BAB 6

Other Series 1310

Aku kini berada di satu tempat. Satu tempat yang amat cantik. Satu suara menegur aku.

"Arissa.... mari ikut saya.." Kedengaran suara itu mengajak aku.

Aku mengikut suara itu hingga di satu tempat yang menyeramkan. Suara itu tidak lagi kedengaran. Aku memusingkan kepalaku. Kelihatan ibu, Ariss, geng motor dan rakan-rakanku melambai aku. Mereka hendak menolak aku. Aku terjatuh. Dan aku masih bertahan untuk tidak terjatuh ke dalam gaung. Aku memegang satu dahan pokok kecil yang ada di situ. Namun seorang gadis seusia aku menarik kembali tanganku.

"Arissa, marilah ikuti saya ke tempat yang tadi. Tinggalkanlah mereka jika mereka membawa pengaruh buruk pada awak. Tinggalkanlah mereka dan beradalah di jalan Allah." Ujar gadis itu.

Gadis itu menarikku. Namun aku berdegil tidak mahu. Aku menarik tanganku. Gadis itu menangis. Dia perlahan-lahan meninggalkan aku.

"Arissa, bangunlah..." Kejut ibu.

Aku tersedar. Aku terkejut. Dahiku yang berpeluh, aku lap menggunakan tangan. Aku melihat ibu mengusap rambutku. Seorang lelaki yang aku tidak kenali ada di dalam bilikku.

"Kenapa dia ada dalam bilik Rissa?" Soal aku.


"He is my client,Rissa." Kata ibu.


"So, tak pelah dia dalam bilik anak ibu ni. Client is client ibu. He is not our family. So, why he in my room?" Ujar aku.

"Rissa, please hormat our client!" Marah ibu.


"Honey, it's okay. I'm fine." Ujar lelaki itu.

"Honey? Why you call her honey? She is not your wife. My father not call her honey. So, why you call her honey?" Ujar aku tidak puas hati.


"Dania Arissa! Kenapa you kurang ajar sangat ni?!" Soal ibu.


"Sebab ibu menduakan ayah!" Jerit aku.


"Ayah pun curang dengan ibu. Ayah dah nak kahwin dengan orang lain, Rissa. Ibu dan ayah tak nak bagitahu Rissa sebab kita orang tak nak Rissa stres."Ujar ibu.

"Ayah boleh kahwin empat. Tapi ibu boleh kahwin dengan sorang je. Jadi, ibu nak cerai dengan ayahlah." Rumus aku.


"Why not? Rissa ikut ibu ae. Ibu akan jaga Rissa. Kita tinggalkan ayah." Ujar ibu dengan senyuman.


"No. Rissa tak nak family kita berpecah." Tolak aku.


"Rissa tak sayangkan ibu ae?" Soal ibu.


"Rissa sayang ibu. Tapi, ibu lagi sayangkan lelaki ni daripada Rissa." Jawab aku.


"Call he daddy." Suruh ibu.

"Why? You are not marry with him yet." Degil aku.

Ibu keluar bilikku. Lelaki itu hanya memandang aku. Dia tersenyum penuh muslihat. Aku mengendahkan senyuman itu. Lelaki itu keluar. Aku menutup dan mengunci pintu bilik.

Aku mandi dan memakai pakaian yang aku rasa sesuai. Aku menuruni anak tangga. Kelihatan ibu dan lelaki itu sedang berpeluk. Ibu sedar aku di situ. Ibu menghalang aku untuk terus berjalan.


"Rissa.. apa yang Rissa nampak tadi tak macam apa yang Rissa fikir." Ujar ibu.


"Okey." Responku pendek.

Lelaki itu berdiri. Berjalan menuju ke arah kami. Dia memegang bahuku.


"Dania..."


"Don't call me Dania. Call me Arissa." Ujar aku.


"Okey... Arissa...uncle mintak maaf ye.. Uncle janji tak buat lagi macam tu. Arissa maafkan uncle ae." Ujar lelaki dewasa itu.


"Fine." Responku pendek.

Aku keluar rumah. Aku berjalan dan terus berjalan. Aku ternampak satu kumpulan budak seusia aku. Ye, itu kawan sekolah aku. Aku ke arah mereka. Aku mengambil rokok yang dihisap oleh rakan lelaki aku. Aku menghisap rokok itu tanpa bersalah. Aku dah biasa hisap rokok. Tapi, jaranglah.


"Apa ni?!" Soal rakan aku.


"Lek ah... Aku stres ni." Ujar aku.


"Asal lak?" Soal rakan aku yang lain.


"Pompuan tulah tinggalkan aku kat kampung. Semata-mata nak enjoy dengan boyfriend dia." Ujar aku.


"Bukan ke ibu dengan ayah kau belum cerai?" Soal rakan aku yang lain.


"Memanglah. Tapi, dia orang curang. Dua-dua pulak tu curang." Geram aku.


"Patutlah... So, kau nak ikut sapa lepas ni? Kau duduk ngan akulah." Ujar rakan lelaki aku.


"Ah kau! Memang tak ah ikut kau! Aku rasa aku ikut bapak aku kot. Sebab jantan tu macam gatal je." Kata aku.


"Ikut suka kaulah.. Ni ibu kau tak marah ke keluar?" Soal rakan perempuan aku.

Aku menghinjut bahuku. Aku sendiri tidak tahu.


"Wey Rissa, Emir mana?" Soal kawan aku lagi sorang.


"Entahlah... Lantak dialah nak pergi mana pun. Aku dah tak kesah dah." Ujar aku.


"Asal?" Soal kawanku lagi.


"Sebab dia........ Eh, dahlah! Aku nak balik." Ujar aku mengelak.

Aku pulang ke rumah. Aku menaiki anak tangga. Aku memasuki bilik aku. Terkejut aku apabila mendapati boyfriend ibu berada dalam bilik aku. Aku hendak keluar. Namun, aku dihalang.


"Asal kau kat bilik aku?" Soal aku kasar.


"Cantik. Lagi cantik dari ibu Rissa." Puji dia sambil mengusap rambutku.


"Eh, lepaslah!" Tepis aku.


"Hmmm... rasa sayang nak lepaskan..." Ujar dia.


"Ibu! Ibu!" Panggil aku.


"Arissa... Janganlah macam ni." Pujuknya.


"Lepaslah!" Jerit aku.

Aku meraba-raba pintu. Aku hampir dapat membuka pintu. Namun ditutup kembali oleh lelaki dihadapan aku ini.


"Arissa....." Panggilnya.

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan ke arah bilik aku. Ketika itu, badanku telah ditolak ke atas katil. Dahi aku berpeluh.Pintu hampir dibuka. Uncle Safri menghentakkan kaca di kepalanya. Kepalanya berdarah. Dia terjatuh. Dan ketika itu, ibu membuka pintu. Ibu menerpa ke arah Uncle Safri.


"Safri, apa jadi ni?" Soal ibu sambil memandang ke arahku.


"Tadi, Uncle Safri. .."

"Tadi, abang cari Dania kat bilik.. sebab ingat Dania dah balik. Kalau dah balik, abang nak ajak dia keluar. Lepastu kebetulan Dania pulak baru balik. Tak pasal-pasal Dania baling kaca ni kat abang. Abang pun tak tahu kenapa." Bohong Uncle Safri.

Ibu bangun. Ibu ke arah aku yang duduk di atas katil. Satu tamparan hinggap di pipiku. Uncle Safri terkejut. Pada masa yang sama dia lega. Aku memegang pipiku.


"Ibu... sampai hati ibu tak dengar apa yang Rissa nak cakap.. Ibu percayakan orang luar berbanding Rissa." Ujar aku.


"Betulkan apa yang Uncle Safri cakap tadi! Rissa tak suka Uncle Safri ada kat sinikan! Sebab tu Rissa baling kaca ni kat Uncle Safri!" Tuduh ibu.


"Ibu! Uncle Safri ni cuba nak buat tak baik kat Rissa tau!" Kataku.

Aku keluar rumah. Aku duduk di satu lorong. Aku bersandar di dinding. Air mata ini mengalir. Tanpa aku sedar, aku tertidur.

_____________________________________

STAY TUNED UNTUK BAB 7!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience