BAB 15

Other Series 1310

Bulan demi bulan berlalu, pelbagai dugaan yang telah aku lalui sepanjang perhijrahan ini.Tanpa sokongan rakan-rakan. Namun, aku berusaha untuk terus berada di jalan yang lurus ini.

Seusai solat, aku menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Esa. Dan seperti biasa, air mata ini tak dapat ku tahan. Berdosanya aku...

"Ya Allah, ampunkan dosa aku, dosa kedua ibu dan ayahku, serta orang yang berada disekelilingku mahupun yang menganiaya aku.. Mata tak mampu menangis lagi... Lubuk luka menguasai... Letih, segala ragaku letih..Tuhan, tolong aku hilang rasa pedih.. Amin.." Doaku.

Aku menyapukan tanganku di wajahku. Air mataku aku lap. Pintu bilik dikuak.

"Rissa... cepat siap.." Arah mummy.

Aku bergegas memakai baju uniform sekolah. Dan sebelum solat, aku dah mandi ye. Aku bergegas keluar bilik dan sarapan di meja makan. Selepas itu, aku bergegas menaiki kereta menuju ke sekolah.

Disaat memasuki kelas, Emir ke arah aku. Aku menundukkan pandangan. Emir secara tiba-tiba seolah melutut. Ditangannya ada satu bekas cincin.
Satu kelas bersorak. Dahi aku berkerut. Aku tidak memahami apa yang berlaku.

"Che Nur Dania Arissa Dato' Sri Che Danny, will you be engage with me?" Soal Emir mengejut.

Aku tergamam. Aku tidak percaya apa yang aku lihat. Bukankah kami tiada apa-apa hubungan? Bukankah kami baru sahaja berusia 15 tahun?


"Please...accept it.." Rayu Emir.


"Emir, kita masih muda... terlalu muda untuk bertunang... Maafkan saya. Saya tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai tunangan orang." Tolak aku secara baik.

Emir berdiri. Emir duduk di tempatnya. Dan aku juga menuju ke tempatku. Guru memasuki kelas kami. Pelajaran berjalan lancar. Pada waktu rehat, aku lebih memilih untuk solat dhuha.

Di saat hendak pulang, Abang Daiyan dan Abang Aqil memanggil aku. Aku menoleh ke belakang. Abang Daiyan dan Abang Aqil berlari ke arahku.

"Rissa, tadi apa yang bising-bising kat kelas Rissa?" Soal Abang Daiyan.


"Aah, dengar sampai kelas form 4." Ujar Abang Aqil.


"Oh... tak de apalah.." Bohong aku.


"Takkan tak de apa... Dah tu kenapa bising-bising tadi?" Soal Abang Aqil.

"Tak de apalah, abang." Nafi aku.

Abang Aqil menyuruh Abang Daiyan memasuki dahulu kereta. Dan sekali lagi, aku disoal.


"Rissa, jujurlah.. Apa yang bising-bising tadi?" Soal Abang Aqil.


"Emir lamar Rissa jadi tunang dia." Jujur aku dengan mata sedikit berair.


"Gila ke apa?" Soal Abang Aqil.

Aku mengenjut bahu. Menandakan aku tidak tahu. Abang Aqil menggeleng kepala. Kami memasuki kereta dan pulang. Ternyata tanpa aku sedar, Emir memerhati aku dari jauh.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
.............................................................

Jumpa lagi di bab 16!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience