BAB 14

Romance Completed 12718

Faliq menyirami kubur Annisa.Walaupun Annisa sudah tiada 6 tahun lamanya,dia bersyukur kerana Annisalah yang mengajar erti cinta kepadanya.

"Annisa,aku doakan kau tenang disana.Di bawah rahmat Allah,"doa Faliq.Dia berteleku di tepi kubur Annisa.
"Annisa,aku bahagia sekarang.Bahagia sangat.Tapi,jangan kau ingat aku lupakan kau.Kenangan dulu,mengajar aku erti kehidupan.Kenangan kita aku sudah tanam sebati dalam hidup aku.Aku bertuah kenal dengan kau Annisa,"ucap Faliq.
"Annisa,terima kasih.Doakan aku sentiasa kuat dan bahagia seperti mana aku doakan kepada kau.Aku balik dulu,"Faliq meninggalkan kawasan perkuburan itu.
Dia tersenyum sambil memandang langit diatas yang membiru ditemani awan - awan yang berarak pergi.

???

Adawiyah berbaring di atas riba Faliq.Sengaja dia mengajak Faliq supaya menemani dia melihat bulan dan bintang - bintang.

"Cantikkan,"Adawiyah memandang suaminya bersama senyuman.Faliq mengusap rambut Adawiyah yang panjang.

2 bulan selepas mereka bernikah,mereka mengambil keputusan untuk hidup sendiri.
Adawiyah sendiri terkejut ketika diberitahu bahawa suaminya sudah membeli rumah buat mereka.Ketika berpindah masuk pun,rumah ini sudah sepenuhnya lengkap dari tingkat atas dan bawah.

Faliq mahu mengambil orang gaji,namun dihalang oleh Adawiyah.Dia mahu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri itu sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Faliq mengucup dahi isterinya.Lama,sehingga mengundang kehairanan di hati Adawiyah.Namun,Adawiyah berasa senang.

"Abang,Adawiyah cintakan abang sangat - sangat,"luah Adawiyah.Dia tak jemu meluahkan semua itu agar Faliq tahu dia sentiasa sayangkan suaminya.
"Abang kenapa diam?Abang dah tak sayang saya ya?,"duga Adawiyah.Dia segera duduk.Faliq merenung Adawiyah tajam.

Bibir Adawiyah dikucup sekejap.

"Jangan pernah cakap macam tu,cinta aku buat kau hanya Allah yang tahu,"ucap Faliq.
"Aku cuma tak dapat bayangkan kalau kau tak ada.Mungkin aku bukan seperti sekarang,"Faliq mengusap pipi Adawiyah lembut.
"Aku mungkin tak romantik macam suami lain,tapi aku akan cuba sedaya upaya buat kau gembira sebab aku cintakan kau,"Faliq mencium dahi Adawiyah penuh kudus.
"Abang,bukan lelaki romantik yang saya minta.Tapi cukup sekadar kesetiaan abang hidup dengan saya mampu membuat saya yakin,abanglah anugerah Tuhan yang paling terindah,"jawab Adawiyah.
"Kalau macam tu,malam ni kita,"Faliq tak jadi teruskan katanya.Adawiyah mula menjauh.
"Kita apa?,"tanya Adawiyah.Dia mula meletakkan kaki ke lantai.
"Kita,"gatal Faliq mula hadir.
"Eeeeee,gatallll,"Adawiyah lari masuk ke dalam.Faliq ketawa dan mengejar isterinya yang sudah berada di dalam rumah.

Gelak tawa mereka memenuhi rumah itu.Kebahagiaan benar - benar memayungi kehidupan Adawiyah dan Faliq.

'Ya Allah,Kau panjangkanlah nyawaku agar aku dapat menemani dia sehingga hari tuanya.Kau kuatkanlah semangat aku menempuh dugaan yang Kau berikan.Siramilah cinta kami dengan rahmat dan kasih sayangMu.Terima kasih, Ya Allah,'doa Adawiyah.

'Ya Allah,Kau kuatkanlah isteriku supaya kekal disisiku.Janganlah Kau ambil dan sekiranya kami perlu berpisah biarlah bersama.Berilah aku dan dia peluang mengecapi bahagia ini walau untuk seketika,'harap Faliq.

Mata mereka bertembung.Memandang dengan penuh rasa cinta yang dianugerah oleh Allah.Ya,memang inilah yang terindah.Semoga terus menjadi yang terindah,itulah harapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience