BAB 7

Romance Completed 12714

2 hari selepas Faliq melawat Adawiyah,akhirnya dia dibenarkan pulang.Adawiyah mengemas barang - barangnya sementara menunggu ibu dan ayahnya datang mengambilnya.

Pintu bilik dibuka,terjengul muka Doktor Iman.Dia menyeluk tangannya ke dalam kot putihnya.Dilehernya tersangkut stathescope.

"Eh doktor,"ujar Adawiyah.Dia sedikit terkejut.
"Seronoklah awak dapat balik,"Doktor Iman memyandarkan badannya di badan katil sambil berpeluk tubuh.Adawiyah yang sedang berkemas diperhati saja.
"Siapalah yang tak suka dapat balik bila dah duduk dalam hospital doktor.Saya pun alami benda yang sama,"balas Adawiyah.Dia perasan doktor itu merenung dirinya dari ekor matanya.Sengaja dia menyibukkan diri walaupun barang sudah siap dikemas.
"Saya masih berharap awak duduk disini,"bisik Doktor Iman perlahan.Semenjak gadis itu menjadi pesakitnya,dia merasakan hari - harinya indah.

Adawiyah,secantik nama dan orangnya juga,masakan hati lelakinya tidak bergetar jika perempuan sebaik Adawiyah dijumpai.

"Apa dia doktor?Saya kurang dengar,"kata Adawiyah.
"Hah?Tak saya cakap lepas ni orang lain pulak masuk,"Doktor Iman menutup gugupnya.
"Ouh,doktor rehat ke sekarang?,"tanya Adawiyah.Dia mula merasa senang berbicara dengan Doktor Iman.
"Aah,semua pesakit saya dah periksa tadi,"balas Doktor Iman.
"Adawiyah,"panggil Doktor Iman.
"Ya?,"Adawiyah menjawab.
"Hmm,saya,hmm,saya,"putus - putus Doktor Iman menutur katanya.
"Saya apa?,"Adawiyah masih menunggu.
"Boleh tak saya nak kenali awak?No,I mean I want to be your friend,"jelas Doktor Iman.

Adawiyah menarik nafas dalam sebelum mengukir senyuman.Dia mengangguk,dia memang suka berkawan.Doktor Iman turut tersenyum,sangkanya Adawiyah bakal menolak.

"Ni nombor saya,"Doktor Iman memberi sekeping kertas putih.
"Amboi,cepat je.Dah planlah ni,"gurau Adawiyah.Doktor Iman memegang belakang kepalanya.Adawiyah memberi kadnya sebagai balasan.

Pintu bilik wad terbuka,Puan Rozana dan Puan Amalin memasuki bilik.Diikuti Faliq.

"Eh doktor,sihat?,"tanya Puan Rozana.
"Sihat makcik,alhamdullilah.Saja je jenguk Adawiyah,dia nak balik dah.Okaylah saya pergi dulu Adawiyah,makcik - makcik.Assalamualaikum,"dengan hormat Doktor Iman berlalu pergi.

Faliq menyambut huluran Doktor Iman untuk bersalam.Namun,riak wajahnya dingin.

"Kamu ada apa - apa ke dengam doktor tu?,"tanya Puan Rozana.Puan Amalin mengangguk.
'Ibu ni,straight betul kalau tanya,'rungut Adawiyah dalam hati.
"Huishh,mana ada.Kan tadi dia cakap saja jenguk,lagipun Adawiyahkan pesakit dia,"dalih Adawiyah.
"Yelah,"Puan Rozana tidak puas hati dengan jawapan anaknya.
"Dah siap?,"tanya ibunya lagi.Adawiyah mengangguk.

Adawiyah pelik kerana ayahnya tiada.Menurut kata ibunya,ayahnya memang nak ikut tetapi Faliq mahu menolong.Jadi,Faliq yang menjemput dia.

Sepanjang berada dalam kereta,Adawiyah banyak berdiam.Hanya suara ibunya dan mama Faliq yang rancak berbual.Adawiyah hanya memikirkan apa sebenarnya yang difikir oleh Faliq.

Sehinggalah mata Faliq bertemu pandang dengannya dari cermin pantulan kereta.Walau hanya beberapa minit,sudah cukup membuat Adawiyah semakin giat berfikir.

???

Malam itu,Adawiyah mengambil angin diluar.Dia duduk dibuaian halaman rumah.Matanya galak memandang bulan dan bintang yang menghiasi langit malam itu.

Dia mengeluh.Entahlah,semenjak kepulangan Faliq membuat dia tidak keruan.Kenangan lama yang dia sudah buang jauh kembali sedikit demi sedikit bercantum menjadi satu.

"Orang kata tak baik mengeluh,"kata satu suara.Adawiyah yang terkejut memandang Faliq disebalik tembok rumah.
"Apa yang buatkan kau mengeluh?,"tanya Faliq.Tidak Adawiyah menjawab.
"Kau dah makan ubat?,"tanya Faliq lagi.Cuba menarik perhatian Adawiyah.
"Sudah,"sepatah itu saja yang keluar dari mulut Adawiyah.
"Kau buat aku teringat kenangan lama,"ucap Faliq.Perlahan namun mampu didengari oleh Adawiyah.
"Hah?,"sambut Adawiyah.
"Kau buat aku teringatkan Annisa,"jujur Faliq memberitahu.Dia merasa senang untuk jujur dengan Adawiyah kerana sekarang dia sedar hati dia mula tertarik dengan Adawiyah.
"Saya rasa tak perlulah bandingkan Annisa dengan saya.Awak tak ada hak buat macam tu,"Adawiyah menolak.Hati dia terasa sakit.
"Dahlah,saya masuk dulu,"pamit Adawiyah.Tidak betah berlama disitu kerana takut hati dia berubah pula.
"Aku tahu kau ada hati dengan aku,sejak dulu,"kata - kata mematikan langkah yang baru hendak dimulakan.
"Aku tahu,tapi aku buat tak tahu.Sebab aku tak nak bagi kau harapan palsu,"jujur lagi.Dia sememangnya mengetahui gadis itu pernah menyukai dia,malahan sekarang juga.
"Apa awak cakap ni?Jangan merepek,"Adawiyah menyangkal?Hatinya berdegup sangat pantas.
"Aku tak pernah merepek,tapi kau.Kau lawan hati kau,kalau tak takkan kau masih takut nak menyapa aku,"asak Faliq.
"Maafkan saya,tapi awak cakap macam awak tahu semuanya.6 tahun awak tak balik macam awak tahu semua benda yang awak teka tentang perasaan saya tu betul.Wah,saya betul - betul kagum dengan keyakinan awak,"sindir Adawiyah.Hakikatnya,apa yang diujar oleh Faliq itu benar.
"Terima kasih,tetapi kalau aku salah,pandang aku sekarang dan hadap muka aku ni lama.Kalau kau berjaya,aku akan mengaku aku salah,"cabar Faliq.

Adawiyah kelu.Namun untuk menyangkal dia menoleh memandang Faliq.Dengan kekuatan masih berbisa dia menentang mata milik Faliq.
Sedar dengan keupayaan dia,Adawiyah memalingkan wajahnya.Jantungnya serasa akan meletup kalau dia teruskan.

Faliq tersenyum sinis.Kemenangan berpihak pada dia.

"Aku menang.Kau nak cakap apa?,"keangkuhan Faliq membuat Adawiyah sakit hati.
"Kalau betul saya suka awak pun bukan hak awak,selagi saya tak menyatakan perasaan saya bermakna awak tak ada hak nak campur,"tegas Adawiyah.
"Siapa kata aku tak ada hak?,"soal Faliq balik.Dia memeluk tubuhnya.Matanya galak memandang wajah gadis itu.
"Apa maksud awak?,"soalam berbalas soalan.Adawiyah mengerutkan dahinya.
"Aku ada hak,sebab kau buat hati aku resah.Kau buat aku asyik fikirkan kau dan itulah hak aku ke atas kau,"jelas Faliq.
Adawiyah kelu.Dia tidak berani bertanya lagi.Dia ingin segera masuk.
"Aku akan pastikan kau cintakan aku balik Adawiyah,"janji Faliq.Adawiyah menggeleng perlahan sambil menyambung langkahnya yang terhenti.Pintu rumah ditutup.
"Aku akan buat kau cintakan aku balik Adawiyah,malah lagi hebat dari dulu,"tekad Faliq.Dia turut masuk.

???

Adawiyah mengiring ke kanan,sekejap dia mengiring ke kiri.Akhirnya dia duduk diatas katil.Dia memegang dadanya yang masih berdegup.

"Ya Allah,dugaan apa lagi ni?,"tanya Adawiyah.Dia cuba menjadi rasional.

Tiba - tiba telefonnya bergetar menandakan pesanan masuk.Dia meneliti skrin yang memaparkan nombor yang tidak dikenali.Dia membuka pad kekunci.
'Selamat malam wahai orang yang akan mencintai aku.Seperti aku janjikan,aku akan buat kau cintakan aku kembali dan aku akan bahagiakan kau.'

P/s : aku ambil nombor kau dari telefon mama.

Pesanan dari Faliq ibarat seketul batu besar menghempap kepala Adawiyah.Malam iti dia tidak dapat tidur kerana memikirkan hal tersebut.

Pesanan dan kata - kata dari Faliq seakan audio yang asyik memutarkan sepanjang masa.Adawiyah penasaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience