BAB 12

Other Series 1310

Ketika kami berjoging, Abang Aqil mengajak aku berbual. Aku pun layankan jelah.


"Arissa, dulu waktu duduk dengan ibu. Rissa happy tak? Yelah, kan jadi anak tunggal." Ujar Abang Aqil.

"Hmmm... Abang.. macam mana abang boleh jadi anak angkat ayah?" Soal aku.

Aku cuba mengelak dari menjawab soalan yang diajukan oleh Abang Aqil.


"Oh.. dulu.. mak dengan baba abang accident. Waktu tu umur abang baru 8 tahun. Daddy ni kawan baik baba. Mulanya daddy nak hantar abang ke rumah anak yatim macam yang disuruh baba kalau dia meninggal. Tapi, daddy kesian. Jadi, daddy pun jadikanlah abang ni anak angkat dia." Cerita Abang Aqil.


"Ooo..." Respon aku.


"Rissa sekolah apa? Agama atau menengah biasa." Soal Abang Aqil.


"Sekolah menengah biasa je." Jawab aku.


"Oh.. Abang pun sekolah menengah biasa dengan Abang Daiyan. Abang Dadeeth je sekolah tahfiz dulu. Sekarang dah kolej. Daiyana... mummy kata mungkin sekolah tahfiz jugak." Ujar Abang Aqil.


"Kenapa Abang Aqil dengan Abang Daiyan tak sekolah tahfiz?"


"Sebab kita orang tak nak." Jawab Abang Aqil jujur.


"Oh.."

"Aqil! Arissa! Cepatlah jom balik! Kita nak kena pergi beli baju sekolah ni!" Panggil mummy.


"Baju sekolah sapa, my?" Soal Abang Aqil.


"Baju sekolah Arissa lah. Arissa kan tak de baju. Dah nak start sekolah dah ni." Jawab mummy.

Kami pulang setelah membeli baju sekolah aku. Bila dah pulang ke rumah sahaja, semua mandi lalu mereka pun tidur berjemaah di bilik Abang Dadeeth kecuali Mummy, aku dan Mak Suri. Of cause lah mak Suri tak tidur. Mak Suri bukannya ikut. Mummy membancuh susu untuk Daiyana. Mak Suri sibuk memasak makanan tengahari. Padahal baru pukul 11:50 pagi. Manakala aku pula sedang menonton televisyen. Hendak keluar, tetapi apalah yang kawan aku akan kata. Mesti mereka juga kurang senang dengan pemakaian aku.

Hmmmm..~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
______________________________________
-------------------------------------------------------------
______________________________________
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JUMPA LAGI... DI BAB 13.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience