BAB 13

Other Series 1310

Cuti sekolah berlalu pantas. Dan harini adalah hari persekolahan bermula. Dan harini juga akan menyaksikan perubahan pemakaian dan perangai aku. Aku bukan lagi Dania Arissa yang dulu. Yang suka mencuba perkara baru yang akhirnya membawa padah. Aku juga tidak akan mudah termakan dengan hasutan, kata-kata manis dan sebagainya. Duduk dengan mummy dan ayah membuat aku lebih matang. Tak sangka aku boleh terima ajaran agama Islam yang tak pernah aku pelajari waktu tinggal bersama ibu.

Pak Dul menghantar aku, Abang Daiyan dan Abang Aqil ke sekolah. Ternyata sekolah kami sama. Siapa sangka? Dahlah Abang Daiyan pernah jadi crush aku waktu tingkatan satu. Berdosa aku.

Aku memasuki perkarangan sekolah bersama abang-abangku. Kami berkumpul di tapak perhimpunan. Seusai perhimpunan tamat, aku memasuki kelasku. Aku duduk di tempatku iaitu disebelah Mesya. Ya, kawan aku. Dan Emir duduk di meja belakang aku. Emir menyepak kerusiku. Satu kelas memandang ke arah kami. Emir berdiri.


"Guys, now dah ada ustazah dalam kelas kita! Dulu bukan main lagi! Now, dah tutup litup!" Jerit Emir.

Satu kelas tertawa. Aku hanya menundukkan pandangan dan diam tanpa membalas. Mesha menolak badanku hingga jatuh. Aku jatuh ke tepi. Sekali lagi semua tertawa.


"Kau ingat dengan tutup litup ni boleh tutup silap kau! Kau ni dulu pernah merokok! Ingat aku tak tahu!" Ujar Mesha.

Mesha menunjal kepala aku. Air mata aku mengalir. Penyeksaan demi penyeksaan aku lalui.


"Rissa... aku masih ingat lagi apa yang terjadi waktu kau dekat rumah aku hari sabtu minggu lepas.. Kau nak aku cerita kat dia orang?" Emir tersenyum sinis.

Aku memandang Emir.


"Emir... tolonglah..jangan.. jangan bukak aib aku..." Rayu aku.


"Alala.. so cute... Aku boleh kalau tak bagitahu... tapi, aku nak.."

Emir memandang aku dengan pandangan penuh makna. Aku menundukkan pandangan kembali.


"Emir...Aku tak boleh bagi apa yang kau nak... Cukuplah sekali maruah aku tercalar." Ujar aku.


"Oh...kiranya kau dah tahulah ni apa yang aku nak ..?" Teka Emir.

Emir memberi isyarat tangan kepada rakannya. Kesemua mereka berdiri dan menarik aku hingga ke belakang kelas. Tiada seorang pun membantu aku. Budak perempuan pun tak membuat apa-apa. Aku menangis. Aku mengharap ada yang membantuku. Emir dan rakan-rakannya membuka baju mereka berjemaah. Aku menutup mata.

Tanpa aku sedar, seorang lelaki masuk ke dalam kelasku. Lelaki itu menumbuk ke semuanya.

"Arissa..." Panggil lelaki itu.

Aku membuka mata. Aku terkejut.


"Abang... Aqil?" Terkejut aku.

Abang Aqil tersenyum. Abang Aqil mengajak aku keluar kelas. Kami menuju ke bilik kaunseling. Kami melaporkan hal yang berlaku. Setelah itu, kami menuju ke kelas Abang Daiyan.


"Daiyan... ni haa tadi adik kau sikit lagi nak jadi mangsa si Emir and the geng gengs." Ujar Abang Aqil.

Memang betul pun nama geng dia orang tu.


"Hah?! Berani dia orang! Mana?Mana? Mana dia orang?! Biar aku sebat sekor-sekor." Marah Abang Daiyan.

"Kat kelas Rissa lah..." Ujar Abang Aqil.

Abang Daiyan sudah bersiap sedia hendak pergi. Namun, dihalang Abang Aqil.

"Tak payahlah.. Kau tahukan Emir and the geng gengs tu ramai ahli. Dari form 1 sampai form 5 ada. Kita ni baru form 4 tau .. " Halang Abang Aqil.

Abang Daiyan mengeluh. Abang Daiyan memasuki. Abang Aqil dan aku juga begitu. Sepanjang pembelajaran, Emir asyik memandang aku. Aku hanya mengendahkan pandangan itu. Manakala Mesya, sering mengganggu aku. Dengan memijak kasut aku, menarik tudungku dan macam lagi.

Apalah nasib aku ni...?

*************************************
............................................................

JUMPA DI BAB 14!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience