BAB 9

Romance Completed 5025

Bayu pantai menyapa lembut tubuhku yang dibiarkan duduk berlapikkan pasir sebagai alas tersangatlah mendamaikan hati yang dilanda kemurungan. Kelelahan yang terbeban di bahu tidak terasa melihatkan keindahan ciptaan Ilahi yang terbentang di depan mata. Air mata yang membasahi pipi tadi mulai mengering disapu bayu yang memahami. Bibir yang tadinya kaku tidak mampu terukir senyuman kini dengan sendirinya terukir ceria. Inilah terapi buatku untuk memulihkan semangatku yang merudum jatuh. Kaki sengaja aku lunjurkan bermain dengan lembut pasir.

Selalunya tiada orang di sini, di kawasan kegemaran buat aku untuk meluahkan rasa yang agak terpencil dengan kunjungan orang untuk memancing atau keluarga untuk berkelah. Tapi, petang itu datang sebuah keluarga menghabiskan waktu bersama berkelah di sini. Lengkap dengan persiapan berkelah, mereka berehat di bawah rimbun pokok yang tidak jauh dari tempat aku melunjurkan diri. Terbantut niatku untuk baringkan tubuh seperti tabiat selaluku jika ke sini.

Apa yang buatkan aku berada di sini? Seawal pagi aku mengadu nasib terhadap hempasan ombak yang membisu. Mencurahkan mutiara air yang ditahan semenjak semalam. Semuanya kerana Mak Ina! Disebabkan terpengaruh dengan hasutan Aina, entah apa yang dikhabarkan Aina tentang aku kepada Mak Ina. Tanpa tahu apa salahku, tubuhku yang saat itu baru menyapa tilam untuk berehat terasa sakit dikejutkan Mak Ina dengan rotan. Berbirat tubuhku ditambah pula lebam-lebam dek sepak terajang yang aku terima semalaman berhadapan dengan amukan Mak Ina tak menentu.

Terlelap dengan esakan, pagi tadi dikejutkan lagi oleh Mak Ina untuk meneruskan rutin harianku. Tapi untuk kali ini Mak Ina tidak meneruskan tabiatnya menyambung lenanya kembali, tetapi menjadi pemerhati setiap apa yang aku lakukan. Ada saja yang tidak betul di mata Mak Ina buatkan aku menerima nasib yang sama seperti semalam. Belum berkurang sakit semalam ditambah lagi dengan hentaman yang baru. Ya Allah, apa salahku kali ini? Persoalan itu berlanjutan sehinggalah pagi tadi apabila aku terdengar perbualan Mak Ina dengan Aina.

Luruh jantungku mendengarkan mulut busuk Aina menjaja ceritaku berbuat sumbang di luar rumah. Aku menjual maruahku demi mendapatkan wang untuk menampung belanja harianku – itu kata Aina menghina habis-habisan harga diriku. Tidak hairan mengapa tiba-tiba soal aku sering keluar rumah dan mengikut jejak ibuku sentiasa diulang-ulang Mak Ina. Mungkin inilah sebabnya. Entah, tidak tahu kenapa cerita itu ditimbulkan Aina tapi cukup buatkan aku sangat terpukul. Sakit hatiku ditambah lagi dengan rasa kecut perut melihat perubahan wajah Mak Ina apabila mendengar Aina khabarkan perbuatan terkutukku itu mula menjadi buah bicara orang kampung. Lebih membuatkan Mak Ina marah apabila diberitahu orang kampung menuduh Mak Ina menjual aku untuk mendapatkan wang express akibat terdesak inginkan harta wasiat ayah yang masih lama untuk menunggu bagi memilikinya.

Dengarkan sahaja itu, suara Mak Ina bergema melolong memanggil namaku. Melihat sahaja kelibat aku, seperti sudah diagak, bersama rotan di tangan tubuhku diterkam amarahnya yang menggila. Walaupun aku menjerit dan merayu namun Mak Ina sememangnya tidak dapat dikawal lantas aku melarikan diri daripada terus dipukul. Dalam keadaan tubuh yang lebam-lebam ditambah pula darah pekat yang mengalir di hidung dan di mulut aku pergi membawa diri. Pantai yang jauh bagi orang yang berjalan kaki tidak ku endahkan. Hanya berkaki ayam, aku berlari sekuat mungkin meninggalkan segalanya di belakang.

Sekarang, entah berapa lama aku di sini aku tidak tahu. Tenggelam dengan perasaan sendiri aku menjerit dan menangis semahu-mahunya melawan kuat suara hempasan ombak. Entah sejak bila aku terlelap, sedar-sedar sahaja keluarga yang aku katakan tadi sudah sibuk dengan aktiviti mereka di bawah rimbun pokok. Aku hanya membiarkan mereka dengan urusan mereka dan aku kembali menyambung lamunanku.

“Ain? Ain kan?” Suara seorang menyapaku lembut. Aku pandang ke kiriku melihat gerangan siapa yang menegurku itu. Terjegil aku melihat gerangan lelaki tersebut membuatkan keadaanku yang bebas melunjur terus bersila sambil melangut melihat si dia yang sedang berdiri. Dia! Lelaki cina itu! Muhammad Fateh! Pemilik account Fac yang aku lawati setiap hari. Rasa macam tak percaya pula dia di depan aku. Macam mana dia ada dekat sini? Dan macam mana dia kenal aku? Pertanyaannya dan pertanyaanku tidak terjawab dengan kebisuan kami. Agak lama aku melihat wajahnya, ceria yang sepatutnya bertandang di hatiku tidak terasa. Tidak tahu untuk beriaksi apa aku membuang pandang kembali ke pantai. Entah kenapa, aku terasa sangatlah kosong sekarang ini. Dia yang sepatutnya menjadi peneman ceria imaginasiku turut tidak membantu aku untuk kembali tersenyum. Dia duduk bertinggungkan kakinya berdepan denganku yang membuang pandang ke arah lain.

“Ain..” Dia panggil lagi. Tanpa rasa untuk menjawabnya aku biarkan panggilan itu berlalu dibawa angin.

“Ain..” Sekali lagi dia memanggil. Tetap dengan riaksi aku, dia aku abaikan.

“Ain.. pandang saya.” Agak kuat bunyinya seperti marah. Dengan riaksi yang lemah aku memandangnya tanpa perasaan walaupun secalit senyuman untuk diberi. Sunyi seketika di antara kami. Dia seperti mengamati wajahku yang entah bagaimana keadaannya. Setelah menghebuskan helaan nafas seperti mengeluh, dia keluarkan sapu tangan biru kecil dari poket jeansnya. Botol mineral yang dipegang tangan kirinya dibuka, kemudian airnya dituang sedikit pada sapu tangan untuk dilembabkan. Tanpa diduga tindakan dia, tangannya dengan lembut cuba mengelap darah di hidung dan bibirku yang sudah lama mengering. Aku terkaku lagi dengan sikap dia. Tapi aku tak suka meminta simpati orang lain jadi aku tak suka kebaikan dia.

“Stop it..” Menggunakan suara yang lemah aku berkata sambil mataku paku memandang wajahnya yang putih bersih. Buat-buat tidak tahu dengan permintaanku, dia meneruskan perbuatannya membersihkan wajahku yang boleh aku agak tersangatlah comot.

“Stop..” Suaraku dikuatkan lagi. Ternyata sikap manusia yang satu ini sangat degil seperti lawannya di sini. Hatiku mula terasa ingin marahkan seseorang.

“I said stop it!” Tanggannya terhenti dan matanya tepat memanah mataku. Aku terpaku lagi kerana dia. Cuba tidak mahu hilang kawalan siapa sebenarnya aku, aku segera merampas sapu tangan itu.

“I can do it by myself.” Dengan kasar aku mengelap seluruh wajahku. Tidak cukup dengan sapu tangan itu, lengan baju aku gunakan untuk mengesat wajahku yang comot dengan air mata bercampur darah. Sambil menahan sakit pada seluruh tubuh dari hujung kaki hingga ke kepala, aku habiskan urusan bersihkan diri. Melihat lebam-lebam dan birat-birat rotan pada kaki dan tanganku sebak kembali menguasai diri. Aku berhenti daripada kerjaku, lemah hanya menunduk ke bawah. Dia memerhati sebelum berbicara.

“If you want to cry. You should do it. I think you really need it for getting better.” Dia seperti tidak kisah sekiranya aku ingin menangis semahu-mahunya di hadapan dia. Sekali lagi aku memandang wajahnya yang mengukir senyuman kecil, kemudian memandang kumpulan keluarga tadi yang sedang memandang ke arah kami. Adakah itu keluarganya? Mereka kelihatan mesra mengangkat tangan kepadaku. Sepertinya tidak kisah anak lelaki mereka tersesat di hadapanku yang terlalu sibukkan orang yang dia tak pernah kenal. Aku mencerna kembali kata-katanya tadi. Adakah aku terlalu lemah di matanya sehingga dia berkata demikian? Tidak! Aku kuat! Aku perlu kuat! Sebab aku tahu Allah akan keluarkan aku daripada penderitaan ini. Dengan hembusan semangat baru aku terus berdiri. Dia melangut melihatku berdiri sebelum dia turut berdiri berdepan denganku. Aku menghulurkan sapu tangan yang sudah kotor dengan warna merah hitam. Dia jongkitkan keningnya melihat huluranku tanpa rasa untuk menyambut.

“Terima kasih untuk ini. Saya perlu balik sekarang. Nanti mak saya risau.” Risau? Terasa lucu pula dengan kata-kataku itu. Tetapi tiada siapa yang ingin ketawa ketika ini kerana aku tak kenal dia dan dia tak kenal siapa aku. Sekadar nama siapa pun boleh tahu kan. Dia buat bodoh dengan huluranku.

“Gamaknya awak pulangkan barang saya dalam keadaan macam ni?” Dia bertanya dengan memek muka bibir disengetkan ke kiri. Aku blur sekejap.

“Saya tak nak ambil benda tu. Apa kata awak bawa balik dan basuhkan sampai bersih. Then, pulangkan semula di kem minggu depan. Pastikan awak datang.” Selepas berkata demikian dia senyum segaris kepadaku kemudian berpusing ke arah bertentangan memulakan langkah ke kelompok keluarganya. Seperti faham apa yang dia nak, aku jongkit bahu tidak kisah. Kecuaian aku juga, sudah dia pinjamkan sapu tangannya aku pula dengan tidak berjasa memulangkannya dalam keadaan kotor. Aku mula berpusing dari arah bertentangan untuk pulang ke rumah. Sejauh mana aku lari, banglo itu satu-satunya tempat untuk aku berteduh, jadi aku harus pulang. Sebelum melangkah lebih jauh, aku berpusing kembali memandangnya yang membelakangiku. Dengan gaya tangan kiri dimasukkan ke dalam poketnya sambil berjalan dia mengangkat tangan kanannya tinggi lalu dilambai-lambai tanpa memandang aku. Huh! Gentle sangat la lambai belakang macam tu. Whatever! Aku teruskan niatku untuk pulang ke rumah dengan berkaki ayam. Fikiranku kembali memikirkan dia. Kenapa Allah hadirkan dia untuk menemuiku? Dan aku mengaku hadirnya dia cukup buatkan aku terasa hadirnya seorang teman yang aku harapkan sebagai penyelamatku seperti impianku di waktu kecil… diakah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience