.Kak Jun mengerutkan dahi.
"Kak,kalau ada lelaki yang cuba buat kita jatuh cinta apa maknanya?,"tanya Adawiyah.
Kak Jun tersenyum simpul.Dia dapat mengagak apa yang sebenarnya berlaku pada Adawiyah.Penyakit cinta!
"Dia suka kamu,"balas Kak Jun.
"Haish,tak akanlah,"tolak Adawiyah.
"Apa masalah kamu,cuba cerita.Mana tahu akak boleh bantu,"Kak Jun lagi.
Adawiyah menceritakan hal sebenar.Dia tidak kisah berkongsi masalah dengan Kak Jun kerana dia mengenali siapa wanita yang sudah dia anggap sebagai kakak kandung.
"Lah,kenapa nak pening kepala.Terima jelah,"suruh Kak Jun.
"Eh kak,ingat ni hadiah ke nak main rembat je.Ni hati saya tau,"Adawiyah mempertahankan dirinya.
"Tapi kau memang suka diakan.Bohong kamu cakap kamu dah tak suka dia sebab akak boleh nampak dari mata kamu masih suka.Entah dah lekat jadi cinta,"Kak Jun berjaya menebak hati Adawiyah.

Adawiyah terdiam.

"Tapi saya tak sempurna kak.Saya ni bukan macam wanita lain,"keluh Adawiyah.Relung hati dia menjadi sayu.
"Sebab apa?Sebab kamu berpenyakit?,"tebak Kak Jun lagi.Semua tekaan Kak Jun mengena tepat.

Melihatkan Adawiyah senyap,tidak membalas apa - apa membuatkan Kak Jun menarik nafas.Tangan Adawiyah digapai.

"Kenapa perlu fikir macam tu?Semua manusia tak sempurna.Malah akak sendiri tak sempurna.Kekurangan yang ada pada kamu adalah kekuatan kamu.Kesakitan yang kamu rasa kamu tonjolkan dengan kekuatan.Allah tak pernah silap melukis takdir buat hamba - hambanya,"nasihat Kak Jun.
"Tapi kak,"belum sempat Adawiyah menghabiskan ayat Kak Jun menggeleng.
"Jangan berkorban lagi.Rebut peluang yang Allah bagi.Mungkin lelaki itu betul - betul jujur.Cukuplah menolak takdir,"kata - kata Kak Jun meresap masuk dalam sanubari Adawiyah.

Adawiyah melayan perasannya.Sehinggakan Kak Jun keluar pun dia tidak sedar.

???

Faliq menyisip air kopinya.Kawannya Daniel juga begitu.Saja dia melepak dengan kawannya sementara waktu rehat.

"Kau serious bro?,"Daniel bertanya.
"Betullah,kenapa aku nak tipu,"Faliq mengerling jam tangannya.
"Kau sedar tak kau buat apa?,"Daniel cuba menyedarkan Faliq tentang kesalahannya.Faliq mengerutkan dahi meminta penjelasan.
"Yelah,kau paksa anak orang.Kau pasti Adawiyah tu masih sukakan kau?Dan yang paling penting kau cintakan dia ke bro?Kau seksa anak orang kalau kau buat dia macam tu,dulu bila dia suka kau,kau tak pernah kasi hint.Tapi,sekarang?Jangan kerana kau teringatkan Annisa kau gunakan Adawiyah.Diorang tak sama,"Daniel mengingati Faliq.

Faliq menghembus nafasnya.Berat,semakin berat bila memikirkan kata - kata Daniel.

"Aku tak pernah terniat nak seksa dia.Aku betul - betul nak jadikan dia isteri aku,"luhur Faliq memberitahu.
"Kau boleh ke terima Adawiyah seadanya dia?Dengan keadaan dia yang tak baik.Aku tak nak nanti kau menyesal dan tuduh dia macam - macam,"Daniel masih mengingati Faliq.
"Cara kau cakap macam aku ni jahat sangat,"ucap Faliq.
"Lah,aku bukan nak sindir kau.Aku suka kau niatkan macam tu malah aku terlampau gembira sebab Adawiyah tu wanita istimewa.Cuma,aku tak nak kau menyesal dan salahkan takdir Tuhan,"Daniel membetulkan apa yang tersirat dalam fikiran Faliq.

Faliq terdiam.Dia menyisip kopinya kembali.

"Malam ni,kau buat solat istikharah.Mohon rahmat dan petunjuk Allah,in shaa Allah kau akan dapat jalan,"nasihat Daniel.Faliq mengangguk.
"Tapikan bro,cara kau cakap macam kau dah berbini.Terror betul,cenggini,"Faliq menunjukkan thumbs up.
"Well,dulukan aku playboy terkenal.You should know me,"bangga Daniel menutur pujian kepada diri sendiri.
"Playboy konon.Pigidahhh,"Faliq mengejek.Akhirnya mereka sama - sama ketawa.

???

Adawiyah keluar dari perut kereta.Hari ini dia tidak dapat menumpukan fokusnya terhadap kerja.Sudahnya dia balik awal namun melencong ke tempat lain.
Sengaja dia berjalan - jalan di JUSCO yang berhampiran rumahnya untuk mengurangkan tekanan.Dia memilih untuk menonton wayang namun hakikatnya fikirannya melayang.Hanya jasad yang berada dalam panggung wayang sehinggakan ada pengunjung yang menegurnya apabila wayang tamat.

Baru dia nak melangkah masuk,kelibat Faliq menghiasi matanya.Segera dia menjeling.

"Lambat balik?,"tegur Faliq.
"Banyak kerja.Tak macam awak big boss,kerja bagi staff je,"sindir Adawiyah.Faliq tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari bibir Adawiyah.
"Well,that is why you should accept my love,"Faliq sengaja menyimbah api.
"Awak ni memang tak ada kerja lain ke?Saya malaslah nak layan awak.Apa kata awak masuk rumah awak,pergi tidur.Esok bangum kasi bersih otak tu,"marah Adawiyah.
"Aku memang ada kerja.Nanti kita dah kahwin,kau tak payah kerja.Duduk rumah jaga anak,jaga aku,"Faliq menyatakan impiannya.Namun,bagi Adawiyah itu semua khayalan.
"Saya malas nak layan awak.Lantak awaklah,"Adawiyah menutup pintu kereta.
"Susah sangat ke kau nak terima aku dan percayakan aku?,"Faliq meluahkan rasa hatinya.Adawiyah memejam matanya.
"Kalau senang,dah lama saya terima.Tapi,saya minta dengan awak,carilah perempuan yang setaraf dengan awak.Bukan saya,"Adawiyah memohon pengertian.
"Kalau kau rasa sebab kau tak setaraf dengan aku,kau salah.Aku ada hak nak pilih siapa dan kalau kau rasa penyakit kau punya masalah,tak bagi aku.Aku tetap dengan pendirian aku,hanya aku mampi bahagiakan kau,Adawiyah.Kau tak boleh lari dari kenyataan tu,Allah dah ciptakan kau untuk aku,"Faliq tetap berkeras.
"Saya masuk dulu,"Adawiyah segera pergi.
"Ingat Adawiyah,aku takkan putus asa selagi kau tak jadi milik orang lain.Dan selagi itu aku akan usaha,"tegas Faliq.

Adawiyah menuju ke bilik setelah menyalam ibu ayahnya.Puan Rozan dan Encik Zikir pelik Adawiyah seakan tergesa - gesa.Namun,mereka malas masuk campur.Takut Adawiyah tak selesa.

Sesampai dibilik,Adawiyah duduk memeluk lutut.Sesat kemudian,irama tangisan mula kedengaran.Dia menangis setelah sekian lama dia tidak menangis kerana Faliq.

Tiada siapa tahu,dia ingin terima Faliq.Tetapi akalnya masih waras.Dia sedar siapa dia.

Sementara itu,Faliq meraup wajahnya.Dia tidak mahu menyakiti Adawiyah namun kalau cara itu yang perlu,biarlah sehingga dia berdarah sekalipun Adawiyah dia akan memiliki.

Faliq memegang dadanya.Berdegup,dan sering menyebut nama Adawiyah.Kini,dan in shaa Allah selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience