BAB 2

Romance Completed 12714

Angin menderu perlahan namun dingin.Gantungan perhiasan berdeting berlanggaran kerana tiupan angin.Awan biru perlahan bertukar kelam dan menjadi mendung,menandakan hari akan hujan.

Suasana bilik itu sama kelam seperti diluar.Di penjuru bilik,terdapat susuk lelaki yang duduk memeluk lutut.Pelupuk matanya basah,diiringi tangisan sendu.

"Annisa,"seulas nama meniti keluar.Didakap sebuah gambar berisi seorang gadis manis bertudung litup.

"Kenapa pergi tinggalkan aku?Kau lupa ke impian kita?,"bicara Faliq sendirian.

Masih tidak dapat dilupakan,Annisa pergi menghadap Illahi kerana penyakit jantung yang dihidapi.Sangkanya,Annisa sudah pulih namun Annisa bertindak merahsiakan penyakit yang sudah semakin teruk.

"Kenapa kau tipu dan kau tinggalkan aku?Kenapa?,"Faliq masih menyoal.
"Annisa,Annisa,"masih lagi menyeru.
"Annisa,"akhirnya Faliq tertidur setelah menyeru nama insan yang tersayang.Bingkai gambar masih dipeluk malah makin erat.
Hujan telah membasahi bumi Tuhan.Irama hujan bagai muzik indah namun sarat dengan lara dan kesedihan buat Faliq.

???

Faliq turun setelah beberapa hari hanya terperap dalam bilik.Dia cuba tabahkan hati setelah memori buruk itu terjadi.Memang tidak mudah,namun dia sedar tiada guna dia begitu.Malah,hanya menyeksa dirinya dan arwah Annisa sekiranya Annisa masih ada.
Faliq menyertai keluarganya bersarapan.Dia senyum nipis.Mama dan papanya sedikit terkejut dan memandang sesama mereka.Menghantar isyarat.
Encik Amin berdeham sedikit.

"Faliq nak makan apa?Nasi goreng,mama cedokkan?,"tanya Puan Amalin.
"Boleh juga,"balas Faliq.
"Kamu masih bercuti ke?,"tanya Encik Amin.Dia cuba mengajak anaknya berborak.Rindu ingin berborak bersama anak lelakinya.
"Aah,mungkin lusa Faliq mula kerja balik,"Faliq menyuapkan nasi goreng ke mulutnya.Perit,terasa seakan pasir yang mengisi mulutnya.Digagahkan juga untuk menelan.
Mereka makan sambil terdiam.Adiknya,Haikal tiada sebab sudah pergi ke sekolah.
"Mama,papa,"panggil Faliq.Encik Amin dan Puan Amalin memandang anak mereka.Faliq senyap seketika.
"Faliq ingat Faliq nak teruskan tawaran kerja dekat UK,"putus Faliq.

Semalaman,dia berfikir yang terbaik.Semalaman juga dia merenung surat tawaran kerja di negara bermusim itu.Mungkin ini cara terbaik mendapatkan kekuatan yang hilang.

"Hah?,"ternganga.Memang benar anaknya ada memberitahu perihal tawaran itu dan sangkanya Faliq menolak.
Encik Amin sandar ke kerusi.Faliq dia pandang.
"Mungkin inilah cara terbaik untuk Faliq dapatkan semangat balik.Lagipun ini peluang yang susah dapat jadi Faliq tak nak lepaskan peluang ni.Boleh buat pengalaman,"Faliq menguatkan lagi alasan.
"Tapi,"Puan Amalin tidak jadi meneruskan setelah tapak tangannya dipegang oleh suaminya.Encik Amin menggeleng.
Faliq hanya memandang hidangam pinggannya.Dia tidak berdaya mengangkat muka kerana pasti mamanya sedih dengan keputusannya.
"Pergilah,papa benarkan.Ambillah masa seberapa lama sekalipun.Bila dah sedia balik sini balik,"Encik Amin memberi kebenaran.

Puan Amalin terpaksa akur.Dia sedar,kata - kata suami dan anaknya ada benar.Mungkin ini cara yang Allah turunkan supaya Faliq kembali kuat.
Faliq mengangkat muka.Dia memandang mama dan papanya.Dia terus bangun dan bersalam dengan orang tuanya.

"Terima kasih mama,papa,"Faliq mencium tangan orang tuanya.Belakang tubuhnya diusap oleh mamanya.

???

Malam itu,langit ditaburi bintang - bintang yang bersinar terang.Faliq berbaring di pondok kecil yang dibina oleh papanya sambil merenung dada langit yang cantik.
Cantik memang cantik,tetapi hatinya tetap kosong.Sekilas,bayangan Annisa mengisi dada langit itu.Annisa yang sedang tersenyum cantik pada Faliq.Annisa yang manja namun tidak manja yang manis.

Keluhan terhembus perlahan.Faliq beristighfar dan membaca al - Fatihah buat arwah Annisa.

"Annisa,tenanglah kau dekat sana.Jaga diri baik - baik,"ucap Faliq.Linangan air mata keluar dicelah pupuk matanya.
"Hah!"sergah satu suara perempuan.Faliq segera mengusap matanya dan bangun dari baringnya.Matanya mencari siapa yang mengejutkan dia.
"Mengelamun jauh nampak,"tegur suara itu lagi.Faliq memandang tembok rumah yang memisahkan rumahnya dengan jiran sebelah.
"Lah,kau rupanya,"Faliq menggeleng.Adawiyah tersengih - sengih di balik tembok.
"Abang buat apa tu,ingat makwe eh?,"duga Adawiyah.Pertanyaan Adawiyah,anak jiran sebelah itu sedikit sebanyak mencuit hatinya.
"Mana ada,memandai je ni.Kau tu kecik lagi,"alih Faliq.
"Eleh,orang dah besarlah.Dah 17 tahun dah,tahun ni SPM tau,lepastu dah boleh kahwin tau,"balas Adawiyah selamba.Bibirnya dicebir.
"Gatalnya.Habiskan dulu SPM tu baru fikir lain.Lagipun nanti tak ada siapa nak kahwin dengan kau kalau SPM tak elok,"tegur Faliq.
"Tak ada orang nak,kahwin dengan abang jelah,"balas Adawiyah,penuh makna.Namun,jawapan Adawiyah membuatkan Faliq ketawa.
"Ah kau,buat lawak je,"sisa tawa Faliq masih kedengaran.Adawiyah membuat muka sinisnya.
"Yelah,gelak lagi,"Adawiyah juga turut tergelak.Mereka diam sekejap.
"Minggu depan,aku nak pergi jauh,"Faliq meluahkan rasa hatinya.Walaupun dia dan Adawiyah jauh beza 7 tahun dan sering bergaduh,namun Adawiyah rapat dengan dirinya sebagai jiran.Tambahan,papa dan mamanya sangat baik dengan orang tua Adawiyah.
"Jauh?Pergi mana?,"soal Adawiyah.Dia menggaru kepalanya.Rambut yang terjuntai di dahi ditolak kebelakang.
"Aku dapat offer kerja dekat UK.Aku terima,"Faliq membalas.
Berubah riak Adawiyah.
"UK?,"tanya Adawiyah.Faliq mengangguk.
"Lama ke?,"soal Adawiyah lagi.
"3 tahun je,tapi entahlah.Mungkin aku tak balik kut,"seloroh Faliq.Namun,itulah kata hatinya.
Adawiyah mahu menangis.Dia memang tahu apa yang menimpa pada Faliq,namun dia tidak sangka Faliq mahu pergi jauh.
"Okaylah bang,orang masuk dulu.Esok sekolah,assalamualaikum,"Adawiyah mahu masuk.Dia meninggalkan Faliq sebelum salamnya disambut.
"Walaikumussalam,awal betul.Baru pukul 8.30.Ingat nak ajak borak lagi,"Faliq berkata sendirian.

Dia kembali menatap langit malam sebelum turut juga masuk ke dalam rumah.

???

Seminggu sudah berlalu,kini tibalah hari kepergian Faliq.Semua barang sudah siap dan cuma tinggal untuk berangkat saja.
Faliq duduk di katil,kotak yang berisi segala kenangan dia dan Annisa dibuka.Surat - surat,kad - kad, dan hadiah pemberian Annisa dipandang dan disentuh.

"Aku nak pergi dah.Terima kasih untuk segalanya sepanjang perkenalan kita.Cinta kita,aku takkan lupakan,"Faliq menutup kembali kotak dan menyimpan dibawah katilnya.
Semalam,dia sudah menziarah kubur Annisa buat kali terakhir.Dia juga turut membersihkan kubur Annisa.

Faliq membula pintu bersama beg ditarik bersama,dia memandang biliknya.Lama,bilik itulah yang menyimpan segala luka,gembiranya.
Setelah berpuas hati,dia melangkah keluar.Menutup pintu rapat - rapat,meninggalkan segala memori buruk yang pernah terjadi.

"Dah siap?,"tanya Encik Amin.Faliq mengangguk.Mereka bergerak keluar untuk memasuki perut kereta.
"Hah,Faliq nak berangkat dah ya?,"tanya Encik Zikir,disebelahnya berdiri Puan Rozana.Mereka ini orang tua Adawiyah.
"Ya pakcik,makcik,"balas Faliq.
"Yelah,makcik dan pakcik doakan Faliq selamat tiba dan selamat balik nanti.Jangan nanti bawak bakal isteri minah salih sudah,"seloroh Puan Rozana.

Faliq hanya senyum simpul.Matanya memandang yang berdiri disebelah Puan Rozana,sudah seminggu kelibat gadis itu tidak kelihatan.Baru hari ini dia nampak.
Adawiyah mendekati Faliq.Dia tidak merelakan Faliq mahu pergi namun apalah dayanya.

"Selamat pergi dan selamat balik,semoga berjaya,"hanya itu yang terkeluar dari mulut Adawiyah.Faliq menepuk kepala Adawiyah perlahan.
"Okaylah,semua dah siap.Jom,"Encik Amin mahu memulakan perjalanan menghantar Faliq.
"Kami gerak dulu,"Puan Amalin meminta diri.Akhirnya,kereta milik Encik Amin semakin hilang.

Adawiyah masih berdiri disitu walaupun ibu dan ayahnya sudah masuk ke rumah.

"Selamat tinggal abang Faliq.Semoga selalu sihat,"doa dari Adawiyah titipkan buat Faliq.

'Selamat tinggal bumi Malaysia,Annisa,'bisik hati Faliq.

Tanpa dia sedari,dia telah meninggalkan sekeping hati yang sudah tersimpan buat dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience