BAB 17

Other Series 1310

Aku memasuki kelas. Emir tiada di dalam kelas. Aku berasa hairan. Selalunya, Emir akan masuk kelas awal berbanding aku. Satu pengumuman diumumkan.

"Reezy Emir Isaac Tan Sri Zreezry Enid Isaac dari Tingkatan Tiga Fokus, sila ke bilik kaunseling sekarang."

Pengumuman kedua pula diumumkan selepas seminit berlalu.


"Nik Aqil Syakif bin Nik Zaril dari Tingkatan Empat Sains, sila ke bilik kauseling sekarang."

Selang dua minit, satu lagi pengumuman diumumkan.


"Che Muhammad Daiyan Dafi dari Tingkatan Empat Sains, sila ke bilik kaunseling sekarang."

Aku terkejut dan juga gelisah. Ketiga-tiga lelaki yang aku kenali kini dipanggil guru kaunselor.

'Kenapa dia orang kena panggil pulak ni?' Soal hatiku.

Perasaan itu sedikit hilang apabila guru matapelajaran Bahasa Melayu memasuki kelas. Aku mengeluarkan buku. Dan aku cuba memberi sepenuh tumpuan di dalam kelas.

Pelajaran Bahasa Melayu telahpun tamat. Kini, pelajaran geografi. Emir masih belum masuk ke kelas. Lima belas minit terakhir pelajaran geografi, akhirnya Emir masuk. Terdapat lebam di matanya. Dan juga lebam di bibirnya. Emir terus duduk di tempatnya. Cikgu sedikit geram apabila Emir terus masuk tanpa memberitahunya ke mana dia pergi.


"Emir! Awak dari mana?!" Soal Cikgu Zain.

Emir hanya diam. Emir mengendahkan soalan Cikgu Zain. Aku melihatnya. Emir terus menyalin nota di papan putih.


"Emir! Saya tanya awak! Awak dari mana?!" Soal Cikgu Zain sekali lagi dengan nada lebih tinggi.

Emir tetap mengendahkan. Aku mengangkat tangan.


"Ye, Dania."


"Cikgu, saya kurang fahamlah nota ni. Boleh cikgu terangkan?" Aku berdalih.

Emir memandang aku. Aku menghiraukan pandangannya. Cikgu memandang Emir lama. Akhirnya, cikgu memilih untuk menerangkan nota tadi.


"Yang lain dah faham atau sama macam Dania?" Soal Cikgu Zain.


"Faham!!" Jerit pelajar kelasku.

Dia orang memang akan cakap faham. Sebab tak nak cikgu berlama-lama di dalam kelas.


"Okay."

Cikgu menuju ke meja aku. Cikgu menerangkan kepadaku lebih dalam. Walaupun sebenarnya aku dah faham. Tapi, aku tak nak kawan aku dimarah walau dia buat salah.

Cikgu keluar kelas setelah menerangkan serba sedikit pada aku. Emir menuju ke meja aku. Ketika itu, aku sedang memasukkan buku geografi di dalam beg.

"Rissa." Panggil Emir.


"Ada apa?" Soal aku.


"Asal kau tolong aku?" Soal Emir kembali.


"Saya.. saya.." Aku tergagap.

Emir mengerutkan dahi.


"Emir, saya nak pergi tandas." Ujar aku.


"Tapi ....."

Aku terus keluar kelas. Aku menuju ke kelas Abang Daiyan dan Abang Aqil.
Mujur tiada guru. Abang Daiyan dan Abang Aqil keluar. Aku terkejut. Terdapat kesan lebam dan luka di wajah mereka berdua.


"Abang Daiyan, kenapa lebam-lebam ni?" Soal aku cemas.


"Tak de apalah...." Bohong Abang Daiyan.


"Abang Aqil pulak bibir pecah. Lepastu darah kat kepala." Ujar aku.


"Ada lagi ke darah?" Soalnya cemas.

Aku mengangguk. Abang Aqil bergegas mengelap darah yang keluar dari luka di kepalanya. Aku mula geli-geliman. Maklumlah, takut dan geli dengan darah.


"Rissa, pergilah masuk kelas. Nanti cikgu marah pulak." Ujar Abang Daiyan.

Aku berlalu pergi. Aku memasuki kelas. Cikgu Sains telahpun tiba di kelas.


"Awak dari mana?" Soal cikgu.


"Saya dari tandas." Bohong aku.

Cikgu membenarkan aku duduk. Aku duduk di tempatku dan mengeluarkan buku Sains. Pembelajaran diteruskan.

.............................................................
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
......................**********.......................

Jumpa lagi di bab 18! Jumpa esok! InShaAllah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience