BAB 22

Other Series 1310

Aku terus menangis tanpa berkata apa-apa. Ayah memeluk dan mengusap kepalaku untuk menenangkan aku.

"Arissa kenapa ni? Bagitahu mummy, sayang." Pujuk mummy.

Aku memeluk mummy pula. Mummy juga memeluk aku.

"Mummy... Rissa.. benci ibu.. Ibu selalu pentingkan diri..Rissa ni seolah patung bagi ibu.. Ibu tak pernah fikir pasal Rissa.. Selama ni Rissa fikir positif pasal ibu...Rissa percaya ibu akan berubah... Tapi.... rupanya Rissa salah....." Luah aku.

Dan ketika itu, aku masih memeluk mummy. Ayah meraup wajah. Abang Aqil dan Abang Daiyan memandang aku.


"Arissa.... Seteruk atau sejahat mana pun ibu Rissa.... Rissa kena hormat dia....Rissa tak boleh benci ibu Rissa...." Nasihat mummy.


"Mummy....Rissa tahu... Dan Rissa benci perasaan ni..." Ujar aku.


"Rissa.... sabar ye......" Nasihat ibu.

Aku tersenyum. Mummy juga. Semakin erat pelukanku. Luka di hatiku semakin pulih.
@@@@@
Keesokan harinya, aku menyibukkan diriku dengan pelbagai kerja. Aku cuba untuk melupakan segalanya. Aku cuba berfikiran positif. Abang Aqil menemani aku. Dan dengan sokongan Abang Aqil, aku dapat tersenyum dan berfikiran positif kembali.


"Abang, terima kasih sebab tolong Rissa lupakan segalanya." Ucap aku.

Ucapku ketika kami di taman. Kami tidak berdua. Pemandu mummy memerhati kami. Memandangkan kami bukan mahram.

"Rissa, tak de apalah. Yang penting sekarang, Rissa kena happy." Ujar Abang Aqil.

Aku tersenyum. Kami menaiki kereta. Dan kami pulang dalam keadaan yang amat gembira.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience