BAB 2

Romance Completed 5032

“Hey perempuan! Bangun! Sampai bila kau nak tidur hah?” Aku terjaga saat suara bak halilintar itu menyapa pendengaranku. Tubuh yang basah kuyup akibat disimbah air hanya mampu aku biarkan. Apa kuasaku untuk membalas amarah Mak Ina. Aku bangun daripada baring memandang Mak Ina yang sedang berdiri bercekak pinggang sambil menjegilkan matanya.

“Kau tak payah buat muka kesian macam tulah. Kau ingat aku nak cair. Hey, aku tengok muka kau buat aku bertambah meluat tahu. Kau dengan ibu kau sama saja. Menyusahkan!” Sekali lagi seperti pagi-pagi sebelumnya kepalaku ditolak kasar. Aku hanya membiarkan.

Tanpa menghiraukan bebelan Mak Ina yang tidak akan pernah berhenti apabila melihat aku, dalam menahan kesejukan pagi yang mencengkam ditambah lagi tubuhku yang basah kuyup, aku gagahkan diri pergi ke dapur menyiapkan apa yang patut. Jam di dinding aku pandang. Baru jam empat pagi. Tapi sememangnya itulah rutin harianku. Dikejut seawal pagi dengan cara kasar untuk menyiapkan sarapan beserta lauk pauk untuk makan tengah hari ibu tiriku, Mak Ina dan kakak tiriku, Aina. Aku melihat kelibat Mak Ina menonong ke biliknya sambil melontarkan jelingan tajam buatku. Aku menghiraukannya sambil meneruskan kerjaku. Sudah tahu, Mak Ina hanya bangun jam begini untuk mengejutkan aku kemudian dia akan kembali menyambung lenanya. Agaknya bagi Mak Ina tidak senang duduk melihat aku enak dibuai mimpi.

Aku Ain Farhani Bt. Zaidi. Umur aku 17 tahun dan sudah tentu calon SPM tahun ini. Walaupun aku hidup dalam banglo mewah milik arwah ayahku tapi kenyataannya setelah kematian ayahku, aku dijadikan pembantu rumah agam ini. Melayan dua orang ‘mam’ besar yang tidak pernah tenang apabila melihat wajah aku. Penderitaan hidup aku telah bermula saat usiaku 10 tahun semenjak ayah kahwin lain dengan Mak Ina. Aku pun tidak tahu kenapa. Tetapi semenjak Mak Ina menjejakkan kaki di rumah kami, hidup aku tidak seperti kanak-kanak lain ibu pula tidak sebebas dahulu. Aku dan ibu sentiasa perlu melayan Mak Ina dan Aina seperti puan besar. Tambahan pula ayah jarang pulang ke rumah. Kalau ayah pulang itu sememangnya nikmat besar buatku dan ibu untuk terlepas daripada cengkaman harimau Mak Ina. Sebabnya, Mak Ina akan melayan kami bak permaisuri apabila ayah ada. Talam dua mukalah katakan.

Dulu ibu selalu memarahiku sekiranya aku cuba melawan Mak Ina. Sehingga pernah ibu merotanku disebabkan aku memasukkan julap dalam minuman ‘Mak Lampir’ itu. Akibatnya aku dirotan sehingga berbirat dan aku menjauh berkeliaran di luar kerana marahkan ibu. Saat itu berlakunya peristiwa aku hampir dilanggar dan diselamatkan oleh lelaki cina. Tapi aku agak kecewa dengan takdirku tika itu, kan bagus kalau aku betul-betul mati. Tak perlu aku menghadapi semua penderitaan ini. Namun, kalau dibandingkan penderitaan aku dan ibu, ibu lebih teruk dikerjakan oleh Mak Ina. Pernah ibu sengaja ditolak jatuh dari tangga sehingga terseliuh kaki ibu. Kenapalah Mak Ina benci sangat dengan kami? Hurmm..

Sebut sahaja ibu, mesti korang tertanya mana ibu kan? Ibu terpaksa pergi meninggalkan aku sewaktu aku masih berumur 12 tahun. Mak Ina fitnah ibu ada hubungan sumbang dengan lelaki lain dan jaja khabar palsu ni kepada orang kampung. Setelah ayah pulang dari luar Negara, berita ini sampai ke pengetahuan ayah. Teruk ibu dipukul oleh ayah sampai ayah ceraikan ibu. Ayah halau ibu keluar dari rumah banglo ini dan sekarang aku tak tahu di mana ibu berada. Masih hidup atau telah tiada. Perubahan nasibku semakin buruk setelah ibu pergi, layanan Mak Ina dan Aina terhadapku semakin teruk.

Bertambah buruk apabila ayah meninggal akibat sakit jantung tiga tahun lepas. Fikir aku setelah ayah meninggal nasib aku juga seperti ibu, akan dihalau oleh mereka. Tetapi aku ‘disimpan’ mereka kerana aku satu-satunya waris yang akan warisi semua harta ayah seperti yang diwasiatkan. Dan pindaan harta hanya boleh dibuat apabila umurku menjangkau 22 tahun.

Korang pun mesti faham apa maksudnya kan. Sekarang Mak Ina menerima wang belanja bulanan melalui pendapatan syarikat ayah yang diambil alih buat sementara oleh orang kepercayaan ayah. Dan syarikat akan menjadi milik aku setelah umur aku 22 tahun. Tapi, rasanya tak kot. Mak Ina awal-awal lagi siapkan anak dia untuk ambil alih syarikat. Aku hanya kambing hitam saja.

Tapi, aku tak kisah semua itu. Asalkan aku boleh bebas daripada mereka, itu sudah lebih daripada cukup. Sekarang, aku akan terus bersabar sebagai manusia yang diberi ujian. Rutin harian aku lakukan sebaik mungkin sambil menghitung hari. Bangun seawal empat pagi dikejutkan dengan cara yang paling kasar oleh ‘Mak Lampir’, aku akan menyiapkan sarapan, makan tengah hari, membasuh dan menyidai baju, membersihkan seluruh banglo dan segalanya yang sesuai digalas oleh pembantu rumah. Setelah selesai semua kerja barulah aku akan bersiap untuk ke sekolah.

Selalunya sebelum subuh aku terpaksa keluar dari rumah kerana jarak sekolah dan rumah adalah jarak yang sangat jauh. Dan aku hanya menaiki basikal sahaja. Bukan seperti Si Putri Aina tu, setiap hari pergi sekolah pemandu arwah ayah yang hantarkan. Kalau ada can aku akan tinggal basikal dekat rumah Mak Milah dan ambil motorsikal yang Pak Udin, suami Mak Milah belikan buat aku. Mereka sudah sedia faham nasib aku hidup dengan Mak Ina. Malah semua orang kampung tahu, tapi masuk campur urusan Mak Ina sememangnya bukan sesuatu yang baik. Aku akan singgah di surau Asy-Syakirin untuk solat subuh lalu terus ke sekolah kesayangan aku SMA Imam Nawawi. Selalunya aku akan berada seharian di sekolah dan pulang sebelum maghrib bersama nasi dan lauk untuk ‘mam’ dua orang tu makan. Aku juga bekerja part time di kedai makan depan sekolah untuk belanja harianku.

Nak harapkan Mak Ina? Jangan haraplah. Tapi asbab asalnya, malas nak balik awal sebab aku malas mengadap Mak Ina dan peluang yang ada aku siapkan kerja sekolah di sekolah. Faham-faham sahajalah, jejak sahaja kaki di rumah banglo itu maknanya tiada waktu rehat untuk aku selagi belum pukul satu pagi. Hurmm.. bilalah waktunya takdir aku akan berubah? Adakah apabila umurku telah menjangkau 22 tahun nasib aku akan benar-benar berubah? Tak apa Ain, Allah ada dan Dia sentiasa ada untuk kau. Yeah! Gambate!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience