BAB 3

Romance Completed 12714

6 tahun berlalu...

Suara yang memberi pemberitahuan bergema kuat di KLIA.Ramai pengunjung berada di situ.Ada yang mahu pergi melancong,tidak kurang juga ada pelancong luar yang datang ke Malaysia untuk bercuti.

Susuk itu berjalan dengan penuh gaya yang memukau mata yang memandang.Dengan cermin mata hitam dan berjaket kulit,mampu menarik mana - mana wanita untuk memandang dua kali.

Faliq mencari orang yang menanti dirinya.Matanya melilau sekeliling kawasan KLIA mencari ahli keluarga yang tercinta.Walaupun pernah pulang sekali itupun 6 tahun lepas,tetapi kali ini dia balik terus.

Akhirnya,matanya tertumpu pada apa yang dia cari.Mulutnya terukir senyuman lebar.Segera dia menuju ke arah keluarganya.Tubuh Puan Amalin dan Encik Amin dia dakap erat.Adiknya,Haikal juga dipeluk.

"Mama,papa,Haikal sihat?,"tanya Faliq.
"Sihat,kami sihat alhamdullilah.Kamu?,"tanya Encik Amin.
"Sihat juga,"balas Faliq.
"Mama rindu Faliq,rindu sangat,"Puan Amalin kembali memeluk anaknya.Airmatanya menitis segera diusap oleh Faliq.
"Faliq dah baliklah mama,kali ni balik terus hah,"pujuk Faliq.
"Mama ni abang,tak habis - habis menangis.Sebut je abang, menangis,"adu Haikal.

Faliq hanya ketawa kecil.

"Dah dah,jom balik.Apa buat drama tak berbayar dekat sini,"seloroh Encik Amin.

Mereka bergerak meninggalkan kawasan penerbangan itu.Faliq memeluk bahu orang tuanya.Rindunya terlunas sudah.

???

"Banyak betul berubah KL ni,dulu tak macam ni.Sekarang dah macam UK pun ada,"kata Faliq dalam kereta.Matanya rancak melihat sekeliling setiap kali kereta yang dipandu Encik Amin melalui kawasan baru.
"Tulah,duduk jauh - jauh lagi.Kan dah culture shock tengok negara sendiri,"ejek Haikal.Matanya menghadap telefon ditangannya.Kadang bibirnya meleret senyum.
"Hah,kau ni senyum - senyum ni text dengan siapa?,"tanya Faliq.Haikal terus berhenti menaip skrin telefonnya.Faliq merampas telefon adiknya.
"Sara?,"soal Faliq.Dia tersenyum sinis.Haikal membuntang biji matanya.
"Apa kau ni bang,mana ada?Tu Salimlah,"bantah Haikal.Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket setelah berjaya mengambil dari Faliq.
"Ye ye je Salim,aku tak buta lagi.Tulis Sara tadi.Mama,anak mama dah ada makwe ni,"Faliq sengaja berkata kuat.Haikal sudah memerah.
"Mama tahu dah,adik kamu ni memang.Penat dah mak bebel,"balas Puan Amalin.
"Ingat,SPM tahun ni.Bercinta,bercinta juga,"ingat Faliq.Haikal hanya tersenyap.Tahu silapnya.
"Okay,kita dah sampai,"kata Encik Amin.Dia memakir kereta.Faliq keluar dari perut kereta.Masih lagi sama,yang berubah cuma landskap yang diubah suai agar lebih cantik.
'Ya Allah,rindunya,'hati Faliq berbisik.
"Cantiknya mama,mama reka ke halaman ni?,"tanya Faliq.Halaman rumah itu dipenuhi bunga - bunga yang ditanam dengan baik.
"Aah,tulah dah 6 tahun tak balik,semua tak tahu,"balas Puan Amalin.Faliq tersengih - sengih sambil menggaru kepalanya.
"Sibuk kerja ma,"ujar Faliq.
"Dah jom masuk,mama nak panaskan lauk.Lepastu kita makan,"ajak Puan Amalin.

???

Faliq melangkah masuk ke dalam biliknya.Bilik yang dia tinggal lama.Lama untuk 6 tahun,tetapi masih bersih.Pasti mamanya yang bersihkan walaupun tidak berpenghuni.
Barang - barangnya sudah dibawa naik,tinggal hendak dikemaskan saja.Biarlah,malam ini dia mahu rehat dulu.
Dia duduk diatas katilnya,masih lagi empuk seperti biasa.

Tiba - tiba,kakinya tersepak sesuatu dibawah katil.Dia menrik keluar kotak yang berhabuk.Dilap sedikit.Lama Faliq merenung kotak sebelum bertindak membuka penutup.
Kenangan lama mula menggamit hatinya.Kenangan 6 tahun lepas yang membuat dia pergi jauh dari Malaysia.Bingkai gambar yang mempunyai wajah Annisa diambil dan ditatap.Faliq mengusap perlahan.

Jika Annisa masih hidup,pasti kini mereka sudah melayari bahtera bersama.Dan mungkin juga,mereka sudah mempunyai cahaya mata yang menjadi penyeri hidup mereka,itulah yang difikir oleh Faliq.

Namun,ketentuan Allah melebihi perancangan mereka.Annisa kembali menghadap Tuhan Yang Satu.Kecewa,usah diucapkan.Tetapi,itulah fitrah kehidupan.Yang hidup pasti mati.

Doa untuk arwah Annisa tidak pernah Faliq lupa titipkan.Sepanjang dia di UK,tetap juga dia ingati walaupun luka dihati semakin sembuh.
Hasil kekecewaan itulah,yang menjadikan dia Faliq Iskandar yang baru.Yang lebih tabah namun tegas.

"Aku dah balik Annisa,kali ni aku takkan lari dari semua ni.Mungkin impian kita dah lama terkubur,tetapi kau tak pernah aku lupa.Aku pun berharap kau begitu,"kata Faliq sendirian.Seolah Annisa mendengarnya.

Kotak itu kembali ditutup,dan kali ini Faliq meletakkan diatas almari.Kotak itu perlu kembali ke tempat asalnya.Faliq meraup mukanya.Dia menuju ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

???

Encik Amin menyisip kopi panas yang dibuat oleh isterinya.Faliq mengambil tempat di sebelah papanya.Sudah lama mereka tidak berbual bersama.

"Malam ni mungkin hujan,"mula Encik Amin.Faliq hanya mengiakan.
"Macam mana UK?,"tanya Encik Amin.
"UK okay,seronok tetapi tak seronok seperti di Malaysia,"jujur Faliq membalas.Hujan emas di negera orang,hujan batu di negera sendiri,itulah pepatah yang sesuai.Pergilah kemana,pasti negara asal menjadi pilihan.
"Baguslah,papa harap kamu semakin tabah.Hidup memang sukar,tetapi sekiranya kita sabar Allah sudah menjanjikan kebahagiaan yang kita mahukan,"nasihat Encik Amin.Penuh mendalam tetapi senang difahami.
"Betul tu pa,"Faliq merenung setiap baik kata yang diluah oleh papanya.Mereka akhirnya hanya duduk sebelum Encik Amin meminta diri mahu masuk tidur.

???

Faliq menghempas tubuhnya ke atas katil.Nyaman sungguh.Dia mengiring ke kiri ke kanan.Ya,serupa pesakit mental.Dia akhirnya duduk.
Dia melangkah ke balkoni,cuba mengambil angin malam.Nasib baik angin tiup manja - manja gitu.Sedikit lagi hujan bakal turun.

Sedang matanya melilau memandang sekeliling,matanya tertancap pada susuk tubuh wanita jiran sebelahnya.Wanita itu baru keluar dari kereta,barangkali baru pulang dari kerja.

"Rumah jiran ni dah tukar orang ke?Dari tadi bergelap?Perempuan tu orang baru ke?,"pelbagai pertanyaan mengundang di benak Faliq.

Wanita itu masih di halaman rumahnya.Dia duduk sebentar di buaian miliknya,dan memandang dada langit.Dia menumbuk - numbuk bahunya yang kepenatan.
Seekor kucing gebu berwarna coklat datang padanya dan menggesel - gesel di kakinya.Wanita itu mengangkat dan mencium.Dia bermain sebentar dengan kucing gebu,
Faliq cuba mengintai wajah wanita itu sebaik mungkin.Entah mengapa,wajah itu seakan mengingatkan dia pada seseorang yang pernah rapat dengannya dulu.

Wanita itu akhirnya masuk ke dalam rumah setelah meletakkan kucing miliknya ke dalam sangkar.Faliq masih memandang rumah jirannya itu.
Hatinya seakan menarik untuk mengetahui siapa gerangan wanita itu.Penat berfikir,dia melangkah masuk untuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience