BAB 23

Other Series 1310

Alangkah terkejutnya aku mendengar berita yang Emir akan berpindah. Dan hari terakhirnya bersekolah esok.

Aku mengetuk pintu bilik Abang Daiyan. Abang Daiyan membuka pintu.

"Kenapa ni Rissa?" Soal Abang Daiyan.

"Abang, kenapa Emir pindah?" Soal aku kembali.

"Emir pindah?" Soal Abang Daiyan terkejut.

Aku mengangguk.


"Eh, Rissa.... tak payah fikir sangatlah..." Ujar Abang Daiyan.

Dahi aku berkerut.


"Rissa, okeylah. Assalammualaikum." Abang Daiyan berdalih.

Abang Daiyan menutup pintu. Aku berasa hairan.

#########

Keesokan paginya, aku ke sekolah. Aku bertemu Emir sewaktu rehat.

"Emir betul ke awak akan pindah?" Soal aku.


"Itu bukan urusan kaulah!" Emir enggan menjawab.

"Saya classmate awak." Ujar aku.


"Aku ni bukan sesiapa lah bagi kau! So, buat apa kau sibuk hal aku! Inikan yang kau nak! Inikan yang abang kau nak! Termasuk jantan tak guna tu!" Katanya dengan penuh kemarahan.


"Apa maksud awak?" Soal aku.

Emir terdiam. Dia meninggalkan aku. Tapi, aku sempat menghalang dirinya pergi. Aku berdiri di hadapan Emir membuatkan dia tidak bisa terus berjalan.


"Eh, tepilah!" Jerit Emir.


"Jawab soalan saya dulu." Kataku.

"Fine!" Turut Emir.

Abang Daiyan dan Abang Aqil berjumpa Emir.

"Emir! Saya nak awak jauhkan diri dari adik saya! Sebab awak adik saya jadi macam ni!" Kehendak Abang Daiyan.


"Kau siapa nak arah aku dari terus tidak dekat dengan Arissa?" Soal Emir.


"Saya abang Arissa." Jawab Abang Daiyan.


"Hei! Kau tu abang tiri jelah!" Jerit Emir.

Abang Daiyan menumbuk wajah Emir. Tumbukannya mengenai bibir. Ini menyebabkan bibir Emir pecah dan mengeluarkan darah.


"Saya.. takkan teragak-agak nak suruh sekolah buang awak. Dan saya takkan teragak-agak untuk report polis. Untung saja sekolah beri awak kesempatan untuk ada di sini lagi lepas kejadian awak hampir merogol adik saya. Hanya kerana family awak kaya dan berpengaruh, awak tak dibuang dari sekolah." Tegas Abang Daiyan.


"Adik kau tu yang..."


"Adik saya yang apa?! Awak jangan ingat saya tak tahu apa-apa tentang awak Emir! Saya tahu semua tentang awak! Termasuk tentang awak dan adik saya!" Abang Daiyan memotong kata-kata Emir.


"Daiyan, kita tak boleh menghukum Emir. Kita tak boleh buat macam ni." Nasihat Abang Aqil.

"Aqil, awak jangan nasihatkan saya. Saya tahu apa yang akan terbaik untuk adik saya." Ujar Abang Daiyan.


"Okey, aku boleh jauhkan diri dari adik kau. Tapi, kau kena janji yang kau takkan report polis." Turut Emir.


"Awak takut? Awak takut apa Emir? Awak dah rogol berapa ramai gadis di malaysia ni?" Soal Abang Daiyan.

Emir memaparkan wajah yang cemas. Dahi Abang Daiyan dan Abang Aqil berkerut. Emir cuba melarikan diri. Tapi, berjaya dihalang Abang Aqil. Abang Daiyan menarik kolar baju Emir. Sehingga Emir berdiri. Abang Daiyan menolak Emir hingga bersandar di dinding.

"Awak jangan cuba lari, Emir! Mudahnya hidup awak, Emir! Kelakuan awak ni seolah memberi kemenangan kepada semua perogol di Malaysia! Awak tidak bertanggungjawab Emir! Saya akan report polis dan menyuruh sekolah buang awak!" Keras Abang Daiyan.

"Emir! Daiyan! Aqil!" Panggil guru disiplin.

:::::::::::::::::


"Jadi.... awak bukan pindah? Awak dibuang?" Soalku.


"Ye... Dan aku akan masuk juvana Arissa." Jujur Emir.

"Maafkan abang saya, Emir." Pintaku.


"Betul kata abang kau, Rissa. Kalau aku tak dibuang dan tak masuk juvana, mungkin itu membuatkan perogol di luar sana merasa kemenangan. Kerana mereka tidak perlu menerima sebarang hubungan." Ujar Emir.

Aku hanya terdiam. Aku merasa betapa jahilnya aku dahulu. Aku lalai dengan dunia. Dan masih lagi aku ingat waktu aku dan Emir terlanjur. Di usia kami baru sahaja 15 tahun.


"Rissa.... maafkan aku. Aku banyak buat salah kat kau. Aku bo...."


"Emir.... dah.. saya dah lama maafkan awak." Ujar aku.


"Terima kasih,Rissa." Ucap Emir.

Emir berlalu pergi dengan bergelinangan air mata. Aku menundukkan kepalaku. Aku memasuki kelas. Dan sehingga pulang ke rumah, aku masih termenung.

-------------------------------------------------------------

Jumpa lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience