BAB 5

Romance Completed 12714

Adawiyah menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.Rumah itu sungguh sepi.Ibu dan ayahnya keluar ke pasar untuk membeli barangan dapur yang semakin habis.
Hari ini sengaja dia mengambil cuti kerana mahu meluangkan masa bersama keluarganya.Lagipun,dia sendiri berasa tidak sihat semenjak semalam.Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dia sengaja memohon cuti.

Mungkin kerana dia penat dengan urusan kerja itu yang membuatkan dia berasa letih.Doktor yang merawat dia sudah banyak kali mengingatkan Adawiyah jangan stress atau penyakitnya akan berulang lagi.

Mengingatkan hal itu membuatkan Adawiyah termenung.Semenjak kejadian 3 tahun lalu,hidupnya berubah seratus peratus.Dia tidak lagi boleh melakukan aktiviti yang akan membuatkan dia kepenatan.Jika tidak dia akan dimasukkan ke hospital.

Sehingga kini,hidupnya bergantung pada ubat.Sedih memang sedih,malah dia merasakan tidak berguna kerana menyusahkan orang tuanya namun itulah kehidupan.Mujur saja dia tidak melakukan tindakan diluar kawalan sepanjang menghidapi penyakit yang membawa maut ini.

"Termenung jauh nampak?,"tegur satu suara.Adawiyah menoleh ke arah suara yang menegur dirinya.
"Eh makcik,maaf Adawiyah tak perasan,"tegur Adawiyah kembali.Dia menutup paip dan menghampiri tembok yang memisahkan mereka.
"Sihat ke Adawiyah?Bila balik?Kata outstation?,"tanya Puan Amalin.
"Huish banyaknya soalan mak cik,nak jawab yang mana ni?,"gurau Adawiyah.Puan Amalin ketawa kecil.

Sungguh dia menyenangi sikap Adawiyah yang mudah mesra dan paling penting menghormati orang tua.Sikap inilah yang sepatutnya ada pada anak muda zaman kini namun nilai ini sudah semakin luntur.

"Adawiyah sihat,alhamdullilah.Dah 2 hari dah Adawiyah balik.Kursus habis awal tu yang balik,kalau ikutkan masih dekat Melaka tapi bahagian Adawiyah dah siap,"jelas Adawiyah.
"Ouh,eloklah tu.Adawiyah jaga diri,jangan stress.Kerja sampai bila tak habis,kesihatan tu jaga,"nasihat Puan Amalin.
"In shaa Allah,terima kasih makcik,"ucap Adawiyah.
"Sama - sama,hah ni malam ni datang rumah makcik.Makcik masak,tadi makcik terserempak dengan ibu kamu.Makcik dah cakap dekat ibu.Malam ni datang tau,"pelawa Puan Amalin.
"Oh ya,okay makcik.In shaa Allah,nanti Adawiyah datang,".
"Okaylah,makcik nak masuk.Ada kerja nak buat,"Puan Amalin meminta diri.Adawiyah mengangguk.

Dari tingkap atas rumah Puan Amalin,Faliq memandang Adawiyah.Dia memeluk tubuh sambil tidak lepas memandang Adawiyah.

'Apa yang kau buat dekat aku sampai aku perlu pandang kau macam ni?,'hati Faliq bersoal sendiri.

???

Malam itu,Adawiyah dan keluarganya pergi ke rumah jiran sebelah mereka.Adawiyah meminta ibu ayahnya pergi dulu kerana dia ada urusan sedikit.
Adawiyah menutup pintu setelah urusannya selesai.Dia berjalan ke rumah Puan Amalin.Salam diberi dan disambut dari dalam.Adawiyah melangkah masuk.

"Datang pun,makcik tunggu,"Puan Amalin menarik Adawiyah ke meja makan.
"Ya Allah,minta maaf.Adawiyah ada urusan tadi,tu yang suruh ibu ayah datang dulu,minta maaf semua,"Adawiyah berasa serba salah dengan tindakan dia.
"Tak apa,kami pun berborak dulu sementara makcik siapkan meja,"Encik Amin meredakan kegelisahan Adawiyah.
"Kejap,makcik nak panggil anak - anak makcik,"Puan Amalin menepuk bahu Adawiyah.Dia turut melemparkan senyuman buat Puan Rozana dan Encik Zikir.
'Anak - anak?Bukan Haikal je ke?Jangan cakap,'Adawiyah cub mengawal riak.Berharap apa yang dia fikir itu tidak benar.
"Assalamualaikum,"suara lelaki kedengaran.Adawiyah tidak sanggup menoleh ke belakang.
'Tak,bukan sekarang,'Adawiyah masih berharap itu mimpi.Dia tidak sanggup berjumpa dengan kenangan lama yang dia dah buang jauh - jauh.
"Ya Allah,Faliq ke ni?,"Encik Zikir segera bangun setelah tangan Faliq menghulur untuk bersalam dengannya.Faliq memberi senyuman kepada Puan Rozana.Matanya mengerling kepada Adawiyah yang masih menunduk.
"Besar dah,makin hansem makcik tengok,"puji Puan Rozana membuatkan Faliq hanya senyum nipis.Mereka mengambil tempat masing - masing.
"Hah,jom makan.Adawiyah nak makan apa?,"tanya Puan Amalin.
"Hah,apa - apa pu boleh,"balas Adawiyah.Mulutnya seakan berat.Dia ingin memandang wajah yang dulu dia pernah puja tetapi dia tiada kekuatan.

Yang kedengaran hanyalah suara - suara tua yang berborak.Sesekali terdengar suara Faliq membalas setiap pertanyaan orang tua Adawiyah.

???

Adawiyah membantu mengemas meja makan.Orang lelaki sudah berada di ruang tamu.Adawiyah membasuh pinggan di sinki.

"Eh Adawiyah,kan makcik kata tak paya buat.Biar makcik uruskan,pergi depan,"Puan Amalin menyuruh Adawiyah memberhentikan kerjanya.
"Eh tak apalah makcik,biar Adawiyah tolong,"pinta Adawiyah.
"Macam nilah,Adawiyah buat air.Makcik basuh,"suruh Puan Amalin.Adawiyah mengangguk.

Adawiyah membancuh kopi panas setelah diberi teko.Setelah siap,Adawiyah menyusun cawan berserta piring ke dalam dulang.Dia bergerak ke depan bersama Puan Amalin.
Adawiyah menuang air kopi panas ke dalam cawan - cawan dan mengagihkan kepada yang ada.

"Sedap,pandai Adawiyah buat,"puji Encik Amin.Puan Amalin turut mengangguk.
"Jadi menantu makcik jelah,"gurauan Puan Amalin membuatkan Adawiyah tidak senang duduk.
Adawiyah mengelak dengan memandang sekeliling.Matanya memandang seluruh rumah dan tiba dia wajah Faliq.Adawiyah segera melarikan wajahnya.
'Mak aih,hansem pulak mamat ni.6 tahun duduk luar negara,kulit mulus.Kalah aku,'puji Adawiyah.
"Adawiyah tak ada apa tu orang puteh panggil,hah boyfriend.Adawiyah tak ada ke boyfriend ni?,"pertanyaan Puan Amalin membuatkan Adawiyah ternganga.
"Hah?Eh tak ada,ada eh tak ada,"kalut Adawiyah bagi jawapan.
"Mana yang betul ni?,"Encik Amin gasak bertanya lagi.
"Tak ada,tak ada,"nafi Adawiyah.Dia bermain jemarinya.Resah dibuatnya.
"Dia ni kak,manalah nak ada boyfriendnya kalau asyik melekap dengan kami.Alamatnya kempunanlah kami nak menimang menantu,"adu Puan Rozana.Encik Zikir mengangkat bahu bila Adawiyah memandanya.
"Eloklah tu,tak adalah nak berpeleseran macam orang lain,"sokong Puan Amalin.Faliq curi - curi dengar saja.
Tiba - tiba Adawiyah bertepuk tangan.
"Hah,baru ingat ada hal nak kena buat.Esok nak hantar.Adawiyah kena balik ni,"Adawiyah segera bangun.
"Terima kasih makcik,pakcik.Makcik masak sedap,"Adawiyah segera menyalam Puan Amalin.
"Hah mengelaklah tu,"Puan Rozana menjegil anaknya.Adawiyah segera menuju ke pintu rumah sambil memukul mulutnya.

Faliq yang berada disitu menyembunyikan senyuman dengan gelagat Adawiyah.Masih kebudak - budakan.

Adawiyah menutup pintu rumah setelah tiba.Dia menyandarkan badannya dimuka pintu.Tangannya dilekapkan ke dada,berdegup laju.

"Ya Allah,apa hal aku ni?,"Adawiyah menarik nafas dalam - dalam sebelum menghembuskan.

Wajah Faliq kembali bersiaran di layar tubirnya.Adawiyah menggeleng - gelengkan kepalanya.

'Tapi,hansem kut.Dah kulit macam kulit cina,dah macam Lee Joon Gi.Hansem sangat tu,"gatal Adawiyah.Dia tersengih membayangkan.

"Ya Allah,astagafirullahalazim,"mengucap panjang Adawiyah.Dia memukul - mukul kepalanya.Bagi menutup malu,dia segera berlalu ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience