BAB 11

Other Series 1310

Gadis itu kembali kepadaku. Menarik tanganku sekali lagi. Kali ini, aku mengikutinya. Aku ditarik hingga bertemu ayah,mummy, abang Dadeeth, abang Daiyan, abang Aqil dan Daiyana. Gadis itu tersenyum riang.

Aku tersedar dari tidurku apabila pintuku diketuk. Aku melihat jam di telefon pintarku. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Aku membuka pintu.


"Ya Allah.. Arissa... Arissa tak siap lagi?" Soal mummy.

Aku menggeleng.


"Dah.. dah.. sekarang ni Rissa ambik wudhuk.. Dah tak sempat nak mandi ni.. Lepas solat Rissa mandi.." Ujar mummy.


"Macam mana nak ambik wudhuk?" Soal aku.


"Rissa betul tak tahu ke ni?" Soal mummy kembali.

Aku mengangguk. Mummy memasuki bilikku. Mummy membuka lampu. Mummy menyuruh aku berus gigi dahulu sebelum ambil wudhuk. Mummy membuka air. Mummy menunjukkan setiap satu langkah dan niat solat. Serta doa selepas mengambil wudhuk. Mummy memakaikan aku telekung yang ada di dalam bilik.

"Haa.. dah siap.. kan cantik anak mummy sorang ni..." Puji mummy.

Aku dan mummy ke bilik solat. Kami solat bersama-sama. Termasuk ayah, abang Dadeeth, abang Daiyan dan Abang Aqil. Manakala Daiyana hanya ikut-ikut saja. Maklumlah baru berusia 3 tahun.

Seusai solat aku bergegas masuk bilik. Aku mandi. Seusai mandi, aku terus ke dapur.


"Arissa.. dah mandi dah.. Buat apa dekat dapur ni... Pergilah ruang tamu.. tengok tv.. Biasanya ada tazkirah pagi-pagi ni." Ujar mummy.

Aku mengangguk. Aku ke ruang tamu. Di ruang tamu memang ada orang rupanya. Siapa lagi kalau bukan Abang Dadeeth, Abang Daiyan dan Daiyana. Aku duduk di sofa. Manakala mereka semua duduk di bawah. Memang suka kot duduk bawah.

Abang Aqil menuruni anak tangga. Abang Aqil menuju ke arah ruang tamu. Abang Aqil duduk di sebelah aku. Agak rapat. Rasanya dua jengkal jari aku kot. Aku ke tepi sedikit. Abang Aqil mendekat. Dan kini, hanya ada satu jengkal je. Aku ketepi lagi. Dan Abang Aqil semakin rapat. Suku jari telunjuk aku je jarak kami. Aku berpeluh. Abang Aqil ketawa.

"Abang gurau jelah... Arissa duduklah kat sofa ni.. Abang duduk kat bawah.." Gurau Abang Aqil.

Abang Daiyan membaling bantal sofa kecil kepada Abang Aqil. Abang Aqil menangkapnya. Lalu memeluk kemas bantal itu. Dia tersenyum padaku.


"Kau jangan nak miang sangat dengan adik aku." Ujar Abang Daiyan sewaktu membaling bantal kepada Abang Dadeeth.


"Daiyan, Aqil. Diam sekejap.. Kan kita tengah tengok tazkirah ni." Arah Abang Dadeeth.

Serta merta mereka berdua diam. Aku juga diam. Kadang, terasa lucu juga. Tak sangka Abang Daiyan dengan Abang Aqil takut dengan Abang Dadeeth. Pada jam 7:25 pagi, mummy memanggil kami untuk sarapan. Seusai sarapan, aku dan abang-abangku diminta bersiap kerana kami akan berjoging. Cuma, daddy sahaja yang tak dapat join.
Kami dibawa oleh pemandu mummy iaitu Pak Dul. Tibalah kami di satu tempat yang amat sesuai untuk berjoging.


"Okey, jom kita joging. Let's go!" Ajak mummy bersemangat.

Kami berjoging bersama kecuali Daiyana. Daiyana digendong mummy. Kadang digendong Abang Dadeeth. Dan kadangkala, Daiyana berlari sendiri. Comel. Happynya! Mummy, Abang Daiyan, Daiyana dan Abang Dadeeth kini mendahului. Manakala aku dan Abang Aqil dibelakang. Mummy suruh kami berjalan bersama jika lambat.

Ketika kami berjoging, abang..

**************************************
==============================
**************************************

SAMBUNG ESOK. INSHAALLAH. BYE! SELAMAT MALAM!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience