BAB 5

Other Series 1310

Setelah ibu dan ayah pulang, Mak Long dan Pak Long ke pekan. Aku hendak ikut. Tapi, Ariss menghalang. Aku duduk di atas sofa di ruang tamu. Ariss secara tiba-tiba di belakang sofa. Dia memegang bahuku. Aku menelan air liur.

"Rissa..." Panggil Ariss lembut.

Aku cuba untuk mengelak dari di pegang bahu. Namun, Ariss mencengkam bahuku kuat.

"Rissa.... jangan macam ni please.." Rayunya.

"Ariss... aku..aku penat.. Aku nak tidur." Ujar aku.

Aku berjalan laju hendak masuk ke dalam bilik. Ariss berlari laju mengejarku. Dia menghalang aku masuk ke dalam bilik.


"Kau nak lari mana..?" Soal Ariss.


"Aku nak....tidur.. aku..penat." Ujar aku perlahan.

"Kau tak ingat ae apa yang aku kata semalam?" Soal Ariss.


"Kata apa?" Soal aku berpura-pura tidak ingat.


"Betul ni kau tak ingat?" Soal Ariss lagi.

Aku mengangguk.


"Benda ni akan buat kau ingat." Ujar Ariss.

Ariss mencengkam tangan aku. Dia menarik aku masuk ke dalam bilik. Aku menangis dan menangis.Mak Long dan Pak Long pulang pada jam 9 malam. Lewatnya. Aku juga tidak tahu mengapa?

"Rissa! Ariss!" Panggil Mak Long.

Mak Long dan Pak Long membuka pintu bilik. Ariss tersedar manakala aku masih pengsan. Ariss menutup mulutku sebelum hal ini terjadi.

"Hah? Mak, Riss buat apa kat dalam ni?" Soal Ariss seolah tidak tahu.

"Baru sekejap mak dengan pak tinggal korang, dah jadi macam ni!" Pekik Pak Long.

"Pak, Ris tak sedar pun apa yang berlaku. Tadi, Riss ada kat ruang tamu. Lepas tu.... Rissa buat air untuk Ariss.. Lepas Riss minum, Riss ada rasa pening-pening." Bohong Ariss.

Mak Long mengambil baldi berisi air. Air dituangkan ke wajahku. Aku tersedar. Ariss hanya memakai seluar pendek paras lutut. Dan aku hanya memakai pakaian dalam sahaja.

"Mak Long? Apa.. apa jadi ni.?" Soal aku.

"Kau siap sekarang! Kemas baju kau! Aku nak kau berambus dari rumah aku ni!" Arah Mak Long.

Mak Long, Pak Long dan Ariss keluar. Aku menangis. Aku teraniaya. Kenapa tiada siapa percaya?

Aku mengemas pakaianku. Aku membuka pintu bilik. Mak Long menarik aku keluar. Aku terduduk di luar pintu. Beg pakaianku di baling ke arah aku. Ariss kaku melihat hal itu. Sepertinya dia hendak membantu tapi dia tak nak dia dipersalahkan. Aku bangun dan melangkah pergi. Lebih baik aku pergi daripada terus diseksa mental dan fizikal aku.

Aku berjalan hingga ke satu bustop. Satu kumpulan lelaki bermotor ke arah aku. Aku tidak sempat melarikan diri. Tanganku sudah ditarik.

"Hei adik, buat apa kat sini?" Soal lelaki yang menarik tanganku.

"Saya kena halau." Jawab aku pendek.


"Dah tu adik nak pergi mana ni?" Soal lelaki lain.


"Tak tahu." Jawab aku lebih pendek.


"Adik stay rumah abang dulu ae." Ujar lelaki yang pegang tanganku namun sudah dilepaskan.

Aku mengangguk. Aku menaiki motor yang ditunggang lelaki itu. Aku tiba di satu rumah yang terlalu ramai lelaki dan perempuan seksi. Aku memasuki rumah itu. Lelaki itu membisikkan sesuatu pada rakannya yang menghisap dadah. Ye, aku juga pernah menghisap dadah. Tapi, untung aku bisa menahan diri untuk tidak hisap lagi. Ye, memang sakit. Dan kerana itu aku selalu sahaja penat di rumah Mak Long.

"Dik, jom masuk bilik abang. Adik tidur dulu dalam bilik abang. Jangan risau, abang tak apa-apakan adik." Ujar lelaki itu.

Aku memasuki biliknya. Aku meletakkan beg aku ditepi. By the way, aku tidak memakai tudung. Aku berbaring di atas tilam single itu. Aku terlena dibuai mimpi.

Kedengaran pintu dibuka. Tiga orang lelaki memasuki bilik. Seorang mendekati aku dan dua orang lagi duduk di sisi. Aku membuka mataku. Seorang lelaki kini memeluk pinggangku. Ketika itu, aku tidak berpakaian.

"Apa dah jadi ni?" Soal aku sendiri.

Aku melihat sama ada diriku masih berpakaian. Ternyata tidak.


"Bangunlah!" Kejut aku.


"Kenapa ni...?" Soalnya meleret.

Dia keluar bilik. Aku bergegas memakai baju. Aku mengambil beg pakaianku. Aku keluar bilik dan terus berlari. Mereka mengejar aku menggunakan motor. Aku lari dan terus berlari. Hingga tiba di satu tempat iaitu rumah kosong. Aku memasuki rumah itu. Tanpa aku sedar, Ariss dibelakang aku. Ariss memeluk pinggangku dari belakang.


"Rissa... kau lari dari siapa ni..?" Soal Ariss manja.


"Ariss?" Soalku terkejut.


"Aku tanya ni...... kau lari dari siapa...?" Soal Ariss.


"Dari dia orang." Kataku sambil menunjukkan ke arah sekumpulan lelaki menunggang motor.


"Jap ae." Kata Ariss.

Ariss menuju ke arah mereka.


"Kau nak apa cari Rissa..?" Soal Ariss.

Tanpa melengahkan waktu, aku berlari mengikut pintu belakang. Aku lari dan lari hingga ke satu semak. Aku mengeluarkan telefon pintarku. Aku menelefon grab. Aku menyuruh grab menghantar aku hingga ke rumahku. Akhirnya, aku tiba. Aku memasuki rumah. Kelihatan ibu bersama seorang lelaki yang tidak aku kenali. Beg aku terjatuh. Ibu terkejut. Ibu menerpa ke arah aku.


"Ibu...Ibu buat apa ni..?" Soal aku sebak.


"Rissa...dah balik." Ujar ibu.


"Ibu tinggalkan Rissa kat rumah Mak Long and Ibu boleh enjoy lagi kat sini? Tergamak ibu tinggalkan Rissa untuk kepentingan ibu.. Rissa terseksa tau kat sana.." Ujar aku.

Air mata ini tidak dapat aku tahan lagi. Ianya mengalir dan terus mengalir. Lelaki itu ke arah aku.


"Anak you ke?" Soal lelaki itu.

Ibu mengangguk.

"Hmm.. not bad." Katanya sambil melihat aku dari atas hingga bawah.


"Rissa tak sangka ibu boleh buat macam ni kat Rissa. Oh.. patutlah selama ni bila Rissa kata Ariss pernah rosakkan Rissa..ibu tak percaya. Rupanya, ibu memang tak kesah pun pasal Rissa. Ibu nak Rissa jadi macam ibu,kan?" Ujar aku.

Pang! Satu tamparan hinggap di pipiku. Aku memegang pipiku.


"Ibu... ibu boleh tampar Rissa sesuka hati ibu. Tapi, jangan ingat yang respect Rissa pada ibu takkan berkurang. Rissa sengsara ibu. Rissa tak nak hidup macam ni. Apa guna kita kaya tapi kekayaan kita itu tak berkat." Ujar aku.

Aku terus menaiki tangga. Aku memasuki bilikku. Menangis. Pilu hati ini. Tidak sangka seorang ibu kandung lebihkan diri sendiri berbanding anak. Aku tertidur lena.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hmm... apa lagi yang akan jadi dengan Rissa di bab 6? Wait and see.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience