BAB 14

Other Series 1310

Sedang aku berjalan menuju kantin. Seseorang menarik tudungku hingga kelihatan rambut. Aku membetulkan tudungku pantas. Emir and the geng gengs mengelilingi aku. Mereka menarik aku hingga ke belakang bangunan sekolah. Aku cuak. Kerana mereka sangat ramai. Lebih dari sepuluh orang.

"Emir! Kau nak apa hah?!" Soal aku.

Emir memegang wajahku.Aku mengelak. Emir mengarahkan gengnya membawaku hingga ke bilik sukan. Mereka menolakku hingga aku terbaring. Aku memeluk tubuhku dan kakiku. Aku menangis ketakutan.


"Pegang tangan and kaki dia." Arah Emir.

Enam orang memegang badanku. Enam orang lagi menjaga pintu. Dan seorang membuka tudungku. Emir membuka baju. Begitu juga tali pinggangnya. Aku kini tidak lagi bermaya untuk memprotes. Yang aku mampu hanya menangis, berdoa dan berharap sahaja.


"Kau memang mudah jatuh di tangan aku.." Ujar Emir.

Air mata ini mengalir sahaja. Tiada siapa mendengar tangisan aku. Bantulah hamba-Mu ini, Ya Allah.

Tubuhku hampir diratah oleh Emir. Dan saat Emir baru sahaja hendak meratah tubuhku, cikgu disiplin pun tiba. Lima orang guru tiba di waktu yang sama.

"Kamu semua buat apa ni?!" Soal cikgu disiplin.


"Semua keluar!" Arah cikgu.

Kesemua mereka keluar kecuali aku. Aku menangis tanpa henti. Cikgu Elee memeluk aku. Aku memakai tudung. Kami ke pejabat. Cikgu Elee menelefon ayah dan mummy. Ayah dan mummy tiba. Mummy memeluk aku yang sedang menangis. Manakala ayah masih berdiri cuba mengawal amarahnya.

"Cikgu, saya nak budak yang buat tak senonoh kat anak saya tu menerima balasan setimpal." Ujar ayah.


"Kita tunggu ibu bapa kepada Emir datang dulu ye." Ujar Cikgu Elee.

Ibu bapa Emir pun datang. Bapa Emir menampar kuat pipi anaknya itu. Kami hanya menyaksikan itu berlaku.

"Tuan dan puan minta bertenang." Pinta Cikgu Elee.


"Emir! You dah malukan nama papa! You tak layak jadi CEO CG Holding! You're not deserve it!" Ujar Tan Sri Enid Isaac.


"Kalau I tak layak? Then, siapa yang layak?" Soal Emir dengan senyuman sinis.


"Well, I can give it to anyone who deserve it." Jawab Tan Sri Enid Isaac.


"Tan Sri, saya nak Emir minta maaf pada anak saya. Anak saya boleh terima macam-macam risiko." Ujar ayah.


"So, now you nak anak I mintak maaflah kat anak you?" Soal Tan Sri Enid Isaac dengan lagaknya.

Ayah mengangguk.


"You tak sedar ke? Anak you ni macam mana dulu?" Soalnya.

Ayah memandang ke arah aku. Aku
menggeleng laju. Ayah kembali memandang ke Tan Sri Enid Isaac.

"Jadi, macam mana Che Nur Dania Arissa yang awak kenal dulu?" Soal ayah kembali.


"Well, siapa yang tak kenal anak perempuan you? Perangai, pemakaian and cara hidup dia. Pakai baju tak cukup kain, suka cuba benda like a merokok, hisap dadah and ponteng kelas. And Dania Arissa yang saya kenal, suka bersosial, suka kawan dengan budak nakal,suka post gambar yang ghairah kat media sosial. Jadi tak hairanlah kalau anak saya nak ehem Arissa. Betul tak?" Ujarnya.

Ayah ke arahku. Ayah menarik lenganku. Kini giliran aku ditampar.


"Che Nur Dania Arissa binti Che Danny, lepas ni jangan pijak kaki lagi ke rumah aku. Kau boleh berambus dari rumah aku. Aku tak nak ada anak macam kau dalam keluarga aku." Ujar ayah.

Aku melutut.Aku memegang kaki ayah. Air mata ini semakin lebat. Mummy cuba menghalang aku dari memegang kaki ayah.


"Ayah.... tolonglah.. Ayah... Rissa tak de tempat nak bergantung lagi.. Rissa.. dah tak macam tu.... Rissa tak merokok dah..... Ayah.. percayalah.. Dulu... Rissa tak de hala tuju ayah.. Rissa... Rissa tak seolah tak de agama..... Rissa tak pernah kenal pun siapa itu Allah... Rissa tak kenal pun siapa itu Rasulullah.. Rissa tak tahu pun apa itu Al-Quran.... Maafkan Rissa...ayah..." Beritahu aku.

Ayah menarik aku bangun. Ayah memeluk aku. Air mata ayah turut mengalir.


"Jom, kita balik ae... Ayah minta maaf... Khilaf ayah sebab tak dedahkan kepada Rissa agama Islam." Ujar ayah.

Kami pulang ke rumah. Ketika itu, kami amat hiba. Dengan turunnya hujan saat itu. Membuatkan kami dihimpit rasa pilu. Hujan yang menjadi saksi air mata kami berciciran jatuh.

*************************************
(((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))
*************************************

Belum tamat lagilah.. Jumpa di bab akan datang ye...Sorry lambat updated bab baru...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience