BAB 15

Romance Completed 5032

Hari ini hari pertama aku menghadapi peperiksaan SPM, 3 November 2014. Gementar yang aku rasa aku hadirkan dengan ungkapan zikir. Setelah dua tahun bertungkus-lumus untuk hari ini, aku sudah bersedia menghadapinya. Sementara menunggu untuk dipanggil masuk ke dewan, aku lebih banyak sendirian sambil perbanyakkan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan zikir buat Ilahi. Sekarang bukan waktunya lagi untuk aku memegang buku. Semuanya sepatutnya aku lakukan hari-hari yang lepas. Jadi tiada masa lagi untuk menghafaz apa-apa. Kerana hari ini aku sudah perlu berperang, bukan baru mengasah pedang yang masih tumpul.

Dalam sendirian aku mula teringatkan si dia. Si dia yang tak pernah tahu perasaan yang hadir dalam diri aku. Maaf kerana menyimpan perasaan ini, tapi aku tidak mampu menolaknya kerana aku insan biasa. Aku tidak meminta dia membalas rasaku. Cukup aku tahu dia ada di dunia ini. Jika benar dia takdirku untuk disatukan suatu hari nanti, tiada yang mustahil ketentuan Ilahi. Hari ini juga dia bakal berperang bersamaku. Hanya medan kami berbeza tempatnya. Apa yang aku inginkan hanya mendoakan buat si dia agar dipermudahkan segala urusan.

Rabbi, Kau berikan ketenangan dan kesabaran buat dia. Jangan Kau biarkan sesuatu menganggunya sehingga menghalang kemudahan bagi dia untuk menduduki peperiksaan ini. Mudah-mudahan senang baginya menduduki setiap subjek SPM yang diambilnya. Amin…

Sekarang sudah waktunya untuk aku masuk ke dalam dewan meneruskan perjuangan aku. Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bikhair. Rabbi syrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Ya Allah permudahkanlah jangan Kau susahkan. Aku teguhkan hati hanya pada yang satu. Aku telah berusaha, aku sentiasa berdoa dan kini aku hanya bertawakal berserah pada Yang Satu untuk menentukan apa yang baik untukku. Perjuanganku dari mula sehingga berakhirnya ia hanya Allah yang tahu apa keputusannya. Segalanya akan aku nantikan tahun hadapan, penentu arah tujuku hidupku. Allah sahaja yang tahu. Begitu juga antara aku dan dia, hanya Allah yang tahu. Aku hanya mampu berdoa sekiranya diizinkan Ilahi. Sebagai peneman dan pemimpin bangun jatuhku di dunia dan sebagai pendampingku di syurga sana. Tuhan, pilihkan dia untukku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience