BAB 11

Romance Completed 12714

Adawiyah mengekori Faliq dari belakang.Hari ini dia perlu mengikut lelaki itu memasuki kawasan projek.Nasib baik ada Zahnita.

Tapi masalahnya,sikap Zahnita yang tergedik - gedik dengan Faliq membuat Adawiyah mengetap bibirnya.Hatinya menjadi panas,rasa mahu saja dia tarik - tarik rambut perang Zahnita tu.

"Yang ini tempat yang paling menarik.Disini kita akan bina kolam renang,taman permainan untuk penduduk supaya mereka boleh melepaskan tekanan dan meluangkan masa bersama keluarga,"Adawiyah menunjukkan pelan ditangannya.
Faliq melihat dengan teliti disebalik cermin hitamnya.Dia setuju dengan rancangan yang dibuat oleh Adawiyah.
"Macam mana?,"Adawiyah mengangkat wajahnya.Dia memandang Faliq.Walaupun Faliq bercermin mata hitam,dia tetap tidak mampu melawan pandangan lelaki itu.
Faliq tersenyum.Dia sengaja membuat begitu,dia mahu melihat kegelisahan Adawiyah.
"Well,I just agree as long it will affordable to our customer,"Faliq menyatakan pandangannya.Adawiyah sedikit sebanyak gembira rancangannya diterima.
"You,bila nak habis ni.Kulit I dah merah dah ni,"Zahnita membetulkan topi keselamatannya.Adawiyah menjegil sambil mencebir bibirnya.
"Nah you masuk kereta.Lepas habis,kita balik,"Faliq mengambil tangan Zahnita dan memberi kunci keretanya.
"Tapi,"Zahnita cuba memujuk lagi.
"Please Zahnita,I ada banyak hal lagi,tadi I dah kata kalau tak nak ikut pun tak apa.Tapi you yang nak ikut,"Faliq bertegas.
Zahnita terasa.Dia berlalu ke kereta kerana malu.
"Awak kasar dengan dia,tak elok,"Adawiyah simpati pada Zahnita.
"Dia bukan sesiapa,"Faliq tidak ambil pusing.
Mereka kembali meneruskan perbincangan.Meskipun Adawiyah tak mahu,tapi dia harus profesional.Inilah kerjanya yang Allah dah beri.Sebagai hamba-Nya,Adawiyah tidak mahu dianggap angkuh.

Tiba - tiba hujan rintik mula turun.Lama kelamaan turun dengan lebat.Mereka berlari mencari tempat berteduh dan mereka berteduh di bawah kabin tersedia.

"Pelik,tadi panas je,"bisik Adawiyah.Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan ditimpa hujan.

Dapat dia rasakan kehangatan tubuh Faliq disebelahnya.Dia segera menjauhkan diri,tetapi manalah kabin itu terlalu kecil.Dia hanya bergerak sedikit.
Faliq menghulurkan kotnya kepada Adawiyah.

"Eh tak apalah,saya okay je,"tolak Adawiyah.Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.
"Pakai jelah,kau sejuk,"Faliq menyangkut kotnya ke tubuh Adawiyah.Badan mereka hanya seinci.
"Terima kasih,"ucap Adawiyah.Faliq hanya mengangguk.Mereka hanya menikmati waktu itu dengan seadanya.

Irama hujan membisik kepada dua hati yang sebenarnya mula terhubung.Adawiyah sedar,dia tidak lagi boleh lari dari semua ini.
Adawiyah menoleh kepada Faliq.Mereka saling berpandangan.Cuba merungkai isi hati masing - masing.Sehinggalah hari hujan berhenti,mata mereka masih bersambung.

"Saya pergi dulu,terima kasih,"Adawiyah memberikan kot kepada Faliq.Dia meninggalkan Faliq dan menuju ke kereta selepas hujan berhenti.

Faliq menghela nafas.Dia mengikuti dari belakang.

???

Adawiyah terbatuk - batuk di tempat duduk belakang.Wajahnya pucat kerana ditimpa hujan tadi.Dia cuba menahan kesejukan yang mula membalut dirinya.
Faliq mengerling dari cermin pantulan.Dia menjadi prihatin kepada gadis kesayangannya.Dia umum tahu,Adawiyah tidak boleh sakit.

"You okay tak Adawiyah?,"tanya Faliq.Dia menukar gelaran kerana sedar Zahnita berada bersama.
"Saya okay je,tak apa.Hantar saja saya ke pejabat saya semula,"pinta Adawiyah.Kepalanya berdenyut - denyut tapi dia cuba bertahan.

10 minit kemudian,mereka sampai di ofis Faliq.

"Eh,bukan kita hantar Adawiyah dulu ke?,"tanya Zahnita.
"Nope,you cakap dekat secretary I,I ada hal.I nak hantar Cik Adawiyah ke klinik,dia tak sihat,"Faliq membalas.
"Saya okay je Encik Faliq,hantar saya ke pejabat,"rayu Adawiyah.
"Tulah,dia kata okay je,"Zahnita menyokong.Dia baru nak ajak lelaki itu makan tengah hari bersama.
"No,just do what I ask you to do.Cik Adawiyah,you partner I dalam projek ni,I tak mahu projek kita terbengkalai.Hurry up,I bawa you pergi klinik,"arah Faliq dengan tegas.

Zahnita tidak mampu berkata apa lagi.Dia keluar dan bertukar tempat dengan Adawiyah.Adawiyah menuju ke depan.
Kereta Faliq menghilang.Zahnita menghentak kaki sebelum berlalu dengan perasaan sebal.
Faliq kembali memberhentikan kereta.Dia menurunkan tempat duduk Adawiyah supaya Adawiyah lebih selesa.Kotnya dibuka dan diselimutkan ke tubuh Adawiyah.
Adawiyah tidak mampu menolak kerana dia sendiri tidak berdaya.Dia memandang Faliq,hatinya tersentuh dengan keprihatinan lelaki itu.

"Kenapa dah terpikat?,"selama Faliq bertanya.Dia kembali meneruskan pemanduannya.
"Perasan,"dalam lemah Adawiyah membalas.Faliq hanya tergelak kecil.Adawiyah terpegun.

???

Faliq memapah Adawiyah masuk ke rumahnya.Dia memberi salam.Melihatkan anaknya yang lemah,Puan Rozana berlari membantu.
Faliq mahu membantu Puan Rozana memapah Adawiyah sehingga ke atas.Tapi,Puan Rozana sendiri tidak kuat kerana sudah tua.Suaminya pula ke masjid.

"Tak apa makcik,biar saya buat,"prihatin Faliq.Dia mengendong Adawiyah sehingga ke bilik gadis itu.Adawiyah terkejut.Matanya bulat,tidak sempat dia berbuat apa lelaki itu terlebih dahulu memainkan peranannya.

Tubuh Adawiyah diletakkan dia atas katil.Faliq selimutkan badan Adawiyah.Puan Rozana turut membantu apa yang patut.Dia mengambil besen dan mengisi air suam untuk dituam ke dahi anaknya.

"Saya balik dulu ya,makcik,"Faliq meminta diri.
"Terima kasih ya Faliq,jagakan Adawiyah,"ucap Puan Rozana.Dia menghantar sehingga ke muka pintu.
"Tak ada apalah makcik,kebetulan kami partner sama - sama projek kali ni,"jelas Faliq.Dia meminta diri untuk pergi.Puan Rozana kembali menuju ke atas.
"Makan ubat ni,lepastu rehat,"suruh Puan Rozana.Dia meninggalkan Adawiyah untuk berehat.

Adawiyah terbayang kebaikan Faliq pada dirinya.Hatinya tersentuh.
'Perlu ke aku lari lagi?,'tanya Adawiyah.Dia tertidur setelah penat berfikir.a

???

Adawiyah mengetuk - getuk telefon di dahinya.Nombor Faliq ditenung.
"Nak call ke tak nak eh?,"Adawiyah mahu mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana menolong dia.
"Esoklah,"ego Adawiyah melawan semua.Namun,tidak dia sangka jarinya tertekan nombor Faliq.
"Ehhhhh,tutup tutup,"marah Adawiyah.Segalanya sudah terlewat,suara Faliq kedengaran.

Mahu atau tidak,Adawiyah menjawab juga.Salam diberi

"Saya nak cakap terima kasih,tolong saya,"ucap Adawiyah.
"Aku terima kasih kau,"balas Faliq.Adawiyah mengerdip matanya berkali - kali.
"Kenapa diam?Malu?,"duga Faliq.
"Mana ada,dahlah saya nak tidur,"sangkal Adawiyah.
"Eh kau,tunggu,"halang Faliq.
"Apa dia?,"tanya Adawiyah.
"I love you,"galak Faliq mengusik.
"Dah dah,"Adawiyah mengakhiri perbualan.Dia sempat dengar tawa Faliq yang letus kuat.
"Boleh gila aku layan dia ni,"rungut Adawiyah.

Adawiyah berbaring di atas katil.Seketika dia tersenyum dengan lebar.Dia memegang dadanya,berdegup laju.

"Selamat malam jejaka hatiku,"akui Adawiyah.
'Ya Allah,seandainya dia jodohku.Dekatkanlah kami dan sekiranya tidak,Kau jauhkan dia dari aku.Beri aku dpaat menerima hakikat sebenar.Sesungguhnya aku menyerahkan ssgalanya kepada Kau,Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang,'doa Adawiyah.

Cinta,itulah yang Adawiyah dan Faliq mula rasakan.Cinta yang menyakitkan namun membahagiakan.Itulah yang terindah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience