BAB 4

Romance Completed 12714

Pagi itu,Faliq bersarapan bersama setelah 6 tahun tidak bersarapan bersama keluarganya.Puan Amalin memasak nasi lemak sambal kerang kegemaran seisi keluarganya.

"Ma,jiran kita dah tukar orang eh?Bukan keluarga Pak Cik Zikir ke?,"soal Faliq.Entah mengapa sedari semalam persoalan itu bermain di mindanya.
"Eh taklah.Elok je keluarga Encik Zikir duduk sebelah kita, cuma diorang pergi umrah.Rasanya hari ni baliklah,"balas Puan Amalin.

Suaminya sudah keluar bekerja begitu juga Haikal sudah pergi ke sekolah awal.Kini,hanya tinggal dia dan anaknya saja di rumah.

"Semalam Faliq nampak ada perempuan dekat rumah sebelah,tu yang Faliq tanya,"Faliq menyuap makanan.Sedap sungguh masakan mamanya,betullah orang cakap masakan mak tetap menjadi pilihan.
"Perempuan?Tapi semua pergi umrah,takkan Adawiyah?Bukan dia outstation dekat Melaka ke?,"Puan Amalin berbisik sendiri.
"Hah?Apa ma?,"tanya Faliq.
"Tak ada apa,dah makan lagi,"suruh Puan Amalin.Dia turut bersarapan bersama.Mereka bersembang tentang keindahan UK dan macam - macam lagi.

???

Adawiyah mengerling jam disisinya.Seketika dia mengeluh kerana putaran jam yang sangat lambat.

"Ya Allah,lambatnya nak pukul 5.Rindu dengan ibu ayah ni,"keluh Adawiyah.
"Ni apa ni keluh je dari tadi kak tengok kau ni?,"tanya Kak Jue,pembantu Adawiyah.
"Eh akak,tak perasan saya,"kaget Adawiyah melihatkan Kak Jue tiba - tiba ada disisinya.
"Mana nak perasam kalau asyik termenung,mengeluh sejak tadi,"sindir Kak Jue.Adawiyah hanya menayang gigi.
"Tak kak,saya rindu ibu ayah saya ni.Hari ni kan diorang balik dari Makkah.Jam pulak lambat je berputar,"adu Adawiyah.
"Lah,ingatkan apalah.Ouh hari ni diorang sampai ya,alhamdullilah.Selesai jugak urusan diorang di Makkah,"ujar Kak Jue.Tangannya ligat mengepil kertas dan dokumen yang penting.
"Aah,hari ni saya nak balik awal sikit sebab nak bersiap ambil diorang lagi,"pinta Adawiyah.
"Hah,eloklah tu.Dahulukan diorang,kerja ni sampai bila - bila tak habis,"akur Kak Jue.

Adawiyah mengangguk membenarkan kata - kata Kak Jue.Dimatanya sudah terbayang wajah orang tuanya.Rindunya pada mereka bukan kepalang.

"Cepatlah pukul 5,"harap Adawiyah.

???

Adawiyah memakir keretanya dihadapan pagar.Dia mengunci kereta menggunakan alat kawalan kereta.Entah bagaimana tetiba saja percikan air terkena dirinya.

"Ya Allah,"ucap Adawiyah.Basah sedikit bajunya.Nyaris - nyaris nak terkena beg komputer ribanya.
"Minta maaf cik,cik tak apa - apa?,"Faliq memohon maaf.Tadi,Puan Amalin meminta dia menyirap pokok bunga sebelum keluar dengan Encik Amin.
"Memang tak ada apa - apa,tapi basah.Ni hah,"rengus Adawiyah.Dia menunjukkan bajunya yang basah.Mujur saja baju ini sudah kotor,kalau baru nak pergi kerja memang dah lama dia mengamuk.
"Saya minta maaf,"pinta Faliq lagi.Dia memandang wajah Adawiyah namun tidak Adawiyah.
"Takpelah,okaylah saya masuk dulu,"Adawiyah melangkah masuk.Meninggalkan Faliq tanpa mengetahui bahawa itu Faliq.
"Adawiyah,"nama itu terukir dibibir Faliq.Akhirnya,dia mengingati siapa gadis itu.Dia sudah ketahui wanita yang mengundang pertanyaannya semalam.
"Dah besar dah kau.Cantik,"puji Faliq.Dia masuk sambil mata tidak lepas memandang rumah jirannya.

???

Adawiyah menunggu orang tuanya dengan penuh kesabaran di balai menunggu.Dia cuma menahan kerinduan yang seakan ingin meletup.
Mungkin dia akan dikatakan manja tetapi sekurang - kurangnya dia merindukan orang tuanya.Insan yang membesarkan dia bukan orang lain.

Sejurus sahaja pengumuman mengatakan pesawat dari Makkah sudah selamat mendarat,Adawiyah mengucap syukur.

"Ibu,ayah,"jerit Adawiyah keriangan.Dia berlari kepada orang tuanya setelah melihat wajah kedua orang tuanya kini dihadapan matanya.
"Ibu ayah sihat?Adawiyah rindu sangat dengan ibu ayah,"luah Adawiyah.Dia mencium tangan dan memeluk orang tuanya.

Jelas kelihatan kedutan diwajah orang tuanya namun kedutan itu tidak menjejaskan kebahagiaan diwajah mereka.Adawiyah sering mendoakan ibu ayahnya ditempatkan di syurga Allah kelak.

"Sihat alhamdullilah,ibu ayah okay je.Adawiyah sihat?Makan ubat tak?Haritu pergi tak check up dengan doktor?,"tanya Puan Rozana bertalu - talu.

Pertanyaan ibunya mengundang tawa Adawiyah.Dia menggeleng dan menepuk tapak tangan ibunya.Encik Zikir hanya mengangkat bahu.

"Ibu kamu ni dekat sana asyik terfikir kamu je,puas ayah cakap kamu akan sihat.Tak mahu percaya juga,"rungut Encik Zikir.Dia juga risau mengenai kesihatan anaknya.
Semejak anaknya disahkan menghidap leukemia 3 tahun lalu,hati tuanya hancur.Ayah mana yang sanggup melihat anaknya menahan sakit diatas katil.Dia hanya mampu berdoa agar Adawiyah sihat sejahtera dan sekira perlu,dia sanggup andai Allah menurunkan penyakit itu kepadanya.

"Ibu ayah,Adawiyah sihat.Alhamdullilah,Adawiyah makan ubat.Ya,Adawiyah pergi hospital haritu.Doktor kata Adawiyah sihat dan okay,"Adawiyah menjawab setiap pertanyaan ibunya.

Dia berharap jawapannya mampu menenangkan jiwa orang tuanya.Kelihatan Puan Rozana dan Encik Zikir berpuas hati dengan jawapan anak mereka.

"Okaylah,jom balik.Adawiyah dah masak istimewa untuk ibu ayah,"Adawiyah menolak troli yang berisi beg -beg pakaian ibu ayahnya.

???

"Sedap tak?,"tanya Adawiyah.Melihatkan ibu ayahnya makan dengan selera membuatkan hatinya puas.
"Sedap sangat sampai dah boleh kahwin dah anak ayah ni,"gurau Encik Zikir.Adawiyah menarik muncungnya.
"Ayah ni,apa cakap pasal kahwin,"rungut Adawiyah.Dia menguis nasinya.
"Betullah ayah cakap tu,Adawiyah dah kena kahwin tau.Nanti ibu dengan ayah dah tak ada,ada juga yang boleh jagakan Adawiyah,"nasihat Puan Rozana.Dia berharap akan ada orang yang sanggup menerima anaknya tanpa memandang kekurangan yang ada pada Adawiyah.
"Taknaklah,Adawiyah tak nak kahwin.Adawiyah dah ada ibu ayah,buat apa nak pening - pening fikir orang lain.Lagipun,Adawiyah gembira hidup macam ni,"dalih Adawiyah.
"Tapi sayang,"Puan Rozana cuba kompromi dengan anaknya yang seorang ini.
"Tak ada tapi - tapi,Adawiyah tak terfikir lagi ke arah tu,"potong Adawiyah.
Jawapan Adawiyah menghentikan percakapan Puan Rozana.Encik Zikir juga begitu.Tak mengapalah,asalkan anaknya gembira.
"Lepas ni ibu ayah rehat,biar Adawiyah kemas semua ni.Ibu ayah tunggu je dekat depan,nanti Adawiyah buat air panas,"suruh Adawiyah.Dia tidak mahu orang tuanya kepenatan.
"Yelah,"jawab Puan Rozana dan Encik Zikir menjawab serentak.Adawiyah menunjuk tanda bagus.

???

"Ibu ayah,minumlah.Adawiyah nak naik atas sekejap,"Adawiyah meletakkan 2 cawan yang berisi kopi yang berasap panas.

Encik Zikir menyisip perlahan air kopi itu.Lazat,tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar.

"Saya risaulah bang.Anak kita tu,dia macam putus asa bila kita cakap pasal kahwin,"Puan Rozana melahirkan kegundahan yang bersarang.
"Biarlah Ana,kita tak tahu apa dia fikir.Cukuplah penderitaan dia hadapi 3 tahun ni,abang tak nak anak kita terseksa lagi.Abang nak dia hadapi hidup dia sebaik mungkin,"Encik Zikir memujuk isterinya.
"Saya tahu bang,tapi kita ni makin lama makin tua.Bila - bila saja kematian menjemput kita bang.Nanti siapa yang nak jaga anak kita?,"soal Puan Rozana lagi.
"Abang pun fikir juga Ana.Tapi,biarlah waktu yang menentukan.Jangan desak dia,"jawab Encik Zikir.Puan Rozana hanya mampu berdiam,ada benar kata suaminya.

Disuatu sudut,Adawiyah mendengar setiap patah perbualan ibu ayahnya.Hatinya tersentuh dengan kebimbangan orang tuanya terhadap dirinya.
Tumpah airmatanya.Serasa dia sudah menyusahkan orang tuanya saja.Dia berlalu ke atas,tidak sanggup mendengar lagi butir perbualan orang tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience