BAB 26

Other Series 1310

Aku dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui orang ramai.Orang Ahlong membawa aku hingga ke bilik pejabatnya. Aku dilepaskan kasar setelah mendapat arahan.

"Kau akan jadi budak aku. Aku nak kau edar benda ni." Ujar Dragon.

Ketua Ahlong itu mengeluarkan sesuatu dari laci meja. Aku merenung dengan wajah terkejut.


"Kenapa? Terkejut?" Soal Dragon.

Segala kisah hitamku kembali menerjah ingatan.

"Ahhh! Sakit! Aku nak ubat aku!" Jerit aku mengerang kesakitan.

Ariss mengusap kepalaku. Ariss tersenyum sinis.

"Rissa.... kau nak ubat mana ni...?" Soal Ariss.

"Aku nak ubat aku!" Jerit aku.


"Okay, okay. Aku dah faham kau nak ubat apa. Kau nak dadah kan? Aku boleh bagi. Tapi bersyarat. Kau kena layan aku." Ujar Ariss.

Dan ketika itulah semua terjadi. Aku sentiasa inginkan benda tu. Sehingga aku sanggup menjual tubuh. Semua terjadi begitu sahaja. Dan selepas aku tinggal di rumah ayah, aku terpaksa menahan sakit yang teramat.

"Ahhhh!" Jerit aku kuat.

Ketukan pintu bertalu.

"Rissa kenapa ni? Apa dah jadi kat Rissa?" Soal semua orang yang tidak aku pasti siapa.

Aku terus menjerit. Ayah, mummy dan semua tidak dapat melakukan apa-apa. Kedua-dua kunci bilik berada di dalam bilikku. Dan ayah tidak sampai hati hendak memecahkan pintu bilikku kerana aku perempuan. Ayah risau jika aku tiada privasi.

Hampir dua bulan aku masih begitu. Kehadiran Emir buat jiwaku kacau. Emir juga menawarkan dadah yang aku idamkan.

"Hei! Kau pekak ke?!" Jerit Dragon.

Aku tersedar dari lamunan aku.


"Esok kau mula kerja! Hantar barang ni kat pelanggan! Jangan sampai kantoi! Kalau kantoi, kau dengan kawan kau, aku bunuh! Family kawan kau tu, aku jadikan hamba aku!" Arahan serta amaran aku terima.

Aku mengangguk.


"Bawak dia tidur di satu bilik yang aku kata! Ingat! Jangan sesekali korang sentuh dia! Aku tak nak korang sentuh budak bawah umur!" Arah Dragon.

Orang suruhan Dragon mengangguk gagah. Mereka membawa aku hingga ke satu bilik. Aku ditolak masuk kasar. Mereka mengunci pintu lalu beredar pergi.

Aku menangis teresak-esak sendiri. Kekesalan mula hadir di hatiku. Apa yang telah aku lakukan ini? Bukankah aku hendak berubah?

"Ya Allah......Ayah.... mummy.. tolong Rissa..." Tangisku.

Aku mengelap air mataku. Aku berbaring di atas katil. Air mata ini tetap mengalir meski telah berulang kali aku mengelapnya.

Malam itu bertemankan tangisanku. Dan lenaku sahaja bermimpikan bahagia. Namun, kehidupan realiti aku kini telah jauh dari kebahagiaan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience