BAB 13

Romance Completed 12714

Adawiyah duduk dibuaian rumahnya.Kejadian semalam benar - benar membuat dia hilang arah.Dia memandang rumah jirannya.Kelihatan Puan Amalin berlari sambil menangis tersesak - esak.

"Kenapa ni makcik?,"tanya Adawiyah.
"Faliq,faliq accident,"Puan Amalin menangis sambil memegang telefon.
"Apa?,"Adawiyah merasakan dunianya seakan kelam.Dia berpaut pada tiang buaian rumahnya.
"Ibu ayah,"jerit Adawiyah.Dia menangis semahunya.Biarlah semua orang tahu dan bertanya.
"Ibu ayah," laung dia lagi.
Puan Rozana dan Encik Zikir berlari keluar setelah mendengar jeritan.Puan Rozana terkejut melihat anaknya sudah menangis bagai orang gila.
"Kenapa ni?Kenapa?,"tanya Puan Rozana.Dia melirik juga pada Puan Amalin yang turut menangis.
"Faliq,faliq ibu.Kita pergi hospital cepat,cepat,"arah Adawiyah.Encik Zikir segera mengambil kunci dalam rumah.Adawiyah segera memasuki perut kereta.Dia menangis semahunya.

Mereka terus bergerak ke hospital yang menempatkan Faliq sekarang.

???

Adawiyah berlari menuju ke wad kecemasan.Setelah diberitahu dimana Faliq berada,dia segera menuju ke wad yang menempatkan Faliq.

Dia ternampak Daniel disuatu sudut dengan muka kusut.Begitu juga Encik Amin,Haikal dan Puan Amalin yang tiba awal dari mereka.

"Faliq mana?Macam mana keadaan dia?,"tanya Adawiyah.
"Jawablah,"Adawiyah melenting.Daniel menunjukkan arah bilik Faliq.
"Masuklah,dia ada dalam tu,"jawab Daniel.

Adawiyah tiba di depan daun pintu wad yang bernama Faliq.Dengan lafaz bismillah dan semangat yang dia ada,dia memulas tombol pintu itu.

Hampir terjelapok Adawiyah disitu melihatkan keadaan Faliq.Tumpah lagi airmata dia.Kali ini lebih kuat dari biasa,tidak mampu lagi disimpan lagi.

"Ya Allah,kenapa kau duga aku macam ni?,"kata Adawiyah.Dia pergi ke arah Faliq dengan lambat.Tidak sanggup melihatkan Faliq yang kaku.

Wayar - wayar berselirat di badan Faliq.Wajah Faliq dipenuhi dengan bengkak namun masih terserlah kekacakan dia.Adawiyah menyentuh tangan Faliq.Sejuk!

"Maafkan saya Faliq,jangan buat saya macam ni,"rayu Adawiyah.

Dia menangis dan menangis lagi.Adawiyah mengambil tempat dikerusi yang disediakan.

"Maafkan saya,sebab kecewakan awak.Tinggalkan awak macam tu je semalam,maafkan saya,"ucap Adawiyah.Dia mengesat airmatanya.
"Awak tahu tak,rasa saya untuk awak tak pernah mati.Malah,sehingga kini perasaan itu tetap subur.6 tahun,awak perhi tinggalkan saya,walaupun saya masih budak sekolah ketika itu,saya mula sayangkan awak melebihi sebagai abang.Walaupun awak layan saya dengan kasar dan dah ada arwah Annisa,tak pernah sekali saya lupakan awak,"luah Adawiyah.Kenangan 6 tahun lepas berlayar di depan matanya.
"Kadang saya terfikir,kenapa saya sanggup dan masih sayangkan orang macam awak yang pernah kecewakan saya.6 tahun,bukan tempoh yang sekejap Faliq.Kalau orang lain dah kahwin dan ada anak,tapi hati saya masih tak terbuka untuk menerima lelaki selain awak.6 tahun Faliq,dan 6 tahun awak balik semula.Kiranya doa saya Allah makbulkan,"henti Adawiyah.
"Tapi,saya tak pernah berharap awak akan terima saya kerana pada saya,mungkin awak sudah ada pengganti arwah Annisa.Jujur,bila mama awak kata awak masih tiada pengganti,saya mula simpan harapan.Tapi,saya sedar diri.Saya ni wanita tak sempurna yang berpenyakit dan kalau berkahwin entah tidak mampu melahirkan zuriat.Saya gembira jumpa awak balik Faliq,sebab itulah doa saya siang dan malam.Tanpa henti,agar dapat jumpa awak sekali sebelum saya mati pun tak apalah,"Adawiyah menahan hatinya.Biarlah yang dengar itu jasad kaku Faliq,namun dia tahu Faliq mendengar dia.
"Bila awak cakap,awak nakkan saya.Saya rasa macam saya bermimpi.Saya rasa macam impian saya termakbul.Saya ingat saya dalam tidur dan bermimpi rupanya realiti.Tapi,yang realiti itulah membuatkan saya takut.Saya takut,kekurangan saya akan membuat awak tak yakin dengan saya.Melihatkan kesungguhan awak Faliq,jiwa wanita saya terharu.Saya terharu dan gembira awak akhirnya sedar rasa saya.Tapi,saya terpaksa fikir akibatnya sekira saya setuju.Awak akan merana,sebab itu saya tidak mempedulikan awak padahal saya amat peduli.Kesungguhan awak membuka hati saya sehingga saya sanggup tolak cinta dari Doktor Iman sendiri.Kata - kata nenek semalam dan luahan awak buat saya yakin,awak yang terbaik.Saya menunggu awak Faliq,jadi sedarlah Faliq,"rayu Adawiyah.

Faliq membuka matanya.Segala luahan yang diluahkan oleh Adawiyah didengari dia.Jatuh airmatanya melihatkan kesedihan yang ditanggung oleh Adawiyah.
Faliq membuka gas yang menjadi.Dia tidak kisahkan kesakitan yang dia rasakan saat ini.

"Jadi,awak terima saya?,"tanya Faliq.Dia cuba gagahkan diri agar bertahan.
"Faliq?Awak dah sedar?,"soal Adawiyah.
"Saya panggil doktor,"Adawiyah mahu pergi namun tangannya direntap oleh Faliq.
"Awak terima saya?,"tanya Faliq lagi.Adawiyah memandang Faliq.Airmatanya tumpah.Lantas dia mengangguk.
"Yahooooo,"jerit Faliq.Dia menepuk tangannya.Adawiyah memandang pelik.
Tatkala itu,semua masuk ke dalam bilik itu.Termasuk Puan Rozana,Encik Zikir dan Doktor Iman.
"Eh doktor?,"soal Adawiyah.Doktor Iman mengangguk.
"Kejap,apa semua ni?Daniel?Ibu?Ayah?,"tanya Adawiyah.Dia pening sekejap.
"Tanya Faliq,"suruh Daniel.
"Aku minta maaf,ni semua rancangan agar kau jujur dengan perasaan kau,"luah Faliq.
"Apa?Awak tipu saya Faliq?,"Adawiyah sudah memerah.
"Sabar Adawiyah,biar ayah jelaskan,"Encik Zikir bersuara sekian dari tadi berdiam.
"Cukuplah menipu diri Adawiyah,kebahagiaan sudah ada depan mata.Kenapa nak persoalkan lagi?Cukuplah rasakan diri kamu tak berguna,jangan lukakan lagi hati kamu anakku.Faliq datang jumpa ibu dan ayah dengan keluarga meminang kamu.Terimalah sayang,ayah mahu kamu bahagia sayang,"jelas Encik Zikir.

Adawiyah terdiam.Luahan hati ayahnya membuat dia terharu.

"Betul tu sayang.Ibu tahu kamu mahukan kebahagiaan ini.Tapi kamu takut.Sayang,tiada kebahagiaan tanpa risiko sayang.Memang betul kamu memikirkan hal orang lain,kamu mahu buat orang lain bahagia tanpa tersakiti.Tapi,cukuplah setakat ini.Ini bahagia kamu sayang,gapailah.Hati ibu terluka melihat kamu berpura - pura lagi,"Puan Rozana mengusap wajah anaknya.Adawiyah menangis lagi melihatkan syahdunya wajah ibunya yang penuh pengharapan.
"Ibu,ayah.Maafkan Adawiyah banyak menyusahkan kalian,"Adawiyah memeluk kedua orang tuanya.Puan Amalin menyapu airmatanya.
"Faliq,"panggil Encik Zikir.Faliq memandang lelaki itu.
"Jagalah anak pakcik seadanya dia.Terimalah dia,susah senang dia.Kalau suatu hari nanti,kamu tak mahukan dia,pulanglah kepada kami dengan cara paling baik seperti mana kamu ambil dia dari kami.Pakcik harapkan kamu,"nasihat Encik Zikir,luahan hati seorang ayah.Faliq mengangguk.

???

Adawiyah ditinggalkan berdua dengan Faliq.Dia memeluk tubuh.Mengharapkan jawapan.

"Ada apa - apa nak dijelaskan.Kalau tak ada saya nak balik,"Adawiyah segera bangun melihatkan Faliq terdiam.Tangannya direntap membuatkan Adawiyah terduduk di atas katil.Berdepan dengan Faliq.
"Aku cintakan kau,Adawiyah,"ucap Faliq,penuh tulus.Adawiyah memandang sayu.
"Tapi awak jahat dengan saya,awak lukakan hati saya.Awak buat saya takut,"bibir dia halang dengan jari Faliq.
"Maafkan aku,berilah aku peluang untuk tebuskan salah aku.Berilah aku peluang bahagiakan kau dan lindungi diri kau.Berilah aku peluang untuk hidup dengan kau,"rayu Faliq.
Adawiyah terdiam.Kali ini,biarlah dia yang bersuara.Dia memegang pipi Faliq yang dari tadi menunduk.
"Betul awak akan cintakan saya?Terima saya walaupun saya akan sakit,rambut gugur sekalipun?,"tanya Adawiyah sekali lagi.
"Pandang mata aku,kau akan dapat jawapan,"kata Faliq.Adawiyah membalas renungan Faliq.

Akhirnya dia tersenyum.Senyum yang hanya Faliq mengerti.

"Awak,"panggil Adawiyah.Faliq memandang Adawiyah.
"Saya,Adawiyah sangat cintakan awak,Faliq.Sudikah awak terima saya?,"lamar Adawiyah.

Faliq ketawa.Dia mengangguk.

'Terima kasih Ya Allah,'ucap dua jiwa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience