BAB 8

Romance Completed 5032

Setelah penat menyelesaikan tugas mengemas rumah, aku kembali ke bilik pembantu yang berada di ceruk dapur. Hari ini agak sunyi dengan suara Mak Ina sebab sudah tiga hari Mak Ina pergi ke KL selesaikan urusan wasiat yang aku tak rasa macam nak selesai. Aina pula selepas Mak Ina pergi KL, dia terus keluar dari rumah.

Pergi rumah kawan katanya. Aku pula malas nak halang, lagipun selalunya Aina akan lapor ke mana dia pergi kepada Mak Ina, jadi tak perlulah aku pula nak semakkan kepala risaukan ke mana Si Putri tu pergi. Dia pun dah besar panjang, pandai keluar pandailah dia balik. Mujur Mak Milah ada temankan aku tiga hari ni, dialah yang banyak bantu aku selesaikan kerja rumah. Tiga hari ketiadaan Mak Ina, cukup untuk aku merehatkan tubuh secukupnya. Alhamdulillah. Tapi, aku tak boleh tidur lagi. Baru sebentar tadi aku menerima panggilan dari Mak Ina, dia akan sampai ke rumah tak lama lagi. Jadi aku perlu tunggu dia tiba di rumah barulah aku boleh rehatkan diri.

Kesempatan yang ada ini, aku menghabiskan nukilan terakhirku bagi Story Opie dan Auqie untuk diupload ke blog peribadi aku. Walaupun terkurung di dalam rumah agam ini, sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan penatku dengan hobiku yang satu ini. Mujur sahaja arwah ayah ada pasang wifi dekat rumah, walaupun ayah dah tak ada Mak Ina tak potongkan sebab dia pun nak guna jugak. So ada wifi ni, selain mudahkan aku untuk cari bahan belajar aku juga boleh gunakan internet untuk hobi aku. Seperti sekarang. Well, minat aku menulis jangan persoalkan. Walaupun tak setanding dengan penulis-penulis terkenal yang lain, tapi mana tahu suatu hari nanti boleh buat novel sendiri kan.

Setelah mengupdate bab 20 bagi e-novel aku, aku mengambil kesempatan untuk membuka Fac sekejap walaupun sudah pukul 1 lebih. Lagipun, Mak Ina pun belum sampai lagi. Terpaksalah aku tunggu. Mujur esok hari cuti, walapun aku tahu esok hari yang meletihkan buat aku melayan kerenah Mak Ina yang pastinya terlalu ‘rindu’ untuk mengenakan aku, tapi selepas sahaja menunaikan solat zohor. Sekurang-kurangnya aku boleh keluar untuk ke library. Biasalah, wanita bergaya seperti Mak Ina pasti sibuk dengan bermacam-macam persatuan. Jadi, dia pergi persatuan dia, aku pun dilepaskan dengan aktiviti aku. Selalunya aku akan lepak di rumah Anis. Dekat rumah dialah satu-satunya rumah yang aku boleh rehat kalau tak ke library. Sebelum maghrib baru aku pulang ke rumah.

Okey balik fasal fac tadi, disebabkan sudah terlalu lama aku tak online so alang-alang aku on ladtop baguslah kiranya aku buka sekejap fac aku ni. Nak usyar jugak fac aku yang dah bersarang tu, entah apa jadi. Seperti yang diagak, disebabkan sudah berbulan-bulan aku tak online jadi news pun dah berates-ratus. Inbox lagi, friend request banyak la jugak. Lebih 20 orang kot. Jom kita tengok siapa yang teringin sangat nak jadi rakan Fac aku ni? Kalau aku kenal beruntung kau aku approve kalau tak maafkan saya ye, saya hanya approve orang yang saya kenal sahaja. Bukan tak nak approveyang lain tu, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Monolog aku memohon ampun kepada nama-nama yang aku ‘reject’ dengan sopan. Hehe.. Mouse aku terhenti bergerak saat melihat salah satu friend request yang gambarnya agak aku kenal.

Aku tekan pada nama dia Muhammad Fateh untuk melihat timelinenya. Melihatkan sahaja gambar pemilik timeline tersebut, aku terhenti daripada berbuat apa-apa. Dia! Mata aku kaku memandang photo dp yang terdapat gambar dia. Terfikir antara ingin terima atau tak akhirnya aku terima. Seperti tabiat aku sebelum ini, bagi sesiapa yang aku approve requestnya pasti akan distalk oleh aku sehabis-habisnya maklumat yang ada. Setelah agak lama aku stalk yang mana patut, barulah aku tahu rupanya dia ni rapat juga dengan budak sekolah aku. Berderet je kawan-kawan aku jadi friend dia. Apa-apa sajalah.

Aku bersandar pada kerusi memikirkan lelaki itu. Fateh… sedap nama dia.

Semenjak aku approve Fateh menjadi rakan Fac aku, hari-hari aku seperti agak berubah sebabnya aku akan ambil masa walaupun sekejap untuk stalk dia melalui Fac walaupun dah lewat malam sangat tak kira letih atau tak. Hari demi hari berlalu pergi, minggu berganti minggu, aku masih setia untuk menjadi stalker yang begitu setia pada satu account. Tanpa aku sedar dengan perubahan diri aku dan tabiat baru aku ini, ternyata ada sesuatu yang tak pernah aku alami seumur hidup aku telah menjadi rutin wajib harianku. Usyar gambar dia, senyum seorang diri. Hurmm.. Ain? Haish! Sesuatu betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience