BAB 10

Romance Completed 12714

Faliq berdiri di depan cermin.Dia memakai tali lehernya dan mengemaskan rambutnya dengan gel rambut.Raut wajahnya seakan tiada seri dan sentiasa serius.
Sebulan telah berlalu.Masih lagi tiada perubahan.Dia sendiri tidak tahu sama ada mahu meneruskan hasratnya lagi atau tidak.Hatinya sakit walaupun dia sudah terlalu sayang terhadap Adawiyah.

Selama sebulan ini bukan mereka tidak terserempak.Namun masing - masing segera melarikan diri apabila bertembung.Urusan harian sedikit sebanyak membantu Faliq melupakan rasa hampa di hati.

Dia menuruni turun ke bawah bersama briefcasenya.Gaya kacaknya tetap menyerlah meskipun wajahnya kekal serius.Dia duduk bersarapan bersama mamanya.
Air kopi kegemarannya disisip sedikit.Sekilas dia terkenang akan air kopi yang pernah dibuat oleh gadis itu sewaktu bertandang disini dulu.
Lamunannya tersentak bila mamanya bertanya soalan kepada dia.

"Mama tanya hari ni balik pukul berapa?,"Puan Amalin kembali menyoal.
"Tak tahu lagi ma,kerja banyak sangat sejak akhir - akhir ni.Biasalah tender masuk,"Faliq memberi alasan.
"Kamu ada masalah ke?Mama tengok kamu sejak kebelakangan ni lebih banyak diam je,"soalan Puan Amalin mengusik hati Faliq.
'Ya ma,Faliq sakit.Sakit yang teramat sangat,'Faliq memuntahkan luahan tetapi hanya dalam hati.
"Tak adalah,mungkin sebab kerja banyak.So busy,maafkan Faliq ya,"Faliq menenangkan hati mamanya.Dia tidak mahu wanita itu mengesyaki dia mengalami masalah.
"Yelah,apa - apa bagitahu mama,"Puan Amalin cuba menerima jawapan anaknya.
"Hah,ingat tak anak Tuan Hassan dulu tu,Atiqa?,"Puan Amalin mengubah perbualan.
Faliq cuba mengingati gerangan yang disebut oleh mamanya.Kemudian,dia mengangguk.
"Ni hah,minggu depan anak dia kahwin.Mama ingat nak suruh kamu wakilkan sebab mama dan papa kena pulang ke kampung sebab ada hal sikit.Lagipun,Tuan Hassan tu kenalan rapat papa,jadi tak manis bila dah dijemput tak pergi,"pinta Puan Amalin.

Faliq hanya mengangguk.Memahami orang tuanya ada hal lain.

"Okaylah ma,Faliq pergi dulu.Nanti jalan sesak pulak,"Faliq mencium tangan mamanya dan mencium dahi wanita itu.

Tatkala Faliq mahu keluar,dia bertembung dengan Adawiyah.Mata mereka bertemu namun dilarikan dahulu oleh Faliq.Faliq segera bergerak menuju ke tempat kerjanya.
Adawiyah mengeluh.Dia merasa rindu pula bila Faliq tidak lagi menganggu dirinya.Seketika dia memicit lembut dahinya.Sejak akhir - akhir ini dia kerap sakit namun dia hanya mendiamkan diri.Biarlah dia tanggung,tidak mahu buat orang tuanya resah.

Adawiyah turut menuju ke tempat sumber rezekinya.

???

Adawiyah yang sedang menandatangani beberapa fail dan dokumen segera menoleh ke arah pintu kaca pejabatnya setelah diketuk.

"Cik,meeting dah nak start,"panggil Haiza.Setiausahanya.
"Oh ya,okay.Thanks for your information,"Adawiyah mengemas mejanya.Beg yang sudah tersedia sejak semalam untuk mesyuarat hari ini dibawa.

Hari ini,mesyuarat ini akan bekerjasama dengan salah satu syarikat yang berjaya di Malaysia untuk projek yang akan datang.Bagi Adawiyah ini bagus bagi menaikkan nama syarikat ini.

Adawiyah tiba di bilik mesyuarat.Dia mengetuk pintu bilik memyedari dia lewat dia harus memohon maaf.

"Maaf Datuk,saya lewat,"ucap Adawiyah.Datuk Azlan mengangguk.
"Tak mengapa,lagipun kami baru saja sampai,"Datuk Azlan memahami stafnya itu.
"Well,this is my staf.My brilliant staf,Adawiyah and she is very good.I hope you guys will enjoy to sucess the project together,"Datuk Azlan memperkenalkan Adawiyah yang masih lagi tunduk.

Bila Adawiyah mengangkat muka,memandang mereka yang bakal bekerjasama membuatkan Adawiyah kelu.

Faliq!

Faliq memerhatikan Adawiyah.Disebelahnya berdiri Daniel dan staf perempuannya,Zahnita.

'Kenapa dia?Ya Allah,'Adawiyah kembali tidak buntu.

"Adawiyah?,"Datuk Azlan cuba menyedarkan dia.
"Ouh maaf Datuk.Saya Adawiyah,merupakan perancang projek kepada projek syarikat encik.Saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik,"Adawiyah cuba mengawal riak wajahnya.

Dia memulakan presentation yang sudah dia reka dan siapkan.Sepanjang mesyuarat itu,Adawiyah banyak melarikan anak matanya kerana dia sedar Faliq merenung dirinya.

Resah menghuni hati Adawiyah.Jarum jam yang berputar seakan terhenti kerana masa yang berlalu sungguh lama untuk berdetik.
Daniel hanya memandang rakannya dan Adawiyah.Dia hanya tersenyum sinis.
Mesyuarat itu akhirnya tiba ke penghujungnya.

"Saya sangat berharap kerjasama kita akan kekal.Saya juga berharap projek ini berjalan dengan lancar,kan Cik Adawiyah,"Faliq melirikkan matanya kepada Adawiyah.
"Hah?Hah aah,"Adawiyah mampu mengangguk.
'Cepatlah pergi,'marah Adawiyah.
Faliq menyalam tangan Datuk dan berlalu pergi diikuti Daniel dan Zahnita.
Adawiyah kembali ke biliknya setelah mesyuarat selesai.Dia duduk dikerusinya.Tangannya dilekap ke dahi,biasa saja.Dia kemudian lekapkan tangannya ke pipi.Panas,pasti pipinya merah.
"Matilah kau Adawiyah,"Adawiyah cuba membayangkan apa yang bakal terjadi antara dia dan Faliq.Mimpi ngeri!

???

"Choii,kau tahu ke yang kerjasama tu?,"tanya Daniel dalam kereta.Nasib baik,Zahnita membawa kereta sendiri tak adalah menganggu perbualan mereka.

Faliq hanya mengangkat bahu.Dalam fikirannya,terbayang perilaku Adawiyah.Sengaja dia mencabar sejauh mana Adawiyah mempu bertahan.

"Tapi,aku nampak Adawiyah tu ada perasan yang sama,cuma dia ego,"Daniel memberitahu apa yang jujur.
"Aku tahu,"sepatah dari Faliq.
"Bro,time ni lu kena buat dia betul - betul cair.Aku tengok dia pun nak,tapi mungkin dia masih takut.Aku sokong kau,"Daniel memberi kata - kata semangat buat Faliq.Dia hanya mampu tersenyum.

Faliq meneruskan pemanduannya sambil memikirkan Adawiyah dan perasaannya.

'Mana mungkin aku lepaskan kau Adawiyah,kalau hati aku dah penuh terisi dengan kau.'

???

Adawiyah keluar duduk di halaman rumah.Sengaja dia pulang awal setelah mesyuarat tadi.Nak melepaskan tekanan.Dia duduk di tempat biasa sambil mendukung kucing kesayangannya.

Dia memeluk dan mencium kucing itu.Melihat kucing itu memberi respon membuat Adawiyah ketawa dengan galak.

"Faliq,bila balik?,"soal Puan Amalin.

Adawiyah menoleh ke belakang.Setahu dia,tadi dia keseorangan.Tiada Faliq disitu.

"Adalah dalam 15 minit ma,"Faliq mengambil tempat disebelah mamanya.Benar,apa yang dikatakan.Dan selama 15 minit itu dia hanya memerhatikan telatah Adawiyah melayan kucingnya.

Senyuman Adawiyah,senyuman itu membuat igauan dan impian kepada dia.Senyuman yang dia harap masih ada untuk dia dan selama untuk dia.
Adawiyah terkejut.

'15 minit?Maknanya dia ada kat situ lama dah,'
"Eh Adawiyah pun ada.Hah eloklah tu,makcik nak minta tolong ni,"Puan Amalin pergi berdekatan Adawiyah.
"Ya makcik?,"Adawiyah tersenyum kepada jirannya.
"Hujung minggu ni,ada jemputan orang kahwin.Tapi makcik tak dapat pergi sebab kena ikut pakcik uruskan hal dekat kampung,Haikal pulak dia studi rumah kawannya,jadi makcik wakilkan Faliq sebab orang menjemput ni kenalan terdekat pakcik.Tak manis orang dah jemput tak pergi,jadi makcik ingat nak suruh Adawiyah temankan anak makcik.Boleh?,"tanya Puan Amalin.
Permintaan Puan Amalin membuat dia tercengang.Mana mungkin,dia menuruti permintaan itu.
"Tapi,ibu ayah,"
"Dah,diorang setuju.Makcik dah minta izin,diorang okay je,"Puan Amalin memotong percakapan Adawiyah.
'Mak aih,aku tak cakap apa lagi.Advance makcik ni,'bisik hati Adawiyah.Dia memandang Faliq,memohon pengertian.Namun,Faliq mengangkat bahunya.

Puas berfikir,Adawiyah mengangguk.

"Yelah,saya ikut jelah,"akur Adawiyah.Tidak sanggup menghampakan permintaan jiran yang banyak menolong dia.
"Alhamdullilah,terima kasih tau,"ucap Puan Amalin.Adawiyah tersenyum yang dibuat - buat.
"Sama - sama,Adawiyah masuk dululah.Ada benda nak buat,"pamit Adawiyah.
"Hah,sukalah tu.Ingat mama tak tahu apa yang kamu pendam dekat anak jiran kita,"sergah Puan Amalin.Hati seorang mak tahu apa yang anak dia rasa.Tidak perlu kata lebih,dia terlebih dahulu tahu.
"Mama nampak semua Faliq.Jangan sorok,"Puan Amalin seakan mengerti anak dia memerlukan penjelasan.
"Dapatkan dia,mama betul - betul setuju kalau dia yang kamu mahukan.Adawiyah tu satu dalam sejuta,jangan lepaskan dia dan kecewakan dia,"penuh mendalam Puan Amalin memberi ingatan.Dia meninggalkan anaknya di halamam itu.

Faliq tersenyum simpul.Ramai yang menyokong dia.Tekadnya semakin kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience