BAB 18

Other Series 1310

Kedengaran bunyi bising di ruang tamu. Aku menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Kelihatan ayah sedang memarahi Abang Daiyan dan Abang Aqil.

Untuk pengetahuan, ini waktu malam. Selepas makan malam.

"Daddy tak ajar anak daddy gaduh kat sekolah! Daiyan dengan Aqil sekarang dah melampau ae!" Marah ayah.

Ayah mengambil rotan.

"Aqil, angkat tangan." Arah ayah.

Abang Aqil mengangkat tangan. Ayah merotan Abang Aqil dengan perlahan. Seolah hampir tiada bunyi.


"Daiyan! Angkat tangan!" Arah ayah lebih tegas.

Abang Daiyan mengangkat tangan kiri. Ayah merotan Abang Daiyan lebih kuat. Hingga dapur boleh mendengar bunyi Abang Daiyan dirotan. Ayah kini merotan kaki Abang Daiyan beberapa kali. Mummy yang datang dari dapur. Menghalang ayah dari terus memukul.


"Abang, kenapa ni?" Soal mummy.


"Anak awak ni, dah pandai gaduh kat sekolah! Siap kena panggil dengan guru disiplin dan kaunseling!" Ujar ayah.

"Daiyan, Aqil, pergi naik." Arah mummy.

Abang Daiyan dan Abang Aqil menaiki anak tangga memasuki bilik. Abang Aqil menarik aku menaiki tangga. Kami duduk di bahagian ruang tamu atas. Aku memberikan minyak dan kapas pada Abang Daiyan.

"Terima kasih, dik." Ucap Abang Daiyan.

"Sama-sama." Ucap aku juga.

"Abang tak dapat ke minyak?" Soal Abang Aqil.

"Teruk ke?" Soal aku pendek sambil membelek-belek tangan Abang Aqil.


"Tak pun. Merah pun tak tangan abang ni. Tak rasa langsung. Daddy macam tak pukul. Macam letak je." Ujar Abang Aqil.

Dengan itu pun aku melepaskan pegangan tanganku dari tangannya.

"Abang Daiyan, Abang Aqil, Rissa masuk dulu ye. Abang Daiyan macam tak selesa je nak sapu ubat tu." Ujar aku.

Abang Daiyan tersenyum malu. Aku memasuki bilik. Aku baring di atas tilam empuk. Dalam masa beberapa minit saja aku sudah terlelap.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jumpa lagi! Bye! ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience