BAB 6

Romance Completed 12714

Adawiyah pulang dari kerja petang itu.Dia melepaskan lelah setelah masuk ke rumah.Puan Rozana menghulurkan air kepada anaknya.

"Terima kasih ibu,"ucap Adawiyah.Dia meneguk air sirap pemberian ibunya.
"Pucat muka kamu ni.Kamu sakit ke?,"soal Puan Rozana.Gusar hatinya melihat wajah Adawiyah yang benar - benar pucat.
"Taklah ibu,penat sebab kerja je,"balas Adawiyah lemah.
"Kan ibu dah cakap,kerja kerja jugak.Kesihatan kena jaga,"bebel Puan Rozana.Dia merasa dahi anaknya.
"Ya Allah,panas ni.Jom kita pergi hospital,ibu telefon ayah kejap minta balik dari memancing,"Puan Rozana mahu menelefon suaminya namun ditahan oleh Adawiyah.
"Tak payah ibu,ubat ada.Adawiyah makan ubat je,"balas Adawiyah.
"Betul ni?,"tanya Puan Rozana.Adawiyah mengangguk.
"Adawiyah naik atas,nak mandi segarkan badan,"pinta Adawiyah.Dia bangun dan berjalan perlahan.Tiba - tiba,Adawiyah jatuh.
"Adawiyah,"jerit Puan Rozana.Dia menepuk - nepuk pipi Adawiyah yang sudah tidak sedarkan diri.

???

Adawiyah mula sedar.Dia kembali menutup mata kerana silauan lampu yang terang terus ke matanya.

"Adawiyah,"panggil Puan Rozana.Dia mengusap kepala anaknya.Disisinya berdiri Encik Zikir.
"Dekat mana ni?,"tanya Adawiyah.Dia cuba bangun namun badannya yang lemah menghalang dia dari bangun.
"Adawiyah baring dulu,badan lemah lagi tu,"suruh Encik Zikir.
"Awak tengokkan dia,saya panggil doktor,"Encik Zikir berlalu pergi.

Selang beberapa minit,doktor lelaki dan seorang jururawat perempuan datang untuk memeriksa Adawiyah.

"Macam mana awak rasa?,"tanya Doktor Iman.
"Saya rasa sakit kepala je,"balas Adawiyah.
"Biasalah tu,mungkin kesan ubat yang saya bagi tu.Melihat pada laporan,awak penat sebab awak stress dengan kerja,"kata Doktor Iman.Matanya membaca laporan ditangannya.
"Saya faham awak bekerjaya,tetapi awak kena ingat.Awak tidak boleh penat,dan inilah kesannya kalau awak penat.Dan paling membimbangkan,penyakit lama awak berulang lagi,"tegur doktor itu.
"Ya,saya tahu,"akur Adawiyah mengaku silapnya.
"Baiklah,kalau tidak ada apa - apa saya keluar dulu.Puan,tuan saya minta izin,"penuh hemah doktor itu meminta diri.
"Kan ibu dah cakap,doktor pun cakap benda yang sama.Degillah Adawiyah ni,"marah Puan Rozana.
"Adawiyah minta maaf dah susahkan semua orang,"Adawiyah menundukkan kepalanya.
"Bukan minta maaf dengan ibu ayah,dengan jiran sebelah sekali.Kalau tak ada Faliq,ibu tak tahu apa yang akan jadi,"Puan Rozana berterus - terang.
"Sudahlah,awak ni pun.Budak ni tengah macam ni,awak lagi nak marah dia,"Encik Zikir menghalang Puan Rozana lagi berterusan berleter.
'Faliq tolong aku?Dia tahu aku sakit?,'Adawiyah kembali lemah.
"Saya bukan marah,tapi saya geram.Anak kita susah nak dengar cakap kita,"adu Puan Rozana.
"Dahlah,Adawiyah rehat ya.Ibu ayah balik dulu,esok kami datang lagi.Kalau nak apa - apa panggil je nurse,"Encik Zikir mencium dahi anaknya.Adawiyah menyalam kedua orang tuanya.

Setelah kelibat ibu dan ayahnya hilang,Adawiyah kembali berbaring.Dia merenung siling atas bilik wadnya.

"Kenapa mesti dia?,"tanya Adawiyah.
"Ya Allah,janganlah Kau dekatkan dia kepada aku jika hanya untuk tersakiti lagi,"doa Adawiyah.

Puas berfikir,Adawiyah kembali terlelap.Tangannya dibiarkan terletak elok kerana saluran IV ditangannya.

???

Faliq duduk diluar malam itu.Kejadian tadi benar - benar memeranjatkan dia.Melihatkan Puan Rozana meminta tolong bersama tangisan membuatkan dia tersentuh.
Segera dia mengendong tubuh Adawiyah yang pengsan dan tidak bermaya tadi lalu membawa ke hospital yang berdekatan.

"Adawiyah dia ada penyakit,"Puan Rozana memulakan cerita setelah Adawiyah dimasukkan ke wad kecemasan.
"Dia menghidap leukemia.Sudah 3 tahun.Alhamdullilah sehingga kini Allah masih meminjamkan dia kepada makcik.Tetapi,penyakit Adawiyah tak kira waktu,bila - bila saja boleh menyerang,"

Penjelasan Puan Rozana benar - benar membuatkan Faliq terkedu.Membuatkan dia teringatkan Annisa.

"Terima kasih Faliq,tolong makcik.Kalau tak Faliq,makcik tak tahu nak minta tolong siapa,"Puan Rozana mengucapkan terima kasih.
"Tak apa makcik,saya ikhlas,"Faliq membalas.

Lamunan Faliq terhenti apabila kakinya digesel seekor kucing.Kucing milik Adawiyah.

"Kau sesat ke?,"tanya Faliq.Dia menggosok kepala kucing itu.Elok kucing itu duduk di atas riba Faliq.
"Tuan kau sakit teruk,kau rindu ya?,"Faliq berbicara dengan kucing itu.
"Meoww,"balas kucing itu.Seakan mengerti.
"Dia buat aku teringatkan arwah Annisa,"jujur Faliq mengatakan.Semakin kuat ingatannya pada Annisa.

Annisa juga pergi meninggalkan dia kerana penyakit. kronik.Kini,orang yang dia kenal turut mengalami hal yang sama.
Faliq hanya mampu mengeluh bila kenangan lama mengusik hatinya.

???

Adawiyah menolak stroller IVnya.Sengaja dia keluar bagi mengambil angin.Sudah 2 hari dia berada di dalam hospital.Sehingga kini,masih tiada tanda - tanda dia boleh pulang.
Doktor Iman kata darahnya masih tidak stabil.Entahlah,doktor lelaki itu memang suka dia ditahan disini rasanya.

Adawiyah kembali ke bilik wadnya setelah puas berjalan.Ubat sudah tersedia diatas meja.Dia menelan beberapa biji pil buatnya lalu meneguk air.
Pintu bilik diketuk.Adawiyah kembali menyarung tudung.Terjengul wajah Puan Amalin.Adawiyah tersenyum.

"Makcik,"Adawiyah mencium tangan orang tua itu.
"Sihat?,"tanya Puan Amalin.
"Macam nilah makcik.Dah okay tapi doktor masih tak benarkan balik,"adu Adawiyah.
"Biasalah tu,tak apa usha - usha doktor je sementara dekat sini.Kata doktor sini hansem - hamsem,"ajakan Puan Amalin membuatkan Adawiyah ketawa.

Tapi,memang benar disini doktor memang berdahi licin.Kalau tak kuat iman,boleh cair.

"Kejap,makcik nak pergi kafeteria jap,"Puan Amalin meminta diri.Adawiyah mengangguk.
Namun,pintu bilik kembali terbuka.

"Kejapnya makcik per..,"Adawiyah tidak jadi meneruskan kata -katanya apabila wajah Faliq kelihatan.

Suasana kelu.

"Makcik pergi kafeteria,"seakan mengerti,Adawiyah menjelaskan dimana Puan Amalin pergi.Faliq mengangguk.
"Masuklah,"ajak Adawiyah.Sangkanya,Faliq akan menolak namun meleset setelah Faliq duduk di sofa yang berhampiran.

Sunyi.Sehinggakan dentingan jam boleh didengari.

Faliq berdeham.Tidak tahan dengan suasana sunyi dan janggal itu apatah lagi Adawiyah.

"Terima kasih tolong saya.Ibu saya cakap,awak yang tolong dia bawa saya ke sini,"Adawiyah cuba memulakan perbualan.Perbualan setelah 6 tahun tidak bertegur sapa.
"Tak apa,saya ikhlas,"balas Faliq.Adawiyah hanya mengangguk.Faliq mengerling Adawiyah.

Mereka kembali senyap.Masing - masing tidak tahu ingin kata apa lagi.
Selang 5 minit,Puan Amalin kembali.

"Sampai pun,mama ingat Faliq sesat,"perli Puan Amalin.Ditangannya penuh dengan makanan.
"Adawiyah,ni makcik beli makanan sikit.Makan tau,makcik tahu makanan hospital tak sedap,"kasih Puan Amalin tumpah pada Adawiyah yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.
"Terima kasih makcik,buat susah je,"malu Adawiyah pada Puan Amalin kerana kebaikan orang tua itu.
"Tak ada apalah,makcik risau bila dengar Adawiyah kena tahan,"mulut Puan Amalin tidak berhenti bercerita.

Adawiyah hanya mendengar saja cerita - cerota yang dibual oleh Puan Amalin.Sesekali matanya mencuri pandang Faliq dan apabila mata mereka bertembung Adawiyah berpura - pura khusyuk bercerita.

Faliq menyembunyikan senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience