BAB 12

Romance Completed 12714

Seperti yang dijanjikan,hari untuk menemani Faliq telah tiba.Pagi itu,Adawiyah termenung jauh.Rasa ingin dibatalkan saja namun sudah terlambat.Lagipun,tentu tidak manis.Sudah berjanji tetapi tidak ditepati.

Ibu dan ayahnya pagi - pagi lagi sudah keluar.Adawiyah tidak pula bertanya.Biarlah mereka meluangkan masa pula hujung minggu ini.
Adawiyah membuka pintu almarinya.Tangannya ligat menyelak satu - persatu baju yang dia ada.Dia juga mengayakan satu persatu didepan cermin.Akhirnya,dia memilih sepasang baju dress biru yang seakan - akan jubah namun masih mengekalkan ciri dress.

Dia segera mandi memandangkan sudah pukul 11 pagi.Sesudah itu dia menggosok bajunya yang telah dipilih.

"Pucat je aku ni,pakai make up sikitlah.Lagipun dah lama tak pakai,"Adawiyah cuba mempraktikkan kembali cara pemakaian solekan yang pernah diajar oleh rakannya semasa di universiti dulu.

Dimulakan dengan mata,dia memakai celak sikit saja.Maskara diambil bagi membentuk bulu matanya.Pipinya dilayah sedikit dengan pemerah berwarna merah jambu namun tidak ketara.Sekadar menaikkan seri.Gincu merah namun tidak menyala dipilih.Ringkas namun seri gadisnya kelihatan.

Adawiyah kelihatan sangat lain seperti biasa.Bukan hari biasa tidak cantik,tetapi entah mengapa hari ini dia mahukan kelainan.
Sesudah siap,dia mengambil tas tangannya dan menuju ke muka pintu.Pintu rumah dikunci rapi.Faliq sudah menunggu di luar pagar dengan sabar.

Adawiyah membuka gril rumahnya.Faliq memandang arah lain terpaku bila matanya memandang Adawiyah.Adawiyah melambai - lambai tangannya di depan Faliq.

"Jomlah,"ajak Adawiyah.Dia segera memasuki kereta.Faliq segera bergerak menuju ke tempat majlis perkahwinan.
"Awak dah lama ke kenal dengan Tuan Hassan tu?,"Adawiyah cuba menghilangkan kesunyian dengan mengajak Faliq berborak.
Faliq yang bercermin mata hitam dipandang.Dia meneliti segenap ruang wajah Faliq.Baru dia perasan baju mereka sama warna.
'Eh,baju dia sama.Ah sudah,'hati Adawiyah berbisik seorang diri.
"Lama,dia kenalan papa aku.Kira macam business partnerlah,"jelas Faliq.Dia perasan mata Adawiyah memandang dia.
"Kenapa awak tak kerja dengan papa awak?,"tanya Adawiyah lagi.Ringan saja mulutnya bertanya itu ini.
"Sebab aku tak suka bergantung pada orang lain.Lagipun aku nak bakal isteri aku nampak aku mampu berpijak dengan kaki aku sendiri,bukan makan duit parents,"perkataan bakal isteri Faliq tekankan sedikit.
"Ouh,"hanya itu yang keluar dari mulut Adawiyah.Mati sudah keinginan untuk bertanya lagi.

Sudahnya dia hanya memandang luar jendela.Lagu - lagu dicorong radio menjadi penyeri kereta itu.

???

Mereka memasuki hotel yang menjadi tempat perkahwinan Tuan Hassan berlangsung.Meriah,kehadiran tetamu mula ramai dari meraikan hari indah pasangan mempelai.

"Hah,datang pun,"suara lelaki tua menyapa Faliq.Faliq menyalam dan memeluk lelaki tua itu.
"Mama dan papa kirim salam.Diorang tak dapat datang,"jelas Faliq setelah ditanya mana orang tuanya.Setelah dijemput mereka mencari tempat kosong.Faliq memilih sudut hujung.

Mata Adawiyah tidak lepas memandang dekorasi yang digubah indah.Karpet merah ditaburi mawar putih menghiasi sepanjang jalan pengantin.Dipelamin pula banyak menggunakan tema kristal dan bunga.Warna merah dan putih menjadi latar belakang pelamin.Bunga - bunga mawar yang segar berwarna putih dan merah dibiarkan berselerakan.

"Cantik,"puji Adawiyah.Bibirnya tidak puas menguntum senyum.
"Kau nak wedding macam ni ke?,"tanya Faliq.Adawiyah menoleh,dia hanya tersenyum.
"Saya hanya mampu berimpian,"luah Adawiyah.Faliq terdiam.
"Suami isteri ke?,"tanya seorang nenek tua yang duduk di atas kerusi roda.
"Hah?Eh taklah nek,kawan je,"balas Adawiyah.Faliq yang kedengaran memandang nenek tua itu.
"In shaa Allah nek,doakan dia bakal isteri saya,"Faliq berkata.Adawiyah menoleh ke arah Faliq.Dia mengerutkan dahi.
"Amin,alhamdullilah.Pandai anak pilih,lawa dan sopan.Cepatlah bernikah.Nenek teringat zaman dulu,arwah suami nenek.Macam kamu,sanggup terima nenek yang serba kekurangan,"nenek itu memulakan cerita.Adawiyah dan Faliq hanya mendengar.
"Dulu,nenek ingat nenek akan mati dulu sebab nenek hidap penyakit hati.Tapi,kuasa Allah Maha Hebat,dia datangkan arwah suami nenek yang sanggu berkahwin dengan nenek tanpa kira kekurangan nenek.Sangka nenek,nenek akan mati dulu.Tapi,Allah bagi peluang dekat nenek hidup dengan suami nenek selama 40 tahun lamanya.Mulanya nenek tak yakin dengan semua ini,tapi siapalah nenek hendak menolak rahmat Allah,"cerita nenek itu.Nenek itu mengambil nafas sebelum kembali terus bercerita.
"Manusia telah berjanji,setiap yang hidup pasti mati.Arwah suami nenek pergi menghadap Allah 3 tahun lepas,dia tinggalkan nenek tapi cinta dia tetap subur dalam hati nenek.Nenek tak pernah sedih dia pergi tetapi nenek bersyukur sebab Allah pinjamkan rahmat dia pada hamba seperti nenek.Kini,nenek berharap dia tunggu nenek disana dan menuju syurga Allah bersama.In shaa Allah,"akhiri nenek itu.
Adawiyah menyeka airmatanya.Jujur,kisah nenek itu menyentuh hati dia.Nenek itu hanya tersenyum melihat Adawiyah menangis.
"Kenapa menangis anak muda?,"tanya nenek itu.
"Haha,tak nek.Cerita nek,saya rasa cinta nenek suci sangat.Zaman sekarang manusia anggap cinta itu tak bermakna,"Adawiyah memberi alasan.
"Cinta ibarat benih.Kalau kita pandai jaga,dia akan tumbuh dengan baik,in shaa Allah,"nenek itu berkata.Adawiyah mengangguk.
Faliq juga tersentuh dengan cerita nenek itu.Andai saja Adawiyah mengerti dia juga begitu.
Mereka makan makanan yang disediakan.Ketibaan mempelai di iringi dengan anak kecil lelaki dan perempuan yang comel memaut lengan antara satu sama lain.Adawiyah menepuk tangan dan mengukir senyuman.

'Tak apalah kalau aku hanya mampu berangan,'tangis hati Adawiyah.

Pelamin bergerak ke pelamin mereka.Aktiviti menepung tawar seperti biasa dijalankan.

Setelah terlalu leka dengan keindahan didepan mata,Adawiyah menoleh Faliq disebelahnya.Kosong!

"Mana dia ni?,"tanya Adawiyah.
"Lagu ini saya tujukan buat pengantin yang saya kenali.Atiqa,semoga berbahagia,"ucap Faliq.Pengantin perempuan bernama Atiqa itu menepuk tangan buat Faliq.

Resah hatiku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktuku
Tenang jiwaku
Bila kau disisi
Dalam dakapanmu
Buatku mati
Jauh
Kumenunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Kuberharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku
Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidupku
Lemah langkahku
Mendengar suaramu
Laju jantungku
Bila menyentuhmu
Jauh
Kumenunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Kuberharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku
Jauh
Kumenunggu
Biar ketahuanmu
Disiniku merindu
Jauh
Kuberharap
Kembali kau padaku
Akhiri penantianku

Faliq membuka matanya.Dia berharap agar Adawiyah mengerti perasaan dia melalui lagu itu.

"Terimalah dia,dia sangat cintakan kamu,"kata nenek tua tadi.

Adawiyah hanya mampu terkedu.

???

"Terima kasih,"ucap Adawiyah.Dia keluar dari kereta Faliq.

Sepanjang perjalanan pulang,mereka hanya senyap.Adawiyah melayang fikirannya entah kemana.

"Susah sangat ke kau nak faham,Adawiyah Zikir?,"jerit Faliq tiba - tiba.Dia sudah tidak mampu bersabar lagi.
Adawiyah menghentikan langkahnya.Dia terkejut dengan jeritan Faliq.Namun,tidak juga dia menoleh.
"Kenapa?Kenapa kau seksa aku Adawiyah?Kenapa?,"laung Faliq lagi.Dia pergi ke depan Adawiyah.Memandang Adawiyah dan mengharapkan penjelasan.
"Sebab aku cinta kau,sebab itu Faliq.Sebab itu,"luah Adawiyah.Pecah sudah empangan airmatanya.
"Sebab aku cintakan kau,tapi aku tak berdaya nak lunaskan cinta aku.Sebab aku cintakan kau aku sedar diri aku,aku tak layak untuk orang yang sempurna seperti kau.Sebab aku cintakan kau,aku takut nak hidup dengan kau tetapi aku nak hidup dengan kau.Sebab aku cintakan kau,kau cintakan aku tapi aku takut kalau kau tinggalkan aku sebab aku tak sempurna,"luah Adawiyah.Biarlah hari ini Faliq tahu apa yang dia pendam.
Faliq sendiri sakit melihat Adawiyah menangis sebegitu.Dia terkelu dengan luahan Adawiyah.
"Kenapa kau fikir sampai macam tu pada aku?Kau fikir aku sampai sekejam itu?Adawiyah Zikir,aku terlampau cintakan sampai aku takut aku yang tak mampu membahagiakan kau.Tapi,aku tekadkan impian aku,nak hidup bersama kau,"Faliq menyedarkan Adawiyah.Dia memegang bahu Adawiyah.
Adawiyah menggeleng dan cuba melepaskan diri.Faliq lebih bijak,dia menarik Adawiyah dalam dakapan.
"Lepaslah,nanti orang nampak,"Adawiyah meronta.
"Biar,aku sanggup tanggung risiko,"ucap Faliq.
"Degupan jantung aku sekarang,hanya kerana kau ada dengan aku Adawiyah.Kalau kau tak ada,mungkin jantung aku terus berdenyut tetapi berdenyut tanpa makna,"luah Faliq.Dia melekapkan kepala Adawiyah ke dadanya.

Adawiyah menitiskan airmatanya.Kedengaran esakan tangis.Adawiyah meninggalkan Faliq disitu keseorangan.
Masuk saja ke dalam,Adawiyah meraung sepuas hatinya.Dia memukul - mukul dadanya kerana kesakitan yang terlampau.
Faliq mendengar esakan tangis Adawiyah tidak betah berada disitu.Dia segera memandu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience