BAB 9

Other Series 1310

Aku pulang ke rumah seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Ibu dan Uncle Safri? Aku tidak tahu mereka di mana. Aku memasuki bilik. Setengah jam kemudian, kedengaran suara bergaduh di bilik ibu. Aku bergegas ke bilik ibu. Ternyata Uncle Safri berada di dalam bilik ibu. Manakala ibu tiada.

"Kau sapa hah?! Kau buat apa dalam bilik bini aku?! Kau nak curi harta kita orang kan?! Kalau tak asal kau cuba bukak peti besi ni?!" Soal ayah bertubi-tubi.

Ayah membelasah Uncle Safri sepuasnya. Ayah menyuruh menelefon polis. Polis datang menangkap Uncle Safri. Ibu pulang tepat pada waktu Uncle Safri ditangkap polis.

"Safri! Safri! Kenapa ni? Encik, kenapa ni?" Soal ibu.

Ayah menuju ke arah ibu. Ayah menarik tangan ibu masuk hingga ke ruang tamu.


"Maz! You ni kenapa Maz?" Soal Ayah.

"Kenapa apa you ni?!" Soal ibu.

"Jantan tu cuba nak bukak kita punya peti besi! Peti besi yang paling berharga tau Maz! You tahu kan ada apa!" Pekik ayah.

"Yes, I know. Tapi, perlu ke sampai call polis?" Soal ibu.

"Of cause! Sebab geran rumah, benda yang penting semua ada dalam tu!" Ujar ayah.

Ibu hanya diam. Wajah ayah kini semakin merah. Menahan amarah yang kini semakin memuncak.

"Che, jom ikut ayah!" Ajak ayah.

Ayah menarik tanganku memasuki kereta yang dipandu Pak Abu. Ibu mengejar kami hingga didepan kereta. Ibu menarikku.


"Arissa! Ikut ibu, sayang!"


"Maz, lepaskan anak kita!" Suruh ayah.


"Saya takkan lepaskan selagi abang tak izinkan saya jaga anak kita lagi!" Ujar ibu.


"Maz, lepaskan anak kita!!" Jerkah ayah.

Ayah menendang tangan ibu yang sedang menarikku. Ketika itu, aku juga hampir terjatuh. Ayah menarik aku pantas. Lalu, ayah menutup pintu kereta. Ayah mengarahkan Pak Abu untuk memandu laju.

"Pak Abu, jalan cepat!" Arah ayah.

Pak Abu memecut laju. Ayah memeluk aku.


"Che okay?" Soal ayah.

Aku mengangguk. Aku juga memeluk ayah. Itulah kejadian yang akan aku ingat sampai bila-bila. Memang aku sayang ibu. Tapi, aku tak sanggup nak duduk dengan ibu lagi.

Kami tiba di satu rumah. Ye, rumah itu lebih besar. Ayah memegang tanganku dan memasuki rumah itu.

"Assalammualaikum.." Ayah memberi salam.

Seorang anak perempuan kecil memeluk ayah erat. Ayah juga membalas pelukan itu. Lalu, seorang wanita tua daripada ibu dan seorang lelaki yang mungkin lebih tua setahun daripada aku juga menyambut kedatangan kami.


"Waalaikummusalam!" Jawab wanita itu gembira.

Ayah memeluk pinggang wanita itu. Ayah juga memegang tangan anak kecil tadi. Kini, hanya aku dan lelaki tadi. Mungkin anak wanita itu.


"Jemputlah masuk.." Pelawa lelaki itu.

Aku mengangguk. Aku memasuki rumah itu. Aku duduk di sofa ruang tamu memandangkan ayah juga duduk di situ.


"Jadi, inilah anak abang." Teka wanita itu.

Ayah mengangguk.


"Umur dia berapa daddy?" Soal lelaki itu.

Aku sedikit tergamam. Di..dia panggil ayah, daddy?


"Umur dia 15 tahun..." Jawab ayah dengan senyuman.


"Ohh.. Nama?" Soal remaja lelaki itu lagi.


"Che Nur Dania Arissa binti Che Danny.." Jawab ayah.


"Sedap nama.." Puji wanita itu.


"Che.. kenalkan ni isteri pertama ayah Che Nurul Herisya." Ayah memperkenalkan wanita itu.


"Hah? Selama ni Rissa tak tahu pun yang ayah ada dua orang isteri tiga orang anak." Terperanjat aku.


" Actually lima Che. Dua orang lagi kat kajang. Lawat nenek dia orang. Kejap lagi baliklah tu.." Ujar ayah.

Dahi aku berkerut.


"Yang ni anak kedua ayah Che Muhammad Daiyan Dafi."

Secara tiba-tiba, dua orang lelaki memasuki rumah. Ternyata mereka juga anak ayah.


"Haa.. ni pun dia orang. Dah balik dah.." Ujar ayah.


"Daddy.. ni sapa ni.. Ya Allah.. cantiknya dia.. gugur jantung." Kata salah seorang dari mereka..


"Ni anak daddy dengan isteri kedua." Ujar daddy.


"Oh.." Responnya pendek.


"Che, ni anak angkat ayah. Sebaya dengan Daiyan. Namanya Nik Aqil Syakif. Dan yang sulung ni namanya Che Muhammad Dadeeth Dhabit . Umurnya dah 19 tahun dah. Dan yang sekecik ni pulak Che Nur Daiyana Daliya." Ujar ayah.

Aku tidak merespon.


"Sya, tunjukkan bilik Che." Suruh ayah.


"Eh daddy, tak pe, takpe. Biar Aqil yang tunjukkan. Bilik yang kosong tu kan.. Yang daddy sayang sangat kan." Ujar Nik Aqil.

Daddy mengangguk.


"Ayah, Rissa tak de baju." Ujar aku.


"Eh, aah lah.. Macam mana ayah boleh lupa ni..? Tak pe lah.. Aqil tunjukkan bilik Rissa dulu.. Lepas tu, Rissa dengan Aqil turun balik. Kita pergi shopping mall. Beli baju untuk Rissa." Ujar ayah.

Kami mengangguk. Nik Aqil menunjukkan satu bilik kepadaku. Bilik yang lebih besar berbanding bilik aku sebelum ini.


"Haa.. nilah bilik awak. Bilik ni tak de sapa pun duduk. Masuk pun tak boleh kecuali daddy, mummy dengan Mak Suri." Ujar Nik Aqil.


"Cantik." Puji aku.


"Okeylah awak. Jom, kita turun." Ajak Nik Aqil.

Aku terpersona seketika melihat kecantikan bilik itu. Kami menuruni anak tangga. Kami semua menuju ke shopping mall.

.............................................................

TUNGGU TAU BAB 10. NI DIA DAH START HAPPY NI. TAPI, DIA BELUM BERTAUBAT. TUNGGU TAU SAMBUNGAN. BETUL KE PEMILIHAN ARISSA TINGGAL BERSAMA AYAH DIA? KE BETTER HIDUP DENGAN IBU DIA?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience